Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia


Sosok wanita selalunya difikirkan oleh ramai lelaki-lelaki konservatif sebagai layaknya duduk dan tinggal di rumah

Dan ramai juga lelaki mempercayai wanita hanya sesuai memanaskan telapak kaki mereka di ruang dapur di rumah masing-masing di saat sang suami keluar mencari nafkah untuk keluarga

Namun, pemikiran tersebut sudah sangat ortodok dan terkebelakang

Wanita zaman ini sudah terbilang dengan pelbagai kejayaan dan pengiktirafan yang membanggakan dalam pelbagai bidang

Hari ini saya ingin menulis mengenai kejayaan-kejayaan wanita yang diiktiraf dunia masa kini

ANGELA MARKEL, CHANCELLOR WANITA PERTAMA DI GERMANYTYT Angela Markel merupakan Chancellor Germany pertama dari kaum wanita. Beliau dicatatkan oleh majalah Forbes sebagai wanita berpengaruh no 1 di dunia dalam senarai 100 Teratas Wanita Berpengaruh di Dunia atau 'Top 100 Powerful Women in The World'

TYT Angela Dorethhea Markel adalah seorang politisi Germany yang banyak memperjuangkan hak wanita telah diangkat sebagai Chancellor Germany pada tahun 2005
Jawatan TYT Chancellor pula setaraf Presiden Republik atau pun Raja di sesetengah negara

Selepas menamatkan pelajaran di sekolah tinggi atau 'high school', beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik di Karl Marx Universiti di Leipzig. Kini, universiti tersebut dikenali sebagai University of Leipzig

Di kampus tersebut beliau menemui cinta hati pertamanya iaitu Ulrich Merkel, juga merupakan seorang pelajar dalam bidang Fizik dan mereka berkahwin pada tahun 1977. 
Sebagai seorang wanita muda, Angela juga berhadapan dengan masalah perceraian. Walaupun, saat itu tekanan yang beliau hadapi sangat kuat, namun Markela mengahadapinya dengan tenang

Angela meneruskan hidupnya sehingga beliau berjaya menamatkan thesis kedoktorannya dalam bidang 'Quantum Chemistry' pada tahun 1986

Ketika zaman mudanya, wanita muda ini sangat aktif dalam beberapa gerakan anak muda khususnya dalam parti Germany Democratic Republic

Beliau pernah menyertai Young Pioneers (1962-1968) dan Free German Youth (1968)
Kemudian, Angela menyertai sebuah parti baru iaitu Democratic Awakening selepas kejatuhan Berlin Wall pada tahun 1989

Pada bulan Februari 1990, Angela dilantik sebagai jurucakap media untuk parti

Parti baharu yang beliau sertai membuat kerjasama dengan Germany Social Union (DSU) dan Christian Democratic Union (CDU) untuk membentuk kuolasi politik baru

Gabungan parti-parti ini adalah untuk persediaan menghadapi pilihanraya umum pada Mac 1990

Dan rakyat Germany telah memberi kemenangan kepada gabungan parti tersebut pada PRU tahun itu

Kemudian, Angela memenangi kerusi Stralsund-Rugen-Grimmen dan dilantik sebagai Menteri Wanita dan Belia oleh Chancellor Helmut Kohl pada Januari 1991

Chancellor Helmut merupakan pemimpin utama (Supreme Leader) untuk parti CDU telah membawa Angela ke dalam parti beliau untuk mengukuhkan penguasaan partinya dalam kerajaan ketika itu

Pada tahun yang sama, Maiziere, Timbalan Pengerusi parti dipecat oleh CDU kerana dituduh sebagai pengkhianat parti

Kemudian, Angela Markel dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi parti CDU pada Disember 1991 untuk mengisi kekosongan tersebut

Selepas pilihanraya 1994, Markel dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, Pemuliharaan dan Keselamatan Reaktor (Minister of Environment, Conservation and Reactor Safety)

Waktu itu, nama Markel melonjak naik apabila perjuangan dan idea beliau untuk alam sekitar diterima dunia

Beliau mengambil peranan penting dalam menganjurkan United Nation Climate Conference yang pertama di dunia. Ia berlangsung di Berlin, Germany pada Mac-April 1995

Pada November 1998, Markel telah dipilih oleh anggota parti CDU sebagai Setiausaha Agong parti

Dan pada tahun yang sama beliau telah mengahwini suami sehidup sematinya Joachim Sauer, seorang Professor Kimia pada 30 Disember 1998

Pada akhir tahun 1999, Helmut Kohl, yang merupakan Pengerusi parti CDU telah terpalit dengan skandal kewangan

Kemudian, Markel telah menulis 1 surat terbuka pada 22 Disember 1999. Dalam surat itu, beliau mengajak ahli-ahli parti agar memperkasakan parti dengan meninggalkan pemimpin korup seperti Helmut Kohl

Ketika itu, nama beliau mendapat perhatian dan popularitinya dikalangan rakyat Germany melonjak naik

Disebabkan itu, pada 10 April 2000 beliau dilantik sebagai wanita pertama untuk memimpin parti CDU

Namun, akibat skandal kewangan Helmut Kohl sebelum itu mengakibatkan parti CDU berantakan. 
Pada PRU 2002, CDU telah kalah tipis dalam pilihanraya tersebut

Natijahnya, Markel, dipilih sebagai ketua pembangkang dalam parlimen Germany

Namun, Markel berjaya menyatukan parti CDU-CSU dan SPD untuk membentuk 'Grand Coalation' selepas berjuang sepenggal sebagai pembangkang untuk menghadapi PRU 2005

Dan pada 22 November 2005, Markel mengambilalih pejabat Chansellor

Ketika itu, beliau mencatitkan sejarah sebagai wanita pertama menjadi Chansellor Germany

Dan beliau bukan sahaja mencatitkan sejarah sebagai wanita pertama, malah beliau juga merupakan rakyat Germany paling muda iaitu pada usia 51 tahun menjadi Chancellor

Kemudian, beliau dan parti CDU-nya berjaya meneruskan kecemerlang pada PRU 2009, PRU 2013 dan PRU 2017

Selain daripada TYT Angela Markel, terdapat ramai lagi nama-nama wanita besi dalam senarai tersebut yang harus dijadikan inspirasi buat wanita dan wanita-wanita muda dalam negara ini

DR SRI MULYANI INDRAWATI, BEKAS PENGARAH URUSAN KUMPULAN BANK DUNIA
Misalnya, Dr Sri Mulyani Indrawati dari negara jiran kita iaitu Indonesia dicatatkan Forbes dalam senarai sama berada di tangga ke 76


Dr Indrawati yang memiliki ijazah phD dalam bidang ekonomi pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Bank Dunia dipanggil pulang oleh Joko Widodo atau mesranya digelar Jokowi, Presiden Indonesia


Jokowi meminta Dr Indrawati agar pulang ke Indonesia segera untuk dilantik sebagai Menteri Kewangan Indonesia pada Julai 2016 bagi membantu Jokowi menguruskan kewangan negara dengan lebih teratur

NGUYEN THI PHUONG THAO, AHLI PERNIAGAAN WANITA PALING BERPENGARUH DI VIETNAM

Kemudian, saya turut pernah terpesona dengan keanggunan wanita muda dikenali sebagai Nguyen Thi Phuong Thao dari Vietnam yang dicatatkan berada di tangga 52 dalam senarai 'Top 100 Powerful Women in The World' oleh majalah Forbes pada tahun 2019


Phuong Thao yang dilahirkan Jun 1970 kini merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya di Vietnam. Presiden dan CEO syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air ini menjadi kebanggan wanita-wanita muda di Vietnam

Phuong Thao dikatakan mempunyai masa depan yang cerah sejak di zaman universiti lagi

Beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Moscow, Rusia dalam bidang ekonomi dan kewangan. 
Ketika itu, beliau sudah mulai menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengedarkan pelbagai barangan dari Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan di Rusia atau dipanggil Soviet Union ketika itu

Beliau memegang 2 ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Kredit Kewangan (Financial Credit Management) dan Labor Economics dari Plenkhanov Russia University of Economics

Kemudian, beliau turut memperolehi ijazah phD dalam bidang Pengurusan Ekonomi dari D.Mendeleev University of Chemical Technology of Russia

Kini, Phuong Thao mempunyai majoriti saham dalam Vietjet iaitu syarikat penerbangan tambang murah di Vietnam

Serta memiliki Savico Holding yang memegang 90% kepentingan dalam pembangunan Dragon City, di Ho Chi Minh

Phuong Thao juga memiliki kepentingan dalam industri perbankan dan juga memiliki 3 resorts

NURAINIE HAZIQAH SHAFII, LAMBANG AKTIVIS WANITA MUDA MALAYSIA Nurainie Haziqah Shafii kini merupakan Pengerusi, Wanita Muda Negara yang mempunyai keahlian menjangkau 10,000 walaupun baru dilancarkan beberapa minggu lalu

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ainie mula dikenali ramai ketika menjawat jawatan Ketua Srikandi Keadilan peringkat nasional pada tahun 2018

Srikandi Keadilan adalah salah satu sayap parti PKR. Dan ia setara dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Selain itu, kerjaya hakiki beliau adalah sebagai Peguam di Fareez Shah & Partners di ibu negara

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini memulakan kerjaya sebagai Chambering Student di William Leong & Co. Dan seterusnya, sebagai Legal Assistant di Rusmah Arunan & Associates

Dalam usia yang muda beliau turut pernah menjadi Ahli Majlis di MBPJ

Kemudian, akibat daripada hilangnya kepercayaan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, beliau membuat keputusan untuk keluar daripada parti pada 17 Mei 2020

Justeru, secara otomatik juga beliau melepaskan segala jawatan politiknya


Kini, Sdri Ainie memimpin sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau 'non goverental organization' atau NGO yang mendapat sokongan ramai golongan wanita muda yang menjalankan pelbagai program khidmat sosial, forum dan wacana serta aktif dalam memperjuangkan hak ibu tunggal


2 hari lepas Sdri Ainie dan NGO pimpinan beliau yang dikenali sebagai Wanita Muda Negara telah melancarkan program Jelajah Wanita Negara Negeri Johor di Muar

Saya turut dijemput dalam majlis pelancaran itu yang disertai pemimpin-pemimpin wanita muda peringkat parlimen-parlimen daripada seluruh negeri Johor


Ketika dalam ucapan itu, saya menyatakan bahawa wanita muda wajar diberikan peranan penting dalam membangunkan negara ini


Keberadaan wanita muda ketika ini sangat signifikan dalam membangunkan sosiologi dan ekonomi negara


Justeru, saya berharap agar wanita-wanita yang berusia 17 hingga 40 tahun yang berada di luar sana agar mengambil kesempatan untuk menyertai gerakan NGO dipimpin oleh Sdri Nurainie Haziqah ini

Saya percaya NGO Wanita Muda Negara akan menjadi platform yang baik kepada ramai beliawanis dalam membentuk kendiri yang waja dan menghasilkan warganegara yang lebih baik dalam masyarakat

Saya juga berharap agar wanita-wanita muda ini dapat mengambil iktibar daripada kisah dan kejayaan TYT Chansellor Angela Markel, Dr Sri Mulyani Indrawati, Nguyen Thi Phuong Thao dan Nurainie Haziqah Shafii

Sesungguhnya, wanita muda perlu berkeyakinan, berketerampilan dan bersungguh-sungguh dalam membela masyarakat sebagaimana beberapa watak yang saya tulis di atas

Zaihan Zainal,Setiausaha, PKN Negeri Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/07/wanita-muda-yang-mengoncang-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktor Muda Haruma Miura Meninggal Dunia Kehilangan Untuk Industri Film Jepang

Aktor Muda Haruma Miura Meninggal Dunia Kehilangan Untuk Industri Film Jepang

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 544 hits
Berita duka datang dari Jepang Selamat jalan Haruma Miura Aktor kenamaan yang telah memerankan berbagai tokoh keren di industri perfilman Jepang
Bertarung Dengan Covid 19 Ketika Lahirkan Anak Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

Bertarung Dengan Covid 19 Ketika Lahirkan Anak Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 309 hits
Seorang ibu yang melahirkan anaknya ketika sedang bertarung dengan Covid 19 dilaporkan meninggal dunia dan lebih menyayat hati apabila dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan bayinya lapor Mirror UK Wanita itu menjalani pembedahan kece...
Bapa Kepada Anak Muda Berbakat Sofyank Meninggal Dunia Malam Tadi

Bapa Kepada Anak Muda Berbakat Sofyank Meninggal Dunia Malam Tadi

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 392 hits
Bapa kepada Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi yang dikongsikan melalui akaun Twitter miliknya Dalam perkongsian Sofyank dia turut meminta agar sedekahkan Al Fatihah kepada arwah ayahnya b...
Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 464 hits
Seorang ibu muda berusia 24 tahun Noor Athirah akhirnya menemui ajal pada 9 Julai nbsp selepas 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser arwah meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil Lebih meruntun jiwa suaminya Muhammad H...
Makin Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Di Usia Muda Ini Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim Wanita Kena Peka

Makin Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Di Usia Muda Ini Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim Wanita Kena Peka

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 361 hits
Penyakit yang berkaitan dengan rahim wanita semakin sering didengan pada hari ini Malah penyakit kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tetinggi dikalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kolorektal Biasanya p...
Turut Serang Wanita Pada Usia Muda Doktor Ini Kongsikan Tanda Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim

Turut Serang Wanita Pada Usia Muda Doktor Ini Kongsikan Tanda Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 573 hits
Ketumbuhan dalam rahim sememangnya menjadi salah satu dari penyakit yang perlu diberi perhatian kerana ia menjadi pembunuh senyap bagi golongan wanita Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit tersebut seringkali dialami oleh golongan wanita ya...
Sedihnya Ibu Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak Anak

Sedihnya Ibu Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 359 hits
Kasih ibu memang tiada tandingannya setiap ibu ibu di dunia ini sentiasa inginkan yang terbaik buat anak anak Lebih mengharukan daripada pengorbanan seorang ibu tidak sekali pun mengharapkan balasan melainkan kasih sayang yang tiada pengakh...
327 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura Termasuk Wanita Yang Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

327 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura Termasuk Wanita Yang Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 276 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 327 kes baru COVID 19 setakat tengah hari Jumaat dengan sembilan jangkitan dalam masyarakat menurut Kementerian Kesihatan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 47 453 MOH menyata
Koleksi Kreatif Dua Gifts Bantu Muslim Seluruh Dunia Terus Kekal Positif

Koleksi Kreatif Dua Gifts Bantu Muslim Seluruh Dunia Terus Kekal Positif

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 399 hits
Koleksif Dua Gifts Bantu Muslim Seluruh Dunia Terus Kekal Positif Assalammualaikum semua Ruby tertarik dengan hadiah yang unik warna warni dan paling penting berkonsepkan Islamik Sebab ia lebih dekat dengan Ruby untuk mencari Redha dari All...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global

Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan