Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat


 



PUTRAJAYA – Perdana Menteri menyifatkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini bukanlah perkara main-main sebaliknya ia adalah satu keputusan yang sukar tetapi mesti dibuat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedar keputusan melaksanakan PKP lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri pada 1 Syawal esok bukanlah satu keputusan popular.
Beliau berkata, keputusan itu bukanlah satu tindakan kejam sebaliknya untuk melindungi nyawa masyarakat ketika negara bergelut memerangi gelombang ketiga Covid-19 yang lebih mencabar dengan kehadiran varian baharu lebih ganas seperti yang dialami di India, United Kingdom, Brazil, Afrika Selatan dan beberapa buah negara lain.
“Ada yang marah kepada saya. Kenapa ambil tindakan begini ketika umat Islam akan menyambut 1 Syawal esok.
“Sudahlah tak boleh balik kampung. Nak ziarah keluarga dan sahabat handai pun tak boleh. Zalim sangatkah kerajaan ini? Saya bukan zalim. Saya ambil keputusan ini untuk lindungi nyawa saudara-saudari,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia malam ini.
Dalam nada penuh keinsafan, Muhyiddin berkata, keputusan itu mungkin tidak memuaskan hati masyarakat namun, pada hematnya adalah tepat yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan kehidupan dan masa depan rakyat sekalian.
“Saya faham dan sedar anda marah kepada saya tetapi ini ikhtiar saya dan kerajaan untuk jaga nyawa saudara dan saudari. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah S.W.T,” katanya.
Sementara itu, memberikan situasi jika kebenaran ziarah rumah ke rumah dibenarkan, Muhyiddin berkata, keadaan itu akan menyukarkan lagi usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
“Kalau saya benarkan ziarah dari rumah ke rumah, manalah tahu ada tetamu yang datang ke rumah saudara-saudari itu positif Covid-19. Ini kerana ramai pesakit Covid-19 tidak menunjukkan apa-apa simptom. Dia sendiri pun tidak tahu dia dijangkiti.
“Selepas itu dia pergi ke rumah orang lain. Berjangkit pula kepada tuan rumah itu. Kalau dia ziarah 10 buah rumah, maka 10 keluarga akan dijangkiti Covid-19. Akhirnya, habis sahaja kita merayakan Aidilfitri, jumlah kes positif mungkin melonjak ke puluhan ribu sehari,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata,  langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tidak semestinya memberi 100 peratus jaminan bahawa angka-angka kes Covid-19 di negara ini tidak akan meningkat.
Beliau sebaliknya berkata, ia bergantung kepada sejauh mana kita semua patuh kepada prosedur oeprasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Ia bergantung kepada disiplin kendiri kita masing-masing. Sejauh mana kita berdisiplin dan beristiqamah dalam melawan virus ini,” katanya.
Pada masa sama, Muhyiddin merayu kepada masyarakat untuk meningkatkan disiplin diri, dan mematuhi SOP pada setiap masa.
“Kita hidup di zaman pandemik. Samalah seperti kita hidup di zaman perang. Kita mesti mencari pelindungan di setiap masa untuk menyelamatkan nyawa dan pelindungan yang terbaik ialah di rumah kita sendiri.
“Anggaplah ini sebagai suatu pengorbanan untuk kita bersama-sama melawan pandemik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para petugas barisan hadapan atas khidmat bakti, penat lelah serta pengorbanan siang dan malam bertugas untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
“Saya doakan agar saudara dan saudari diberikan ketabahan dalam menjalankan tugas dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/muhyiddin-pkp-30-bukan-tindakan-zalim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 599 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas Majlis keselamatan Negara mengenai pengurusan covid 19 membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara Menurut Perdana Menteri
Saya Bukan Zalim Tapi Mahu Lindungi Nyawa Rakyat Muhyiddin

Saya Bukan Zalim Tapi Mahu Lindungi Nyawa Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 403 hits
CYBERJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukanlah zalim apabila menguatkuasakan semula larangan rentas daerah dan rentas negeri ketika umat Islam mahu menyambut 1 Syawal Sebaliknya tegas Perdana Menteri langkah itu terpaksa dila...
Pkp Di P Pinang Tunggu Keputusan Mkn Ketua Menteri

Pkp Di P Pinang Tunggu Keputusan Mkn Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 286 hits
GEORGE TOWN Kerajaan negeri Pulau Pinang kini menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri tersebut Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah ...
Muhyiddin Pdp Norma Baru Konsep Pembelajaran Mesti Relevan

Muhyiddin Pdp Norma Baru Konsep Pembelajaran Mesti Relevan

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 298 hits
Konsep pembelajaran tidak harus terperangkap dalam lingkungan four walls of room sebaliknya mestilah relevan pada setiap masa dan setiap tempat sesuai dengan suasana norma baharu kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sehubungan itu ...
Pkp 3 0 Pm Muhyiddin Guna Modal Lama Untuk Dapat Hasil Berlainan

Pkp 3 0 Pm Muhyiddin Guna Modal Lama Untuk Dapat Hasil Berlainan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 247 hits
Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 ke seluruh negara dikritik banyak pihak Menurut ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf Muhyiddin hanya menggunakan modal lama PKP untuk mendap...
Kelam Kabut Muhyiddin Laksana Pkp 3 0 Larangan Balik Raya

Kelam Kabut Muhyiddin Laksana Pkp 3 0 Larangan Balik Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 268 hits
POSTED BY AMIR WRLRSetiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan larangan balik Raya berada dalam keadaan tunggang langgang Katanya ia berbeza dengan pendekatan Presid...
Pegawai Awam Berdepan Tindakan Jika Gagal Patuh Pkp

Pegawai Awam Berdepan Tindakan Jika Gagal Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 227 hits
Jaga nama baik perkhidmatan awam tak melakukan aktiviti dilarang KUALA LUMPUR Jabatan Perkhidmatan Awam mengingatkan semula para pegawai awam agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula ...
Kerajaan Akan Nilai Semula Pkp Muhyiddin

Kerajaan Akan Nilai Semula Pkp Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 277 hits
HARAKAH DAILY Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri negeri yang sedang mengalami peningk...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Make A Deposit For Slot Thailand Online Gambling On Trusted Site

Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni