Warga Asing Dari Pekerja Jadi Tauke Padi Beras



Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
Sebelum ini kehadiran mereka hanya untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembuatan.
Namun, tiada siapa menyangka warga asing terutama Bangladesh dan etnik Rohingya kini mampu bergelar ‘tauke’ dalam sektor padi dan beras di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu.
Bermula dengan berkecimpung di dalam penanaman sayur seperti di Cameron Highlands, ‘abang Bangla dan Rohingya’ mula ‘menguasai’ jelapang padi negara dengan ada yang menjalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Azman Mahmood berkata, setakat ini pihaknya mengesan lebih 200 ‘petani import’ didapati mengusahakan penanaman padi di negara ini.
Katanya, rekod mendapati jumlah warga asing yang bekerja sebagai pesawah paling ramai adalah di IADA Barat Laut, Selangor seramai 116 orang, Perak dan Pulau Pinang (34 orang), Rompin (15), Seberang Perak (8), Rompin (5) dan Ketara (Besut, Terengganu) seramai dua orang.
“Mereka ini terbabit dalam amalan agronomi termasuk aktiviti menuai, tapak semaian dan mekanisasi.
“Ada yang bermula dengan mengambil upah menabur benih, membaja dan meracun di mana mereka ini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat atau agensi, malah bebas melakukan apa-apa perkhidmatan.
“Ia adalah satu senario tidak sihat kepada pekerja tempatan kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tidak mustahil mereka akan menguasai sepenuhnya sawah padi kita,” katanya.
Azman berkata, mereka dipercayai masuk ke negara ini untuk melakukan pekerjaan di sektor lain sebelum ini, namun memilih berkecimpung di dalam industri padi dan beras disebabkan beberapa faktor.
Katanya, sebelum ini memang terdapat pemilik yang tidak mengusahakan sawah mengupah orang lain untuk penanaman, meracun dan sebagainya setiap kali musim padi, namun pembabitan warga Bangladesh dan etnik Rohingya kini seperti menjadi satu trend.
“Kita bimbang suatu hari nanti, mereka akan menjadi tauke sepenuhnya di dalam industri (padi dan beras negara) sedangkan ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
“Mafi dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dengan pelbagai inisiatif terkini seperti pengenalan Smart Sawah Berskala Besar (SBB) dan pelbagai lagi.
“Di satu sudut lain, kita juga menumpukan kepada pengawalan jualan benih padi sah bagi memastikan kualiti benih untuk hasil yang optimum.
“Tetapi jika ini (kehadiran pesawah warga asing) tidak dibendung, sudah pasti petani tempatan tidak akan mendapat manfaat sewajarnya dan lama-kelamaan mereka pula memonopoli industri padi secara perlahan-lahan,” katanya.

Azman berkata, maklumat setakat ini mendapati, warga asing berkenaan menyewa sawah terbabit pada harga RM6,000 sehektar, melebihi apa yang ditawarkan petani tempatan.
Menurutnya, hasil tanaman akan dijual kepada kilang menggunakan nama petani, namun hakikatnya ia adalah milik warga asing terbabit.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pekerja asing yang aktif di dalam industri terbabit berdasarkan senario semasa.
“Justeru kita akan berbincang dengan beberapa pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini demi masa depan industri padi dan beras negara yang lebih baik.
“Insya-Allah, saya yakin dengan pengenalan Smart SBB, ia boleh menjadi satu kaedah penyelesaian kepada banyak isu termasuk benih padi, industri hiliran, bekalan beras dan sudah tentu memberi pulangan maksimum kepada petani.
“Kita akan bawa isu ini kepada pihak berwajib yang terbabit seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyiasat dokumen perjalanan atau permit yang digunakan,” katanya. HM
Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
The post Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/24/warga-asing-dari-pekerja-jadi-tauke-padi-beras/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majikan Dapat Pekerja Warga Asing 2 Minggu Lagi

Majikan Dapat Pekerja Warga Asing 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 264 hits
Majikan dapat pekerja warga asing 2 minggu lagi ISKANDAR PUTERI Majikan yang membuat permohonan dalam program Rekalibrasi Tenaga Kerja boleh menerima khidmat tenaga kerja asing dua minggu lagi kata Hamzah Zainudin Menteri Dalam Negeri berka...
Anggota Pdrmsia Makan Rasuah Lindungi Pekerja Asing Kbab51 Zahid Hamidi

Anggota Pdrmsia Makan Rasuah Lindungi Pekerja Asing Kbab51 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Surat ni aku jumpa di tepi jalan berdekatan dengan Pejabat Pos Taiping sewaktu aku berjalan ke kereta aku di kotak parkir berhampiran selepas pekena cendoi lewat pagi tadi Aku syak mungkin ada hamba Allah yang tercicirkannya Tujuan aku up k...
Papan Tanda Jadi Tempat Jemur Baju Oleh Warga Asing

Papan Tanda Jadi Tempat Jemur Baju Oleh Warga Asing

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Tindakan pekerja dipercayai dari sebuah kilang di Perindustrian Dioh menyidai baju di papan tanda arah taman kelmarin mengundang pelbagai reaksi penduduk berhampiran kerana ia mencacatkan pemandangan Perkara itu yang tular di laman sosial F...
6019 Pendedahan Sindiket Pemerdagangan Pekerja Asing Sidang Media Ppim 10 11 2021

6019 Pendedahan Sindiket Pemerdagangan Pekerja Asing Sidang Media Ppim 10 11 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 313 hits
Saya bekerja di Malaysia tapi caj nak masuk Malaysia tinggi sangat sampai kena bayar dekat agen RM 20 ribu Gaji sikit sangat dan kalau nak balik tempat sendiri nanti kena pukul Kenapa sampai macam ni Kalau sakit pun majikan tak akan ambil t...
Abang Bangla Rohingya Monopoli Sektor Padi Hingga Jadi Tauke

Abang Bangla Rohingya Monopoli Sektor Padi Hingga Jadi Tauke

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 221 hits
Ada kalangan mereka jalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi KUALA LUMPUR Siapa sangka kehadiran mereka sebelum ini hanya untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan perladangan perkilangan dan pembuatan Namun kini warga asing ter...
Warga Asing Tawar Seks Secara Terbuka

Warga Asing Tawar Seks Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Aktiviti pelacuran dalam kalangan warga asing didakwa giat dijalankan di bandar ini dan beroperasi tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam Sinar Harian cuba mendapatkan kepastian mengenai kegiatan itu yang didedahkan seorang p...
Langgar Sop Polis Siasat Dua Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka

Langgar Sop Polis Siasat Dua Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 279 hits
Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing tidak memakai pelitup muka dekat sebuah taman di pusat beli belah terkenal di ibu negara yang tular di media sosial Twitter Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisi...
6026 Segera Tangani Isu Eksploitasi Pekerja Asing Demi Reputasi Negara Sumberkini 11 11 2021

6026 Segera Tangani Isu Eksploitasi Pekerja Asing Demi Reputasi Negara Sumberkini 11 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 273 hits
Sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mendedahkan salah laku dalam pengambilan pekerja asing dan PATI dalam negara Wartawan Jurukamera Visual Editor Faridah Amiratul Sumber SumberkiniSEGERA TANGANI ISU EKSPLOITASI PEKERJA ASI...
Lg Createboard Brings Ai Powered Learning To Life

Puma Goes Next Level With Adyen S Unified Payments

Majlis Peluncuran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris

Petua Kekalkan Hubungan Harmoni Suami Isteri

Hari Penyu Sedunia Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

Group Pans Anwar S Hypocrisy Over Police Probe Vows To March On June 28

Honey Trap

Jalan Jalan Di Chow Kit Night Market


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Skyline Optical Group Announces Sgx Ipo Plans Appoints Mci Capital As Financial Advisor

Tutup Blog Hidupringkas Com Dan Kumpulkan Semua Penulisan Di Jasduit Com

Pvc Folder Menu Pilihan Tahan Lama Profesional Untuk Restoran Anda