Warga Emas Rugi Rm1 8 Juta Di Tipu Sindiket Macau Scam Di Tipu Pos Laju Pegawai Polis


 


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun kerugian RM1.8 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Pos Laju dan pegawai polis.
Perkara itu terbongkar selepas mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisionerisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata siasatan mendapati mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak mengaku daripada Pos Laju pada April lalu.
Katanya, mangsa yang juga bekas ahli perniagaan dimaklumkan ada bungkusan atas nama pengadu yang mengandungi kad ATM dan kad pengenalan.
"Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilan disambung ke 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah' kononnya untuk membuat laporan polis.
"Seorang suspek yang menyamar sebagai pegawai polis mendakwa mangsa mempunyai rekod pembabitan dalam kes pengubahan wang haram dan penipuan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kata beliau, mangsa menafikan terbabit dengan kegiatan itu dan suspek mengarahkannya memindahkan wang simpanan serta membuat pembayaran perbicaraan ke akaun bank yang diberikan kononnya untuk tujuan siasatan.
"Akibat takut ditangkap, mangsa mengikut setiap arahan yang diberikan suspek dan membuat pemindahan wang secara berperingkat ke 29 akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM1.8 juta.
"Apa yang lebih menyedihkan, sebahagian daripada wang yang dipindahkan itu dipinjam oleh mangsa daripada saudara mara dan rakan-rakannya," kata Muhammad Yazid.
Katanya, mangsa yang menyedari menjadi mangsa penipuan kemudian membuat satu laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, pihak polis menzahirkan rasa kecewa atas sikap masyarakat yang masih mudah percaya kepada taktik penipuan sedemikian.
"Walaupun pelbagai usaha kempen dibuat untuk menyedarkan dan memberikan pengetahuan kepada masyarakat, namun masih ada yang menjadi mangsa.
"Sekiranya ada menerima panggilan telefon mencurigakan dan diarahkan membuat pemindahan wang, rujuk dulu kepada pihak berkuasa terutamanya polis atau pun saudara mara atau rakan," kata beliau.
Selain itu, pihaknya memberikan amaran kepada individu yang mengambil jalan mudah menjadi 'keldai akaun' dengan menjual atau menyewakan akaun bank mereka kepada sindiket penipuan.
"Tanpa pembabitan mereka (keldai akaun), kes seperti ini tidak akan berlaku disebabkan sindiket tidak mempunyai medium bagi membuat pemindahan wang menggunakan akaun mereka.
"Mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/warga-emas-rugi-rm18-juta-di-tipu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Rugi Quot Rm70 000 Quot Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang Rm1 Juta

Peniaga Rugi Quot Rm70 000 Quot Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 244 hits
nbsp KUANTAN Seorang peniaga berusia 66 tahun rugi RM70 000 selepas diperdaya sindiket penipuan nombor ramalan yang mendakwa kononnya mangsa berjaya memenangi wang tunai RM1 juta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan...
Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pelaburan Matawang Kripto Aliexchange Rugi Rm4 7 Juta

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pelaburan Matawang Kripto Aliexchange Rugi Rm4 7 Juta

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Sindiket pelaburan mata wang kripto yang berselindung di sebalik aplikasi dalam talian dikenali sebagai AliExchange dan dipercayai menyebabkan pelabur kerugian RM4 7 juta tumpas selepas polis menahan sembilan individu pada Isni...
Inspektor Polis Ada Simpanan Rm1 Juta Disiasat

Inspektor Polis Ada Simpanan Rm1 Juta Disiasat

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 200 hits
HARAKAH DAILY SHAH ALAM Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta antara 29 warga pasukan keselamatan itu yang sedang disiasat kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan ke...
Pegawai Telco Rasuah Bersekongkol Sindiket Tipu Sms

Pegawai Telco Rasuah Bersekongkol Sindiket Tipu Sms

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 224 hits
PEGAWAI TELCO RASUAH BERSEKONGKOL SINDIKET TIPU SMS PUTRAJAYA 111120 Seorang pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas Ia susula...
Macau Scam Pengusaha Vape Dakwa Diugut Datuk Pegawai Sprm

Macau Scam Pengusaha Vape Dakwa Diugut Datuk Pegawai Sprm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 248 hits
Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes Macau Scam pada Oktober lalu Sumber berkata lelaki terbabit ya...
Terpedaya Dengan Kata Kata Manis Boyafren Wanita Warga Emas Rugi Rm61 500

Terpedaya Dengan Kata Kata Manis Boyafren Wanita Warga Emas Rugi Rm61 500

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 314 hits
Seorang wanita warga emas mendakwa kerugian RM61 500 selepas terpedaya dengan kata kata manis lelaki yang hanya dikenalinya di laman sosial Facebook selama beberapa bulan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd ...
Warga Emas Rugi Rm61 500 Diperdaya Kekasih Di Facebook

Warga Emas Rugi Rm61 500 Diperdaya Kekasih Di Facebook

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 356 hits
Seorang wanita warga emas mendakwa kerugian RM61 500 selepas terpedaya dengan kata kata manis lelaki yang hanya dikenalinya di laman sosial Facebook selama beberapa bulan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd ...
Police Cripple Macau Scam Online Gambling Syndicate Active Around Kl

Police Cripple Macau Scam Online Gambling Syndicate Active Around Kl

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 535 hits
Kuala Lumpur police have crippled a Macau Scam and online gambling syndicate after 11 individuals including four Chinese nationals were arrested in three raids conducted around the capital on Monday Dang Wangi District police chief ACP Moha...
Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

Masak Mihun Goreng Letak Baby Kailan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Troponin Saya Tinggi Apa Yang Perlu Dibuat

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Luckin Coffee Meluaskan Siri Kelapa Terlaris Dengan Dua Minuman Segar Terbaharu

Can Mobile Games Really Compete With Console Games


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

How The Silk Road Shaped Global Trade And Cultural Exchange In Antiquity

Syafiq Kyle Kini Wajah Kopiko Lancar Kempen Setahun Kopi Pekat Tak Manis Sangat Feveret Syafiq

Sebab Sebenar Tangga Eskalator Ada Garis Garis Tak Rata Macam Tangga Biasa

Snacking Before Bedtime

Lagi Athlete Meninggal Dunia Di Gelanggang