Wanita Paling Jelita Dan Cantik Di Dunia Sepanjang Zaman


GALAKSI VIRAL - Ingin tahu siapakah wanita paling cantik dan jelita setiap dekad bermula awal era 1900 an. Definisi cantik dan jelita adalah subjektif kerana ianya bergantung kepada faktor. Contohnya , pernah satu ketika dahulu, jika mempunyai badan sedikit berisi akan dianggap cantik walaupun muka biasa sahaja. Di samping itu, ada juga yang menggunakan definisi jelita atau cantik ini berdasarkan citarasa  kegemaran terkini (wajah) sesebuah zaman itu. Oleh itu, ianya sangat subjektif, kompleks, dan variasi. Walaupun begitu, di sini GV akan senaraikan nama-nama yang pernah digelar Wanita Paling Cantik setiap dekad berdasarkan impak dan populariti mereka.Tamannaah BhatiaAktress Filem Tamil India

WANITA PALING  CANTIK SETIAP DEKAD
ERA 1900 AN EVELYN NESBITAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 25 Disember 1884Tarikh Kematian : 17 Januari 1967 (82 tahun)
Kerjaya : Model / Aktres
Catatan :Dikatakan Supermodel pertama di dunia ialah Lissa Fonssagrives daripada Sweden pada era 1930 an. Namun, jika diimbas lebih awal, Evelyn layak juga digelar Supermodel dekad 1900 an. Ini adalah kerana pada awal abad ke 20, wajah Evelyn telah menghiasi hampir semua majalah bercetak di dunia ketika itu termasuklah kalendar, papan iklan, barang hadiah dan banyak lagi. Wajah klasik beliau juga  merupakan satu bonus bagi beliau dalam mengembangkan bakat beliau di dalam bidang seni hiburan. Disebabkan itu jugalah beliau pernah digelar sebagai Wanita Paling Cantik era 1900 an. 

ERA 1910 AN OLIVE THOMASAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 20 Oktober 1894Tarikh Kematian : 10 September 1920 (25 tahun)
Kerjaya : Aktres / Model
Catatan :Olive Thomas adalah Wanita Paling Cantik era 1910 an. Beliau hanya sempat sekejap sahaja aktif  di dalam bidang perfileman hitam putih (filem bisu) kerana mati dalam usia muda. Namun, kehadiran sementara beliau di dalam bidang seni itu sebenarnya meninggalkan impak yang sangat besar kerana berjaya muncul  dalam lebih 20 filem dan menarik perhatian ramai peminat untuk menontonnya. Selain itu, berita kematian mengejut beliau juga menjadi satu tajuk besar di era 1920 an kerana beliau dikatakan mati mengejut setelah tidak sengaja memakan ubat suami beliau sehingga berlakunya komplikasi kesakitan pada diri beliau dan seterusnya meninggal dunia.   
ERA 1920 AN LOUISE BROOKSAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 14 November 1906Tarikh Kematian : 8 Ogos 1985 (78 tahun)
Kerjaya : Aktres / Penari
Catatan :Louise Brooks adalah artis yang sangat popular ketika zaman filem hitam putih (filem bisu). Imej beliau dengan potongan rambut Bob dan wajah unik menyebabkan beliau diberi gelaran Ikon Fesyen dan juga Wanita Paling Cantik era 1920 an. Namun sayang, kerjaya lakonan beliau tak selancar seperti fenomena fesyen dibawakan oleh beliau ketika zaman kemuncak kerjaya beliau di era itu

ERA 1930 AN KATHARINE HEPBURNAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 12 Mei 1907Tarikh Kematian : 29 Jun 2003
Kerjaya : Aktres
Catatan :Katharine adalah Ratu Hollywood untuk abad ke 20. Beliau adalah perintis dan ikon kepada semua pelakon wanita Hollywood dari zaman beliau sehinggalah kini. Beliau juga dikenali sebagai ikon fesyen di waktu kegemilangan beliau. Dengan pakej yang beliau miliki terutama wajah beliau fotogenik itu, maka beliau sangat sesuai dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik era 1930 an

ERA 1940 AN LAUREN BACALLAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 16 September 1924Tarikh Kematian : 12 Ogos 2014 (89 tahun)
Kerjaya : Aktres
Catatan :Lauren Bacall adalah salah seorang Pelakon Wanita Paling Popular di era 1940 an. Wajah beliau yang sangat cantik dan pandai bergaya ini berjaya menobatkan beliau sebagai Wanita Paling Cantik untuk dekad ini. 

ERA 1950 AN MARILYN MONROEAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 1 Jun 1926Tarikh Kematian : 4 Ogos 1962 (36 tahun)
Kerjaya : Aktres / Penyanyi
Catatan :Legenda Pop Ikon Dunia, Marilyn Monroe merupakan  satu nama yang sangat besar dan idola kepada artis Gred A Hollywood yang lain seperti Madonna, Britney Spears, Mariah Carey, Christina Aguilera, Miley Cyrus, Selena Gomez, Jennifer Lopez, Nicki Minaj dan ramai lagi. Malah, Biduanita Malaysia iaitu arwah Puan Sri Amar Saloma juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East. Daripada situ kita sudah tahu betapa kuatnya pengaruh Marilyn Monroe di dalam bidang seni hiburan seluruh dunia. Marilyn juga bertuah kerana mempunyai wajah klasik yang jelita dan ditambah dengan gayanya menggoda, pastinya beliau sangat layak digelar Wanita Paling Cantik era 1950 an

ERA 1960 AN ELIZABETH TAYLORAsal : EnglandTarikh Lahir : 27 Februari 1932Tarikh Kematian : 23 Mac 2011 (79 tahun)
Kerjaya : Aktres
Catatan :Ikon Legenda Hollywood Elizabeth Taylor sememangnya dikagumi ramai kerana kecantikan luar biasa dan juga sangat berbakat di dalam bidang lakonan. Beliau yang juga merupakan salah seorang Ikon Pop Dunia sepanjang zaman ini merupakan sahabat baik kepada Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Melihat beliau sudah cukup untuk kita akui bahawa beliau adalah Wanita Paling Cantik era 1960 an. 
ERA 1970 AN FAYE DUNAWAYAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 14 Januari 1941Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :Faye Dunaway adalah Ratu Filem Hollywood era 1970 an. Beliau juga kerap dipuji oleh media hiburan zaman itu sebagai Wanita Paling Cantik era 1970 an  kerana mempunyai wajah segar sebagai Pelakon Wanita Hollywood generasi baru. 

ERA 1980 AN CINDY CRAWFORDAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 20 Februari 1966Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : SupermodelCatatan :Cindy Crawford adalah Supermodel terbaik yang pernah muncul di sepanjang abad ke 20 kerana berjaya di dalam pelbagai bentuk jenis model samada untuk majalah, TV, runway sehinggalah duta produk barangan. Beliau yang juga salah seorang The Big Five Supermodel juga merupakan satu-satunya Supermodel yang boleh bersaing hebat dengan Supermodel Noami Campbell. Boleh dikatakan sepanjang era 1980 an, wajah Cindylah paling banyak menghiasi majalah fesyen dan hiburan di serata dunia ketika itu. Maka tidak menghairankanlah jika beliau dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik era 1980 an

ERA 1990 AN JULIA ROBERTAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 28 Oktober 1967Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :Julia Roberts boleh dikatakan Tom Cruise atau Brad Pitt versi Wanita di Hollywood. Ini adalah kerana beliau berjaya menguasai pasaran Hollywood sebagai Pelakon Wanita Paling Popular di Hollywood untuk jangka masa yang sangat lama bermula di awal era 90 an sehinggalah kini. Nama beliau sendiri sudah menjadi satu jenama  besar seperti Tom Cruise dan Brad Pitt sehingga sukar digugat oleh pelakon wanita yang lain. Beliau juga diminati kerana memiliki senyuman lebar yang menawan dan sentiasa ceria. Walaupun beliau mempunyai wajah wanita Barat yang agak tipikal, namun, sikap mesra, karisma dan gaya elegan beliau berjaya menjadikan dirinya kelihatan mahal, eksklusif, unik dan disenangi ramai. Oleh itu, maka tidak menghairankanlah jika ramai bersetuju untuk menobatkan beliau sebagai Wanita Paling Cantik era 1990 an. 
ERA 2000 AN ANGELINA JOLIEAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 4 Jun 1975Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :Angelina Jolie adalah salah seorang Ikon Wanita Hollywood paling popular selepas kemunculan Julia Roberts ketika ini. Walaupun beliau menghadapi saingan sengit daripada Jennifer Aniston, Jennifer Lopez, Scarlett Johansson dan Jennifer Lawrence daripada sudut populariti, namun, kredibiliti dan imej beliau sebagai Ikon Pop Dunia  tetap menjadi pilihan utama peminat hiburan seluruh dunia. Beliau yang cukup terkenal dengan imej bibir seksi dan lakonan mantap dalam pelbagai genre filem ini juga sangat aktif dalam misi kemanusiaan di seluruh dunia. Sehingga kini, jika kita ingin sebut nama aktress Hollywood, pastinya nama Angelina Jolie akan muncul dahulu. Begitu juga dengan kecantikan Angelina yang unik dan fotogenik ini yang pastinya memikat hati sesiapa sahaja melihatnya dan selayaknya beliau digelar Wanita Paling Cantik era 2000 an. 


ERA 2010 AN BELLA  HADIDAsal : Amerika SyarikatTarikh Lahir : 9 Oktober 1996Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Supermodel
Catatan :Supermodel Bella Hadid mula menempa nama ke peringkat antarabangsa apabila berjaya dinobatkan sebagai Model Of The Year 2016 oleh beberapa anugerah fesyen. Selain muncul sebagai Supermodel Dunia paling popular ketika ini, beliau juga dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia dengan berdasarkan kiraan peratusan Golden Ratio yang menyatakan muka Bella adalah 90 %  menuju ke arah  wajah yang sempurna dan cantik. Bella juga memegang rekod wanita muslim (ayah Palestin + ibu Belanda) paling cantik, berpengaruh dan berjaya di dalam seni hiburan ketika ini


KLIK SINI UNTUK LIHAT LELAKI PALING KACAK SETIAP DEKADGALAKSI VIRALBlog Hiburan Informasi Kababoomhttps://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :thevintagenews.com, thevintagenews.com/Edwardiam, thesun



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://galaksiviral.blogspot.com/2020/07/wanita-paling-jelita-dan-cantik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saloma 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Saloma 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 792 hits
GALAKSI VIRAL Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai sala...
Jambatan Cinta Paling Romantik Di Dunia

Jambatan Cinta Paling Romantik Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 364 hits
Tahukah anda bahawa di dunia ini ada pelbagai jambatan cinta di dunia Jambatan jambatan ini bukan hanya dilawati dan disukai oleh banyak pasangan yang sedang berasmara namun boleh menjadi saksi bisu kisah cinta dua hati yang terikat 1 Stron...
327 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura Termasuk Wanita Yang Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

327 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura Termasuk Wanita Yang Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 278 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 327 kes baru COVID 19 setakat tengah hari Jumaat dengan sembilan jangkitan dalam masyarakat menurut Kementerian Kesihatan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 47 453 MOH menyata
5 Potret Pemeran Mak Lampir Yang Ternyata Malah Cantik Jelita Sejak Muda

5 Potret Pemeran Mak Lampir Yang Ternyata Malah Cantik Jelita Sejak Muda

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 710 hits
Sekitar akhir tahun 90 an sebuah serial sinetron bertajuk Misteri Gunung Merapi berhasil mencuri hati masyarakat Meski sinetron itu bergenre horor misteri tapi sama sekali tak membuat masyarakat Indonesia segan menontonya Bahkan hingga saat...
Ulasan Ghost Of Tsushima Aksi Samurai Didalam Dunia Yang Sungguh Cantik

Ulasan Ghost Of Tsushima Aksi Samurai Didalam Dunia Yang Sungguh Cantik

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 268 hits
Konsol PS4 bakal memberi laluan kepada PS5 pada penghujun tahun ini dan Ghost Of Tsushima adalah satu permainan eksklusif parti pertama Sony untuk konsol generasi kini Sucker Punch telah menukarkan arah tujuan mereka sepenuhnya untuk permai...
Bosan Jadi Manusia Wanita Cantik Dan Seksi Ini Memilih Hidup Seperti Anjing

Bosan Jadi Manusia Wanita Cantik Dan Seksi Ini Memilih Hidup Seperti Anjing

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 496 hits
Gadis dari Texas Amerika Serikat bernama Jen baru baru ini viral di media sosial terutama Tik tok Karena ia sering memamerkan dirinya yang bertingkah tidak wajar layaknya anjing Namun karena tingkah laku anehnya tersebut Jen malah dibanjiri...
Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 627 hits
Sosok wanita selalunya difikirkan oleh ramai lelaki lelaki konservatif sebagai layaknya duduk dan tinggal di rumah Dan ramai juga lelaki mempercayai wanita hanya sesuai memanaskan telapak kaki mereka di ruang dapur di rumah masing masing di...
Malam Raya Yang Paling Awal Tido Sepanjang Kehidupan

Malam Raya Yang Paling Awal Tido Sepanjang Kehidupan

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 294 hits
Lumrah dari kecik lagi tiap kali malam raya tido lambat sama ada eksited menunggu pagi raya atau disibukkan dgn ketupat rendang Tapi selalunya more to eksited nak beraya je la sampai tak mampu pejamkan mata Lagi2 waktu sebelum Covid Aidil A...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist