Video Kecoh Lelaki Jerit Nampak Hantu Di Trafik Light Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu
adakah anda percaya dengan wujudnya hantu? mungkin ada dikalangan kita tidak percayainya da menyifatkannya benda mengarut namun di dalam islam kita wajib percaya perkara-perkara yang ghaib atau tidak nampak seperti malaikat, jin dan sebagainya Seorang lelaki dikatakan nampak hantu di dalam keretanya.
Tiba-tiba menghentikan kenderaan dipersimpangan lampu isyarat dan menjerit meminta tolong. Akibat dari terlalu takut sehingga dia menyebut nama Allah…dan meminta orang ramai menghantar beliau ke masjid berhampiran.
Lokasi : persimpangan Masjid Wiilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta.
6 Punca Gangguan Jin Dan Tanda-tandanya
Al-Qur’an memperakui adanya jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Qur’an sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam.
Gangguan jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat kita nafikan. Allah SWT menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.
Kerana itu, jin berupaya menyakiti dengan memasuki badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan dalam pelbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya.
Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah SAW ada bersabda: “Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Apabila jin-jin ini memasuki badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita.
Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu.
Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.
Selain itu, gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.
Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit.
Ada pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu.
Kebanyakan pesakit yang sakit akibat gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka.
Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Terdapat 6 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh penulis.
1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir
Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang.
Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir.
Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau ke dalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.
2. Lemah Semangat
Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu.
Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus.
Usia yang lanjut bukan faktor utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh.
Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.
3. Belajar Tanpa Guru
Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah.
Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh, pawang dan tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir
Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka.
Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka.
5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin
Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome) dan penyakit SLE, sakit kanser seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin.
Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
6. Saka
Saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit. Saka bererti salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin.
Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia.
Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.
mediatular.com
The post Video : kecoh! lelaki jerit nampak hantu di trafik light lihat apa yang berlaku selepas itu appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/video-kecoh-lelaki-jerit-nampak-hantu-di-trafik-light-lihat-apa-yang-berlaku-selepas-itu/