Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan


Malam tadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran sesat. (Gambar: Melalui FMT)
PETALING JAYA: Wanita berusia 39 tahun digelar “Sittah Annur” yang juga ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) ditahan polis di rumahnya di Shah Alam, pagi tadi.

Wanita itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, menurut sumber dilaporkan Harian Metro.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, mengesahkan penahanan itu.

Malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran sesat PMYT.

Katanya, siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan menyentuh akidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan Sittah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.


“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad.

“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya.

Ajaran PMYT didedahkan akhbar itu pada 29 Ogos lalu, dengan siri laporan polis dibuat terhadap kumpulan berkenaan di seluruh negara.

Sehingga kini, 13 laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.

Wanita yang sudah berumah tangga berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.


Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Malah, bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur turut dikesan menjaja nama beberapa pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

Susulan pendedahan itu, selain mufti negeri, pihak berkuasa agama, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mengarahkan polis mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam termasuk kepada kumpulan PMYT.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, selain tindakan penguatkuasaan antara pihak berkuasa, pihaknya juga akan berusaha selamatkan pengikut kumpulan PMYT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/wanita-perang-dunia-ke-3-di-sabah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kesan Kumpulan Ajaran Sesat Pmyt Untuk Merancang Memulakan Perang Di Sabah

Polis Kesan Kumpulan Ajaran Sesat Pmyt Untuk Merancang Memulakan Perang Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 741 hits
Mirip kumpulan radikal Sebar fahaman khurafat mengarut Polis kesan kumpulan ajaran sesat dakwa Perang Dunia III akan mula di Sabah KOTA KINABALU Polis sedang mengesan sebuah kumpulan dikenali sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir yang dipe...
Wanita Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Ditahan Polis

Wanita Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR 4 Sept Polis menahan seorang wanita yang merupakan ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir di kediamannya di Shah Alam awal pagi tadi Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata wanita berusia 39 tahun...
Anak Lelaki Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

Anak Lelaki Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 519 hits
Mohammed Hayssam Musa meninggalkan seorang isteri dan anak perempuannya Anak lelaki Musa Aman Hayssam meninggal dunia pada usia 34 tahun kerana Covid 19 KOTA KINABALU Anak bongsu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meninggal dunia s...
Ong Kim Swee Ketua Jurulatih Sabah Fc Yang Baharu

Ong Kim Swee Ketua Jurulatih Sabah Fc Yang Baharu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 749 hits
Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di FAM Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee meletakkan jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menjadi Ketua Jurulatih Sabah FC Perkara itu diumumkan oleh Setia...
Bekas Tyt Sabah Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Bekas Tyt Sabah Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 587 hits
Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin KOTA KINABALU Bekas Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin Perkara itu disahk...
14 Pemain Bola Sepak Sabah Dipanggil Sertai Kem Latihan Skuad Wanita Kebangsaan

14 Pemain Bola Sepak Sabah Dipanggil Sertai Kem Latihan Skuad Wanita Kebangsaan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 449 hits
14 pemain bola sepak Sabah dipanggil sertai kem latihan skuad wanita kebangsaan 28 dipanggil sertai kem latihan skuad wanita kebangsaan KOTA KINABALU Pemain bola sepak Sabahan menguasai separuh pemain dalam senarai skuad bola sepak wanita k...
Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 292 hits
Bersiap hadapi Perang Dunia Ketiga Kuala Lumpur Menggunakan gelaran Sittah Annur seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melaw...
Kisah Seram Misteri Jelmaan Wanita Baru Meninggal Dunia

Kisah Seram Misteri Jelmaan Wanita Baru Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan peminat kisah seram semua Semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera Kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Kali ini adalah sebuah cerita seram perkongsian Mohd W...
Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di Fam Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah Fc

Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di Fam Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah Fc

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 418 hits
Datuk Ong Kim Swee letak jawatan Pengarah Teknikal FAM untuk mengendalikan pasukan Sabah FC RASMI FAM Umum Peletakan Jawatan Pengarah Teknikal Datuk Ong Kim Swee Akan Kemudi Pasukan Sabah FC Persatuan Bolasepak Malaysia ingin mengumumkan pe...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx