Mula Mengorat Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri
Viral di internet tentang kisah percintaan seorang murid bersama guru di sekolah selama 7 tahun hingga akhirnya ke jinjang pelamin. Siapa sangka, bermula dengan terpesona melihat guru sendiri, akhirnya menjadi suami. Jom baca kisah percintaan pasangan ini…
Detik pertemuan
Vinda Virginia, 20, masih bersekolah ketika dia bertemu dengan Erwin Pangaila,34, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 2 Tenga, Kabupaten Minahasa Selatan pada tahun 2011.
Mengimbau detik itu, Virginia menceritakan yang dia mula terkesima dan jatuh cinta melihat Erwin ketika satu acara berlangsung di sekolah.
“Ianya terjadi pada Hari Isnin. Pada waktu tu ada upacara bendera dan saya seperti terpesona melihat dia.”
Virginia yang berusia 13 tahun pada ketika itu akui jatuh hati dengan wajah kacak dimiliki Erwin, malah sebenarnya memang ramai pelajar perempuan menyenangi guru tersebut.
Makin kenal satu sama lain
Kedua-duanya mula mengenali satu sama lain apabila Erwin yang berusia 27 tahun ketika itu ditugaskan untuk mengajar satu mata pelajaran di dalam kelas Virginia. Pada ketika itulah, mereka berdua mula menyukai dan berlarutan hingga menjalinkan hubungan cinta.
Sumber: Blog
Hari-hari dihantar ke sekolah
Selepas tamat belajar di SMP Negeri 2 Tenga, Virginia melanjutkan persekolahan di SMK Negeri 1 Amurang. Jarang sekolah itu dari rumahnya dikatakan agak jauh namun setiap hari Virginia akan dihantar ke sekolah oleh kekasih hatinya itu.
“Hampir setiap hari dia (Erwin) menghantar saya ke Amurang. Rakan-rakan setiap hari nampak dan saya tidak malu memberitahu Erwin adalah kekasih saya.”
Bukan setakat hantar ke sekolah, Erwin juga dengan setia menjemput Virginia pulang selepas waktu persekolahan. Situasi tu berlaku setiap hari sehingga dia tamat bersekolah di Amurang.
Sumber: Facebook
Sumber: Blog
Hubungan terhalang
Menurut Virginia, selama menjalin hubungan dengan Erwin, bermacam jenis dugaan dan rintangan yang mereka lalui. Sebagai contoh, katanya ada pihak yang tidak bersetuju dengan hubungan cinta mereka berdua.
Sumber: Facebook
Akhirnya berkahwin
Selepas 7 tahun menyulam cinta, pasangan kekasih ini akhirnya melangsungkan perkahwinan pada 5 Oktober 2018 di sebuah gereja disaksikan ahli keluarga dan teman rapat.
“Ini hanya pertolongan Tuhan kami bisa menjaga cinta ini sampai menikah 5 Oktober 2018,” kata Erwin.
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Jadi Terkenal
Dek kerana sering memuji pasangan di Facebook, kedua-dua mereka menjadi perhatian ramai warga internet di Indonesia. Malah, gambar perkahwinan mereka juga turut viral di media sosial sekaligus membuka kisah cinta unik mereka berdua ini.
Sumber: Facebook
Sumber:lobakmerah
The post Mula ‘Mengorat’ Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun, Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/29/mula-mengorat-cikgu-sendiri-pada-usia-13-tahun-selepas-7-tahun-jadi-suami-isteri/