Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar


PETALING JAYA – PKR tidak akan membuat laporan polis berhubung penularan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, katanya, beberapa laporan polis mengenai video tersebut telah dibuat dan pihak polis telah memulakan siasatan.
Bercakap kepada media selepas mesyuarat biro politik parti itu, Anwar berkata, pihaknya sangat bimbang dengan serangan tidak berasas tanpa henti yang dilancarkan pihak tertentu terhadap pemimpin parti itu.
Sambil menafikan sebarang penglibatan di peringkat dalaman atau luaran parti, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyelar perbuatan jijik serta konspirasi terhadap timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Kami bimbang mengenai serangan tanpa henti ini yang mana kami kutuk sekeras-kerasnya.
“Kami tidak ada bukti yang mencadangkan bahawa parti secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam perbuatan keji itu.
“Mesyuarat petang tadi selama dua jam mencari konsensus tanpa sebarang pertelagahan kerana dari awal lagi parti serta rakan rakan dalam PH menolak politik keji ini terhadap sesiapa sahaja baik dalam ataupun luar parti,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akil serta Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, mesyuarat petang tadi berbincang agak panjang tentang bagaimana isu tersebut harus ditangani dan melihat fakta fakta dari segi undang undang tanpa menjejaskan siasatan yang dilaksanakan pihak berkuasa.
Ditanya nasib dan status Haziq Abdul Aziz, Anwar berkata nasib pegawai Setiausaha Sulit Kanan itu akan ditentukan oleh Shamsul Iskandar pada masa yang sesuai.

Anwar juga terkejut apabila dimaklumkan tentang gelombang kedua video intim dalam WhatsApp bertajuk Azmin Ali Part2 yang tular dalam kalangan media 10 minit sebelum sidang media bermula.
Sebagai menjawab reaksi wartawan itu, beliau menjelaskan tidak berminat melihat apa yang terkandung tetapi menegaskan apa jua bentuk serangan sedemikian tidak akan mengganggu gugat pendirian parti dalam isu tersebut.
“Pada setakat ini kita buat keputusn ini dulu, tetapi (tindakan ke atas haziq) kita akan bersidang sekali lagi kena harus teliti lagi dengan dapatkan input peguam dan akan bincang semula dalam beberapa hari lagi.
“Hari ini belum ada apa apa keputusan (gantung sementara Haziq) kerana kita kaji beberapa implikasi lain.
“Jadi kita tidak mahu mengganggu hal itu dan mahu pastikan perbincangan berterusan dengan kepimpinan dan lebih penting menyerahka kepada PDRM dan SPRM untuk meneruskan siasatan.
Mengenai ketidakhadiran Azmin, beliau berkata: “Malah Azmin minta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat hari ini dan memberi ruang kepada pemimpin lain membincangkan dan saya sampaikan pandangannya dalam mesyuarat sebentar tadi.” – MalaysiaGazette


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/video-intim-mirip-menteri-pkr-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tidak Tahu Video Intim Mirip Menteri

Pm Tidak Tahu Video Intim Mirip Menteri

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 656 hits
DR MAHATHIR MOHAMAD11 Jun 2019 12 48 PMPUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengetahui mengenai penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video intim mirip seorang menteri tersebar hari ini Kata Perdana Menteri beliau baru sahaja me...
Video Intim Mirip Menteri Haziq Rapat Dengan Pembangkang Zuraida

Video Intim Mirip Menteri Haziq Rapat Dengan Pembangkang Zuraida

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan lelaki yang mendakwa dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri mempunyai hubungan baik dengan pembangkang Menerusi satu kenyataan di...
Ahli Parlimen Dilarang Timbulkan Isu Video Mirip Menteri Dalam Parlimen

Ahli Parlimen Dilarang Timbulkan Isu Video Mirip Menteri Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen tidak dibenarkan mengemukakan atau menimbulkan isu berkenaan klip video intim mirip seorang menteri kanan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 1 Julai ini Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yus...
Polis Buka Kertas Siasatan Kes Video Dikaitkan Dengan Menteri

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Video Dikaitkan Dengan Menteri

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 362 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador Menurutnya polis setakat ini menerima satu laporan berhub...
Hukum Pemuda Mengaku Terlibat Video Homoseks Mirip Menteri Kata Tuan Ibrahim

Hukum Pemuda Mengaku Terlibat Video Homoseks Mirip Menteri Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 483 hits
OLEH HASBULLAH AWANG CHIKTimbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar isu video skandal seks pemuda bersama mirip seorang menteri diselesaikan segera Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 12 Jun Timbalan Presiden PAS Datuk...
Sekat Portal Sebar Video Mirip Menteri

Sekat Portal Sebar Video Mirip Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 410 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyekat akses kemasukan ke sebuah portal yang memuat naik video lucah mirip seorang menteri kanan semalam Sehingga semalam portal tersebut didapati memuat naik video berkenaan namun hari ini portal ter...
Ini Respon Kj Berikutan Tersebarnya Video Hubungan Intim Libatkan Menteri

Ini Respon Kj Berikutan Tersebarnya Video Hubungan Intim Libatkan Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 357 hits
Kecoh kecoh dan kecoh Lagi kita disebarkan lagi dengan satu video lucah melibatkan seorang menteri Malaysia di dalam sebuah bilik hotel Berikutan itu Khairy Jamaluddin dalam satu postingnya turut meluahkan rasa kecewa terhadap tahap politik...
Video Gay Mirip Azmin Ali Pkr Serah Kepada Pdrm Dan Sprm Buat Siasatan

Video Gay Mirip Azmin Ali Pkr Serah Kepada Pdrm Dan Sprm Buat Siasatan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 945 hits
Biro Politik Parti Keadilan Rakyat menyerahkan kepada PDRM dan SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap Timbalan Presiden parti Azmin Ali yang telah bersidang bagi membincangkan mengenai klip video lucah membabitkan individu dipercay...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp