Wanita Yang Berumur 49 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Usia 26 Tahun Cetus Perhatian Netizen
Perkahwinan pasangan yang berbeza usia tidak lagi menjadi isu besar pada ketika ini. Masyarakat pada zaman sekarang lebih berfikiran terbuka dan menerima pasangan sepenuh hati sehinggakan sampai mendirikan rumah tangga. Terbaru, viral di laman media sosial wanita berkahwin dengan lelaki yang lebih muda 23 tahun dari beliau.
Dalam status yang dikongsikan, di maklumkan bahawa si suami berusia 26 tahun manakala si isteri berusia 49 tahun. Lokasi perkahwinan pasangan ini dipercayai berlaku di Triang, Pahang. Terdapat juga yang menyatakan bahawa umur si isteri adalah 55 tahun dan si suami berusia 22 tahun, namun ahli keluarga telah tampil menjelaskan umur yang sebenar untuk mengelakkan salah faham berlaku.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai kerana usia yang jauh berbeza. Para netizen ramai yang memberikan komen mengenai pasangan pengantin ini dan mendoakan mereka bahagia dan gembira dengan pilihan hati. Namun, ada juga yang bersedih kerana masih belum menemui jodoh dan mencemburui wanita ini.
Semoga berbahagia pasangan pengantin yang mempunyai usia yang jauh beza. Asalkan bahagia dan gembira, usia bukan penentu kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.
Jom Lihat juga apa kata netizen :
Jodoh .. sy 29.. suami 60 .. anak 7 bulan .. Allah dah aturkan segala yg terbaik utk hamba2nye
So girl, if you’re still single, be patience.. maybe your future husband still in kinder garden
jgnlah mengata..Rasulullah ngan Siti Khadijah pun jarak usia jg jauh..penting dia tak ambik hak orang…anyone deserve to be happy
Tahniah broo…jodoh itu rahsia…abg jugak mereput atas katil ditemani kedai speedmart..
Tahniah. Jodoh tuh rahsia Allah. Cuma x bpe fhm dgn komen2 yg ada. Knpa byk yg gelak ketawa? Apa yg lucu? Gelakkn pasangan org laen tuh elok ke? Jaga2 kang yg gelak2 tuh dpt mcm nie. Kita pun x tau nasib kita lg. Paling x dy kawen gak. Ada pasangan yg gelak2 tuh kdg single lg. Mcm2 korang nie
Ada orang cakap, nak tackle anak perempuan kena tackle hati mak dulu.. last2 jatuh cinta ngn mak dia pulak.. hahaha
Jodoh ketentuan ALLAH…ajal maut semua ALLAH tentukan..yg cakap bukan2 tu ingat ap perancangan yg ALLAH dah atur untuk kita… samada suka atau tidak,itulah takdirnya..doakan yg baik2… kawin sah halal… alhamdulillah
Jangan nak koment yg negatif ye kat mak sedara sy!! Jodoh tu dari allah knp di persoalkan!!!!! N satu lg mak sedara sy umur 49tahun!!! Thanks yg mendoakan yg baik2
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : RimbaBara
The post Wanita Yang Berumur 49 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki usia 26 Tahun Cetus Perhatian Netizen appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/26/wanita-yang-berumur-49-tahun-berkahwin-dengan-lelaki-usia-26-tahun-cetus-perhatian-netizen/