Wanita Pkr Nampak Ada Pelik Pada Video Haziq


Wanita PKR hari ini menyatakan rasa hairan mereka dengan isu skandal atas ranjang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini.
Ketuanya, Haniza Mohd Talha, berkata rasa hairan itu timbul kerana ia disebarkan tidak lama selepas Latheefa Koya dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Semua ini terbongkar sebaik saja selepas pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM. Jadi, saya melihat ia sebagai sesuatu yang pelik,” katanya dalam sidang media khas Wanita PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.
Selain itu kata Haniza, ada beberapa percanggahan yang mengundang curiga, antaranya kenyataan dibuat pihak yang mendakwa Azmin, iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz.
“Dalam kenyataan Haziq, dia meminta SPRM menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Azmin, jadi saya nampak ada kaitan di situ, seolah-olah ada pihak yang berniat jahat ingin melaga-lagakan keputusan dibuat perdana menteri dengan timbalan presiden PKR yang kononnya satu kem dengan ketua pesuruhjaya SPRM.
“Ini saya lihat sangat jelas boleh dibaca,” katanya.
Kata Haniza, dengan kecanggihan teknologi yang ada hari ini apa pun tidak mustahil dilakukan bagi menyebarluaskan fitnah sedemikian.
Hal itu, katanya, termasuk mengubah suai wajah seseorang.
Azmin kena terus bertugasHaziq baru-baru ini menggemparkan negara apabila mendakwa dia adalah individu dalam rakaman klip video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei.
Dalam pengakuannya sehari selepas video itu disebarkan, Haziq mendakwa kejadian itu dirakam tanpa pengetahuannya dan diedarkan sehari sebelumnya.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan klip video tersebut.
Azmin pula menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.
Selepas penafian itu, pihak yang tidak dikenali menyebarkan satu lagi klip video skandal seks yang dikaitkan dengan timbalan presiden PKR itu dengan menjemput wartawan menyertai kumpulan WhatsApp dinamakan “Azmin Ali Part 2/4”.
Haziq ialah ketua Angkata Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Sementara itu, mengulas desakan supaya Azmin direhatkan, Haniza berkata kenyataan kumpulan terbabit tidak mengambarkan semangat perjuangan PKR melawan fitnah.

Sebaliknya Haniza berkata Azmin seharusnya perlu meneruskan tugas-tugasnya dan memberi tumpuan kepada pembangunan negara.
“Kita harus lihat ke depan untuk majukan negara. Sebab itu kita sepakat bersama menyokong kepimpinan dan bersama-sama dalam hadapi ujian ini.
“Kamiu semua (wanita PKR) menolak politik kotor yang dirancang oleh pihak tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, Haniza berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu ambil tindakan dan mengesan pihak yang menyebar video itu dengan sewenang-wenang.
Katanya, SKMM perlu bertindak segera bagi membantu polis untuk menangkap pihak terbabit.
“SKMM perlu pastikan video tersebut tidak menjadi tular kepada orang ramai,” katanya.
Haniza juga berkata semua wanita PKR negeri akan membuat laporan polis supaya pelakunya disiasat.
“Laporan polis dibuat sebab kita rasa ada sesuatu yang berniat jahat lebih-lebih lagi Haziq dilaporkan mahu melarikan diri tetapi telah diberkas oleh polis,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/wanita-pkr-nampak-ada-pelik-pada-video.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bukan Haziq Fb Digodam Pkr Santubong

Video Bukan Haziq Fb Digodam Pkr Santubong

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 486 hits
Video bukan Haziq FB digodam PKR SantubongPosted By on June 13 2019Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari menafikan individu yang membuat pengakuan bersumpah melakukan seks sejenis dengan seorang yang mirip menteri ...
Haziq Dilindungi Pemimpin Pkr Tertentu

Haziq Dilindungi Pemimpin Pkr Tertentu

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 296 hits
News Diterbitkan Hari ini 2 03 tengahariTimbalan Ketua Pemuda PKR Sabah Blisson Zainduddin memberi gambaran wujud persepsi tentang kewujudan plot dalaman terhadap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dalam klip video lucah...
Klip Video Semburit Azmin Ali Kata Hanya Ibu Pejabat Pkr Sahaja Yang Ada Nombor Telefon Semua Pemimpin Pkr

Klip Video Semburit Azmin Ali Kata Hanya Ibu Pejabat Pkr Sahaja Yang Ada Nombor Telefon Semua Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1231 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti Azmin be...
Haziq Malukan Pkr Tapi Anwar Masih Pertahankan

Haziq Malukan Pkr Tapi Anwar Masih Pertahankan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 456 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terbabit dalam aksi intim bersama seorang mente...
Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 547 hits
PETALING JAYA PKR tidak akan membuat laporan polis berhubung penularan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ini kerana katanya beberapa laporan polis mengenai video tersebut telah ...
Video Gay Mirip Azmin Ali Pkr Serah Kepada Pdrm Dan Sprm Buat Siasatan

Video Gay Mirip Azmin Ali Pkr Serah Kepada Pdrm Dan Sprm Buat Siasatan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 948 hits
Biro Politik Parti Keadilan Rakyat menyerahkan kepada PDRM dan SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap Timbalan Presiden parti Azmin Ali yang telah bersidang bagi membincangkan mengenai klip video lucah membabitkan individu dipercay...
Video Kecoh Lelaki Jerit Nampak Hantu Di Trafik Light Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu

Video Kecoh Lelaki Jerit Nampak Hantu Di Trafik Light Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1074 hits
adakah anda percaya dengan wujudnya hantu mungkin ada dikalangan kita tidak percayainya da menyifatkannya benda mengarut namun di dalam islam kita wajib percaya perkara perkara yang ghaib atau tidak nampak seperti malaikat jin dan sebagainy...
Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1367 hits
Isk isk kau ni saja jer nak buat Azmin Ali naik darah tinggi apatah lagi bos kau si Anwar Ibrahim tu Kot ya pun nak bercakap tu biarlah berlapik Ini kau sound setepek memang nampak macam muka Azmin Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiau...
Sayalah Individu Bersama Dalam Video Viral Semalam Setiausaha Sulit Kanan Pemimpin Pkr Buat Pengakuan

Sayalah Individu Bersama Dalam Video Viral Semalam Setiausaha Sulit Kanan Pemimpin Pkr Buat Pengakuan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 768 hits
The ReporterViral di media sosial video dua lelaki yang salah seorangnya didakwa menyerupai seorang menteri kabinet sedang melakukan hubungan sejenis dengan pasangannya di sebuah bilik hotel Dalam klip video itu menunjukkan dua lelaki terba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities