Papan Tanda Jadi Tempat Jemur Baju Oleh Warga Asing



Tindakan pekerja dipercayai dari sebuah kilang di Perindustrian Dioh menyidai baju di papan tanda arah taman kelmarin, mengundang pelbagai reaksi penduduk berhampiran kerana ia mencacatkan pemandangan.Perkara itu yang tular di laman sosial Facebook turut menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pekerja warga asing terbabit.Masalah tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Khairolnezam Shaari yang bertindak pantas mengajukan permasalahan itu kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) untuk tindakan selanjutnya.Penduduk di taman perumahan berhampiran, Azli Idrus, 45, berkata, kebanyakan pekerja warga asing di situ mendiami bangunan asrama yang disediakan majikan mereka.Bagaimanapun katanya, sikap sesetengah mereka yang tidak mementingkan kebersihan dan membuang sampah sesuka hati menjadikan kawasan berkenaan kotor.“Masalah ini lebih sukar diatasi bila tong sampah yang disediakan tidak cukup sehingga kadang kala sampah melimpah dan bertaburan.“Itu belum lagi sikap mereka yang sidai baju di papan tanda taman tanpa rasa malu dan bersalah. Kita penduduk yang naik segan,” katanya.Azli berkata, walaupun sudah ditegur dan diberi nasihat, perkara itu tetap berulang.“Dulu masa awal tahun, sampah sarap bertaburan di bangunan asrama pekerja, sekarang mereka sidai pula baju di papan tanda tepi jalan. Lepas ni tak tahu apa lagi yang berlaku.“Saya mewakili penduduk berharap majikan yang menggaji warga asing ini perlulah tegas dan menitikberatkan soal kebersihan pekerja mereka. Ambil tahu persekitaran tempat tinggal mereka dan turun padang agar masalah tidak terus berulang,” katanya.Sementara itu, Yang Dipertua MDKP, Syahrul Nizam Salleh berkata, tindakan menurunkan pakaian yang digantung di papan tanda berkenaan  telah dilaksanakan MDKP, semalam.Menurutnya, pemilik kilang yang menggaji pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Dioh juga telah diberi peringatan supaya menjaga tingkah laku pekerja agar tidak membuat kacau ganggu di kawasan tempat tinggal mereka.“Pemantauan berterusan akan dibuat MDKP dan jika perlu operasi bersepadu akan dilakukan  bersama agensi berkaitan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelabraven.blogspot.com/2017/10/papan-tanda-jadi-tempat-jemur-baju-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Tanda Persekitaran Tempat Kerja Toxic

9 Tanda Persekitaran Tempat Kerja Toxic

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 372 hits
TANDA KORANG TENGAH BEKERJA DI TOXIC WORK ENVIRONMENT Tempat kerja yang toksik ni sangat sangat memenatkan mental dan fizikal korang and worse case boleh buat kita burnout Sini saya nak tunjuk 9 tanda yang korang tengah bekerja dekat tempat...
Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Jawi Solat Berjemaah

Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Jawi Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 239 hits
AGENDA DAILY Warga asing lengkap vaksin kini dibenarkan menunaikan solat berjemaah di surau dan masjid umum JAWI Warga asing yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menunaikan solat fardu secara ...
Wanita Warga Asing Dikompaun Rm3 000 Langgar Sop

Wanita Warga Asing Dikompaun Rm3 000 Langgar Sop

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 292 hits
Wanita warga asing itu dikompaun sebanyak RM1 500 bagi setiap kesalahan selepas siasatan kes pelanggaran SOP selesai dijalankan menurut polis PETALING JAYA Tindakan seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka dan mengimbas a...
Warga Asing Tawar Seks Secara Terbuka

Warga Asing Tawar Seks Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 226 hits
KUANTAN Aktiviti pelacuran dalam kalangan warga asing didakwa giat dijalankan di bandar ini dan beroperasi tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam Sinar Harian cuba mendapatkan kepastian mengenai kegiatan itu yang didedahkan seorang p...
Langgar Sop Polis Siasat Dua Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka

Langgar Sop Polis Siasat Dua Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 249 hits
Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing tidak memakai pelitup muka dekat sebuah taman di pusat beli belah terkenal di ibu negara yang tular di media sosial Twitter Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisi...
Warga Amerika Mati Dibunuh Oleh Puak Asli

Warga Amerika Mati Dibunuh Oleh Puak Asli

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 529 hits
Seorang warga Amerika dilaporkan mati dibunuh oleh puak asli berhampiran di Kepulauan Andaman kerana melawat perkampung mereka tanpa izin Beliau John Allen Chau 27 seorang pengembara dan mubaligh kristian berniat untuk berjumpa dengan puak ...
Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 416 hits
Gara gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini terciduk kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu Dakwa ind...
Tak Pernah Dibuat Orang Jiran Tumpang Pagar Sampai 5 Buah Rumah Untuk Jemur Baju

Tak Pernah Dibuat Orang Jiran Tumpang Pagar Sampai 5 Buah Rumah Untuk Jemur Baju

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 305 hits
Selalunya bila duduk rumah teres ni kalau nak jemur baju dekat pagar rumah tu berebut jugalah dengan jiran sebelah kan Maklumlah pagar kongsi Tapi menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok ni lain pula Menerusi video yan...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord