Al Ard Minyak Zaitun Dari Pokok Tertua Mencecah Usia 500 Tahun Al Masoud Trading
Biasa tak tengok rancangan memasak? Kebiasaan chef akan guna olive oil untuk masak kan. Dekat rumah ni kalau tak tau nak tengok rancangan apa memang aku buka je channel masakan. Lepas tu mula la teringin semua menu dalam rancangan tu. Aku pernah beli olive oil dulu sebab pengaruh rancangan memasak ni la. Tapi masa tu tak reti sangat pasal olive oil ni. Nampak chef guna olive oil aku pun menonong je beli dekat supermarket. hahah Okay tu pasal olive oil tapi olive oil ni ada banyak jenis tau.
Al Masoud Trading - pengimport dan pengedar
Cuma baru-baru ni aku pergi sendiri kedai Al Masoud Trading dekat Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Pergi cari olive oil sekali pekerja situ rajin explain pasal olive oil ni. Aku baru tahu yang olive oil ni ada banyak jenis dan dari pelbagai negara pengeluar. Aku ingat dari saudi je so salah fahaman la ni kan. hahahha.. Dekat kedai ni ada 2 brand olive oil iaitu Al'Ard dari Palestin dan satu lagi PONS dari Spain. Antara 2 ni aku pilih jenama Al'Ard olive oil dari Palestin.
Minyak Zaitun Al'Ard - Palestine
Masa ni staf sini bagitau yang Al'Ard ada 2 jenis olive oil. Satu Palestinian Premium Organic Extra Vigin Olive Oil (PPOEVOO) dan satu lagi Palestinina Organic Extra Vigin Olive Oil (POEVOO). Bukan main panjang kan nama, sebab tu aku berminat pasal Al'Ard ni. hahah. Yang beza antara dua ni yang aku nampak premium dengan tak je. Biasa nama premium ni mesti istimewa kan. Apa yang menarik PPOEVOO ni adalah minyak zaitun dari pokok zaitun tua yang mencecah hingga 500 tahun dan di proses dalam masa 24 jam selepas dipetik
Kedua-dua olive oil keluaran Al'Ard boleh didapati dalam 2 jenis botol iaitu 250ml dan juga 500ml. Anda semua tahu kan palestinian ni terkenal sebagai negara pengeluar olive oil pertama didunia. Itu keistimewaannya.
Sabun Minyak Zaitun Al'Ard
Selain EVOO, Al'Ard juga menghasilkan sabun yang bebas parabens, SLS, SLES, preservatives, artificial color dan juga pewangi. Sabun ni buatan tangan oleh petani wanita palestine. Boleh guna seluruh badan termasuk muka, badan dan rambut. Ada 2 jenis sabun ni iaitu dalam bentuk buku macam gambar ni dan juga dalam bentuk cecair dalam 500ml.
Premium Palestinian Za'atar
Za'atar adalah campuran herba seperti thyme, sesame seed, minyak dan garam. Masa mula aku nampak ni aku terus tanya ni nak makan macam mana sebab aku baca ada thyme. Herba ni kalau aku masak pasta memang aku suka la campur nak bagi sedap bau. Pastu staf sini cakap paling senang boleh cuba masak telur dadar campur ni je. Tak payah tambah garam sebab dah sedia masin. Terus macam wow menarik dan senang sangat. hahah.
Herba thyme ni bagus untuk kesihatan iaitu dapat menguatkan daya fikiran, anti kulat dan antioksidan, melancarkan peredaran darah, kesihatan jantung dan penglihatan. eh banyak pula khasiat. Boleh google lagi pasal thyme ni sebab dah lenguh la tangan nak taip semua khasiat. hahah
Cara pengambilan minyak zaitun
Kena tahu cara betul bila nak ambil minyak zaitun untuk kesan maksimum gitu. Baru dapat khasiat nya kan.
1) Makan terus - Minyak zaitun atau olive oil ni boleh diambil secara terus. Baik diamalkan 1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur. Minum air selepas 3 minit minum minyak zaitun.
2) Masakan - Boleh dicampurkan dalam masakan. Eh ini aku confuse sikit sebab aku bayangkan untuk menumis masakan tu. Rupanya dicampur beberapa sudu dalam masakan yang telah siap dimasak.
3) Sapuan - Sebagai sapuan pada anggota badan dan rambut. Minyak zaitun ni bagus untuk merawat masalah kulit. Even kesan melecur pun boleh sapu minyak zaitun. Cepat baik.
Cara pemilihan minyak zaitun yang berkualitiIni antara info baru untuk aku. Biasa beli minyak masak biasa je dekat kedai kan so tak ambil tahu sangat. So sama-sama la kita belajar mengenali minyak zaitun yang berkualiti. hehe
1) Minyak zaitun yang bagus adalah dibotolkan dalam botol kaca gelap bagi nengelakkan dari terdedah dari cahaya uv.
2) Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) - ini standard International Olive Oil Council
3) Nitrogen Injection digunakan masa pembotolan bagi mengekalkan khasiat olive oil dan mengelakkan olive oil dari teroksida.
4) Minyak zaitun dari pokok yang lebih tua akan menghasilkan minyak yang lebih berkualiti dan berkhasiat. Tadi dah bagitau kan yang produk Al'Ard memang dihasilkan dari pokok tertua di palestin.
5) Selain dari pokok tertua, minyak zaitun dari pokok yang ditanam dikawasan gunung dan bukit tinggi juga menghasilkan buah yang lebih berkualiti kerana lebih terdedah kepada cahaya matahari dan kurang kandungan air.
Menarik bukan? Kalau nak dapatkan produk Al'Ard ni boleh rujuk maklumat dibawah dan juga boleh rujuk link facebook dibawah. Banyak info dan ilmu mengenai minyak zaitun ni.
https://www.alard.my/https://www.facebook.com/NazranAbdMutalibhttps://www.facebook.com/Sayasukaminyakzaitun/
Antara yang menarik mengenai produk Al'Ard ni yang aku dapat dari facebook link tu. Kalau tak boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Kita campur je dalam makanan. Makanan Malaysia ni kebanyyakan berminyak so bila campur dengan minyak zaitun tak la rasa pelik sangat kan. Sambil makan dapat khasiat gitu. hahah
Zaatar pula selain buat telur dadar kita makan dengan roti. Okay ni nanti aku kena cuba la kot. Agaknya sama tak rasa dengan garlic bread? hahah campur herb juga kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2018/11/al-ard-minyak-zaitun-dari-pokok-tertua.html