Abang Bangla Rohingya Monopoli Sektor Padi Hingga Jadi Tauke


 zuhayati
Ada kalangan mereka jalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi. KUALA LUMPUR – Siapa sangka kehadiran mereka sebelum ini hanya untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembuatan.
Namun kini, warga asing terutama Bangladesh dan etnik Rohingya mampu bergelar ‘tauke’ dalam sektor padi dan beras di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), Azman Mahmood selepas berjaya mengesan lebih 200 ‘petani import’ yang mengusahakan penanaman padi di negara ini.
Bermula dengan berkecimpung di dalam penanaman sayur seperti di Cameron Highlands, ‘abang Bangla dan Rohingya’ mula ‘menguasai’ jelapang padi negara dengan ada dalam kalangan mereka menjalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi.
Rekod mendapati jumlah warga asing yang bekerja sebagai pesawah paling ramai adalah di IADA Barat Laut, Selangor seramai 116 orang, Perak dan Pulau Pinang (34 orang), Rompin (15), Seberang Perak (lapan), Rompin (lima) dan Ketara (Besut, Terengganu) seramai dua orang.
“Mereka ini terbabit dalam amalan agronomi termasuk aktiviti menuai, tapak semaian dan mekanisasi.
“Ada yang bermula dengan mengambil upah menabur benih, membaja dan meracun, mereka ini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat atau agensi, malah bebas melakukan apa-apa perkhidmatan.
“Ia adalah satu senario tidak sihat kepada pekerja tempatan kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tidak mustahil mereka akan menguasai sepenuhnya sawah padi kita,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Azman berkata, golongan itu dipercayai masuk ke negara ini untuk melakukan pekerjaan di sektor lain namun memilih berkecimpung di dalam industri padi dan beras disebabkan beberapa faktor.
Sebelum ini memang terdapat pemilik yang tidak mengusahakan sawah mengupah orang lain untuk penanaman, meracun dan sebagainya setiap kali musim padi, namun pembabitan warga Bangladesh dan etnik Rohingya kini seperti menjadi satu trend.
“Kita bimbang suatu hari nanti, mereka akan menjadi tauke sepenuhnya di dalam industri padi dan beras negara sedangkan ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
“Mafi dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dengan pelbagai inisiatif terkini seperti pengenalan Smart Sawah Berskala Besar (SBB) dan pelbagai lagi.
“Di satu sudut lain, kita juga menumpukan kepada pengawalan jualan benih padi sah bagi memastikan kualiti benih untuk hasil yang optimum.
“Tetapi jika ini (kehadiran pesawah warga asing) tidak dibendung, sudah pasti petani tempatan tidak akan mendapat manfaat sewajarnya dan lama-kelamaan mereka pula memonopoli industri padi secara perlahan-lahan,” katanya.
Tegas Azman, maklumat setakat ini mendapati, warga asing berkenaan menyewa sawah terbabit pada harga RM6,000 sehektar, melebihi apa yang ditawarkan petani tempatan.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pekerja asing yang aktif di dalam industri terbabit berdasarkan senario semasa.
“Justeru kita akan berbincang dengan beberapa pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini demi masa depan industri padi dan beras negara yang lebih baik.
“Kita akan bawa isu ini kepada pihak berwajib yang terbabit seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyiasat dokumen perjalanan atau permit yang digunakan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/abang-bangla-rohingya-monopoli-sektor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rohingya Towkays Running Padi Fields Claims Bn Mp

Rohingya Towkays Running Padi Fields Claims Bn Mp

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 216 hits
Rohingya nationals are managing padi fields across the country a Barisan Nasional MP says KUALA LUMPUR A Barisan Nasional MP today raised concerns over the Rohingya community becoming padi and rice towkays in the country Salim Sharif said t...
Warga Asing Dari Pekerja Jadi Tauke Padi Beras

Warga Asing Dari Pekerja Jadi Tauke Padi Beras

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 219 hits
Warga asing dari pekerja jadi tauke padi beras Sebelum ini kehadiran mereka hanya untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan perladangan perkilangan dan pembuatan Namun tiada siapa menyangka warga asing terutama Bangladesh dan etni...
Demo Perawat Hingga Dokter Di Italia Akibat Kurang Tenaga Kesehatan

Demo Perawat Hingga Dokter Di Italia Akibat Kurang Tenaga Kesehatan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 194 hits
Demo Perawat hingga Dokter di Italia Akibat Kurang Tenaga Kesehatan Sebanyak 118 tenaga kesehatan ruang gawat darurat yang terdiri dari staf medis perawat dan dokter menggelar aksi demonstrasi menentang masalah kekurangan staf dan pengelola...
Kabupaten Bekasi Siaga Darurat Banjir Hingga Akhir November 2021

Kabupaten Bekasi Siaga Darurat Banjir Hingga Akhir November 2021

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 220 hits
Sebanyak 118 titik lokasi di wilayah Kabupaten Bekasi dinyatakan rawan banjir Hal itu berdasarkan hasil pendataan BPBD Kabupaten Bekasi saat banjir menggenang sejumlah lokasi beberapa hari lalu
Wow Inilah Rahasia Baterai Awet Hingga Ratusan Tahun

Wow Inilah Rahasia Baterai Awet Hingga Ratusan Tahun

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 168 hits
Apa sebenarnya yang selalu menjadi kekhawatiran para pengguna smartphone Benar kekhawatiran terbesar adalah jika baterai smartphone yang tengah dipakai akan habis Tak aneh bila kini beredar banyak macam dan jenis power bank Namun demikian a...
Pijak Kanak Kanak Hingga Mati Pekerja Pasar Raya Didakwa

Pijak Kanak Kanak Hingga Mati Pekerja Pasar Raya Didakwa

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 196 hits
Pijak kanak kanak hingga mati pekerja pasar raya didakwa ROMPIN Seorang pekerja pasar raya didakwa di Mahkamah Majistret Rompin hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak kanak lelaki di bawah jagaannya Bagaimanapun tiada pengakuan direko...
5 Kasus Jadi Atensi Kapolri Begal Di Palembang Hingga Kebakaran Karma Beach Bali

5 Kasus Jadi Atensi Kapolri Begal Di Palembang Hingga Kebakaran Karma Beach Bali

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 155 hits
Restoran Karma Beach Bali terbakar diduga akibat konsleting listrik dan mengalami kerugian materil sebesar Rp20 miliar
Terengganu Catat 2 433 Kes Cerai Sejak Januari Hingga Oktober 2021

Terengganu Catat 2 433 Kes Cerai Sejak Januari Hingga Oktober 2021

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 198 hits
BERNAMA Manakala sebanyak 4 132 kes perceraian dicatatkan pada 2020 di Terengganu Perintah kawalan pergerakan yang bermula tahun lalu menyaksikan perceraian meningkat dalam negara Sebanyak 6 565 kes perceraian melibatkan pasangan beragama I...
Hiburan Zizi Kirana Stabil Doktor Nasihat Supaya Rehat Hingga Pulih

Hiburan Zizi Kirana Stabil Doktor Nasihat Supaya Rehat Hingga Pulih

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 244 hits
Penyanyi Zizi Kirana memberitahu bahawa keadaannya kini semakin stabil selepas tujuh hari dirawat di sebuah pusat perubatan akibat kekurangan darah 2 hari laluTak Hadir ABPBH34 Zizi Kirana Masuk Hospital Kerana Sakit PerutAdvertisementMenur...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa