Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga


'Bersiap hadapi Perang Dunia Ketiga'Kuala Lumpur: Menggunakan gelaran Sittah Annur, seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.
Wanita itu yang dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran diasaskannya dikenali sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Individu berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.
Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW serta merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.
Sumber keselamatan mendedahkan, kumpulan PMYT pimpinan wanita itu kini diikuti sehingga 3,000 pengikut.
"PMYT dikesan sudah mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara dan pengikutnya kini kian bertambah saban hari. Pengikutnya bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan sebaliknya ada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah dan guru.
"Lebih membimbangkan, ada pesara kerajaan dan anggota polis serta tentera juga menjadi anggota kumpulan itu yang dikhuatiri akan dimanipulasi untuk perkara berbahaya rentetan mereka ini terlatih kepada penggunaan senjata api," katanya.
Mengulas lanjut, katanya, kumpulan PMYT itu kini sudah menggerakkan anggota untuk menyediakan peralatan seperti alatan memburu, cangkul dan makanan di beberapa negeri bersempadan di utara tanah air sebagai persediaan jika peperangan tercetus.
"Sittah Annur juga sudah menyenaraikan lokasi tertentu untuk anggotanya dari Malaysia dan Nusantara termasuk Indonesia serta Brunei bergerak apabila peperangan tercetus sebagai tempat berlindung, berku mpul sebelum bergerak memerangi musuh," katanya.
Tambahnya, antara negeri yang dimaksudkan seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang didakwa Sittah Annur sebagai kubu pertahanan mereka memerangi musuh sebelum menggerakkan pasukannya mencari Imam Mahdi.
Wartawan Skuad Khas Harian Metro sudah meneliti ucapan dan pelbagai ramalan Sittah Annur di platform media sosial digunakannya mendapati dakwaannya seperti dilaporkan.
Semakan di YouTube mendapati sekurang-kurangnya saluran digunakan wanita terbabit sudah mendapat lebih 2,000 langganan dan terdapat 74 video sudah dimuat naik wanita terbabit.
Video perkongsian wanita itu berkaitan peperangan, pertemuannya dengan Nabi Muhammad SAW secara purata ditonton antara lebih 1,000 hingga 48,000 tontonan. Sementara di FB, wanita itu diikuti lebih 4,900 rakan.
WANITA terbabit ketika menceritakan pelan sekiranya berlakuWANITA terbabit ketika menceritakan pelan sekiranya berlakuGuna nama tokoh pemimpin, agamaw an pengaruhi orang ramai
Kuala Lumpur: Bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur yang mengembangkan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.
Sumber memaklumkan, Sittah Annur menyenaraikan nama beberapa sultan dan putera mahkota di Malaysia selain presiden negara serta agamawan dalam serta luar negara yang akan memimpin mereka bersamanya untuk memerangi musuh selepas tercetusnya peperangan.
Mengulas lanjut, sumber percaya semua tokoh dinamakan itu tidak mempunyai kaitan dengan ajaran kumpulan berkenaan.
"Kita percaya ini hanyalah cara wanita itu untuk meyakinkan pengikutnya. Malah, agamawan disenaraikannya itu juga tidak tahu mereka dalam senarai yang dipilih menjadi khalifah ajaran itu.
"Tindakannya menyebabkan kegentaran awam, malah dipercayai mahu menggunakan pengaruh tokoh negara, pemimpin dan agamawan untuk tambah pengikut," katanya.
Menjawab soalan wartawan, sumber berkata, wanita itu mendakwa tokoh berkenaan akan memimpin pasukan tentera yang dibentuk mereka itu untuk memerangi musuh.
"Organisasi ajaran ini sangat tersusun. Mereka sudah bergerak dan merangka pelan sebaik peperangan berlaku antaranya melarikan diri ke kawasan pedalaman demi kelangsungan hidup dan akhirnya keluar dari Malaysia untuk bersatu dengan Imam Mahdi," katanya.
Katanya, wanita terbabit menyasarkan pelayar internet melalui medium Facebook dan YouTube untuk mengetengahkan ideologinya.
"Golongan cetek pengetahuan dalam ilmu agama dilihat sangat terkesan dengan perkongsian wanita itu.
"Golongan profesional juga ramai mengikutinya. Ini dipercayai ada beberapa ramalan sebelum ini yang dinyatakan wanita terbabit berlaku," katanya.
"Kebetulan (ramalan) berasaskan logik itu menyebabkan pengikutnya makin taksub kepada wanita berkenaan," katanya.
Susun pergerakan babit 29 lokasi
Kuala Lumpur: Perancangan teliti ala tentera.
Itu yang dilakukan oleh pimpinan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) berhubung kaedah pergerakan pengikut kumpulan itu yang begitu tersusun membabitkan 29 lokasi di seluruh negara.
Berdasarkan sumber, sebanyak 29 lokasi berkumpul iaitu 14 di Sabah serta Sarawak dan 15 lokasi di Semenanjung untuk pergerakan kumpulan itu.
Sumber turut memaklumkan kepada Skuad Khas Harian Metro bahawa peta lokasi berkumpul bagi pengikut ajaran ini sangat terperinci termasuk poin peta lokasi sebenarnya sehingga kepada pergerakan mereka.
Menurutnya, perancangan teliti dilakukan itu membuktikan kumpulan ini sangat tersusun, malah pengikutnya juga terdiri daripada pesara serta petugas badan beruniform yang terdedah dengan latihan dan penggunaan senjata api nyata sangat berisiko kepada keselamatan negara.
Dalam perkembangan sama, sumber itu berkata, kumpulan ini sudah mengenal pasti enam lokasi untuk dijadikan penempatan atau bunker iaitu dua di Semenanjung dan empat di Sabah serta Sarawak.
"Berdasarkan maklumat kita, mereka meletakkan sasaran untuk pembinaan kubu kumpulan ini di sekitar Kota Putra, Kuala Nerang, Kedah dan satu lagi lokasi adalah sekitar di Hutan Belum, Perak.
"Jika kita lihat semula poin penempatan sementara ini adalah terletak berhampiran sempadan," katanya.
Di samping itu, sumber itu berkata, ia adalah lokasi penempatan atau berkumpul sementara untuk pengikut PMYT tempatan serta pengikutnya daripada negara jiran sebelum mereka bergabung di satu lokasi di utara Semenanjung.
Katanya, kumpulan terbabit turut mewujudkan aliran pergerakan pengikut kumpulan mereka termasuk komposisi setiap kumpulan berkenaan termasuk meninggalkan mesej sulit bagi pengikut yang berada di belakang laluan itu.
"Kumpulan ini menyatakan penempatan sementara itu perlu dilaksanakan untuk mengelakkan daripada dikesan 'musuh' seperti yang diramal oleh ketua mere ka.
"Ketua ajaran ini juga mewujudkan sistem pengecaman menerusi pemakaian tagging berwarna untuk pengikutnya dan setiap warna berkenaan akan melambangkan negeri yang diwakili oleh seseorang individu.
"Kumpulan ini sudah menetapkan lima zon mewakili seluruh negeri di negara ini dengan warna tertentu, termasuk dua warna untuk pengikut dari Brunei serta Indonesia," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://simpleberita.blogspot.com/2021/08/bersiap-hadapi-perang-dunia-ketiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peninggalan Sejarah Perang Dunia Kedua Terabai Disewakan Untuk Perniagaan

Peninggalan Sejarah Perang Dunia Kedua Terabai Disewakan Untuk Perniagaan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 167 hits
Tapak pertempuran Perang Dunia Kedua tidak mendapat perhatian sewajarnya bakal hilang jika tidak dijaga Pengerusi Malaya Historical Group Shaharom Ahmad berdiri di sebelah papan tanda yang didirikan oleh persatuan itu di Slim River di mana ...
Perubahan Iklim Ekonomi Dunia Bakal Hadapi Kerugian Pakar

Perubahan Iklim Ekonomi Dunia Bakal Hadapi Kerugian Pakar

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 277 hits
GENEVA Perubahan iklim sedang berlaku kita harus bertindak sekarang kata Ketua Ekonomi Swiss Reinsurance Company Dalam satu temu bual dengan Xinhua pada Isnin Jerome Haegeli berkata keadaan itu boleh menjejaskan ekonomi dunia terutama negar...
Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan

Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 376 hits
Malam tadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan deng...
Satgas Sebut Kasus Aktif Covid 19 Menurun Lebih Baik Dari Dunia

Satgas Sebut Kasus Aktif Covid 19 Menurun Lebih Baik Dari Dunia

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 238 hits
Juru bicara Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Wiku Bakti Bawono Adisasmito menyebut persentase kasus aktif di Indonesia berada pada angka 7 3 persen Posisi Indonesia di bawah rata rata kasus aktif dunia yang mencapai 8 43 persen
Tata Kota Jakarta Terburuk Di Dunia Versi Rtf Ini Tanggapan Wagub Riza

Tata Kota Jakarta Terburuk Di Dunia Versi Rtf Ini Tanggapan Wagub Riza

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 200 hits
Media arsitektur Rethinking The Future menempatkan tata kota DKI Jakarta terburuk di dunia Menyikapi hal tersebut Wakil Gubernur DKI Jakarta Ahmad Riza Patria menyatakan Pemprov DKI Jakarta tak menutup diri dengan adanya penilaian tentang J...
Usul Undi Percaya Di Parlimen Tidak Perlu Dunia Akan Ketawakan Kita Kalau Tukar Pm Lagi Tun M

Usul Undi Percaya Di Parlimen Tidak Perlu Dunia Akan Ketawakan Kita Kalau Tukar Pm Lagi Tun M

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Dr Mahathir Mohamad USUL undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen tidak lagi perlu dilakukan kerana memberi risiko berulang pergolakan politik dalam negara kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahat...
Hiburan Curi Hasil Karya Tanpa Izin Amy Search Tak Halal Dunia Akhirat

Hiburan Curi Hasil Karya Tanpa Izin Amy Search Tak Halal Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 226 hits
Lagenda rock tanah air Amy Search tampil mengkritik sikap sesetengah individu yang telah menggunakan hasil karya seninya tanpa meminta izin terlebih dahulu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAmy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata...
Penyanyi Legendaris Minang Elly Kasim Meninggal Dunia

Penyanyi Legendaris Minang Elly Kasim Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 283 hits
Penyanyi Legendaris Minang Elly Kasim meninggal dunia pada usia 76 tahun Elly Kasim merupakan seorang penyanyi yang sering membawakan lagu lagu berbahasa Minang
Mimi Loma Adik Biduanita Allahyarhamah Saloma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Mimi Loma Adik Biduanita Allahyarhamah Saloma Meninggal Dunia Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 229 hits
MIMI LOMA MENINGGAL DUNIA DALAM TIDUR SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH Dukacita
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever