Wanita Indonesia Guna Ic Orang Lain Untuk Dapatkan Vaksin Dipenjara


Tertuduh dibawa keluar selepas Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan IC wanita tempatan untuk vaksinasi.


Jeli: Padah menggunakan kad pengenalan (IC) milik wanita warga tempatan untuk mendapatkan dua suntikan vaksin Covid-19, seorang wanita warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas Yanik Setia Pratiwi, 36, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini, pada 13 Jun dan 4 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, Yanik didakwa atas dua pertuduhan telah menggunakan kad pengenalan milik Nor Athirah Zaiki, 26, untuk mendapatkan dua suntikan vaksin mengikut Peraturan-peraturan 25(1)(c) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi setiap kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan. Yanik gagal membayar denda tersebut.

Di mahkamah sama, suami Yanik, Amiruzaman Ab Rahmad, 59, yang merupakan warga tempatan, juga didenda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan isterinya melakukan perbuatan itu di tempat dan masa sama.

Pertuduhan mengikut Peraturan-peraturan 25(1)(m) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu membayar denda.

Mengikut fakta kes, kegiatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas Nor Athirah yang berasal dari Perak, membuat laporan polis pada 7 Julai, selepas dimaklumkan sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Sinovac di sini, melalui aplikasi MySejahtera, sedangkan dia masih belum divaksinasi.

Ketika rayuan, mereka yang diwakili peguam Asmadi Abu Bakar memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman denda paling minimum tanpa pemenjaraan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada mereka dan orang awam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/wanita-indonesia-guna-ic-orang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Selesai Terima Dos Pertama Ayda Jebat Seru Wanita Hamil Untuk Dapatkan Vaksin

Hiburan Selesai Terima Dos Pertama Ayda Jebat Seru Wanita Hamil Untuk Dapatkan Vaksin

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 330 hits
Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat tampil menyeru orang ramai terutamanya wanita yang sedang hamil untuk mendapatkan vaksin demi keselamatan diri dan anak dalam kandungan BACA AdvertisementKongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat...
Who Kritik Vaksinasi Berbayar Indonesia Semua Orang Berhak Dapat Akses Vaksin

Who Kritik Vaksinasi Berbayar Indonesia Semua Orang Berhak Dapat Akses Vaksin

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 242 hits
Menurutnya apabila anggaran pemerintah yang menjadi masalah saat ini terdapat banyak solusi di mana banyak lembaga dunia yang memberikan bantuan untuk pengadaan vaksin bagi negara negara yang membutuhkan
Indonesia Segera Terima 50 Juta Dosis Vaksin Pfizer

Indonesia Segera Terima 50 Juta Dosis Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 329 hits
Kementerian Kesehatan dengan PT Pfizer Indonesia dan BioNTech SE menyepakati kerja sama untuk menyediakan 50 juta dosis vaksin Pfizer BNT 162b2 sepanjang tahun 2021
Stok Vaksin Di Indonesia 130 Juta Baru 50 Juta Yang Disuntikkan

Stok Vaksin Di Indonesia 130 Juta Baru 50 Juta Yang Disuntikkan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 262 hits
Saat ini lanjut dia pemerintah melalui Kementerian Luar Negeri juga tengah mencari vaksin di pasar internasional Misalnya vaksin moderna dari Amerika namun merupakan bantuan multilateral diharapkan segera bisa didapatkan
Cek Fakta Fakta Sebenarnya Soal Total Vaksin Covid 19 Dari As Yang Tiba Di Indonesia

Cek Fakta Fakta Sebenarnya Soal Total Vaksin Covid 19 Dari As Yang Tiba Di Indonesia

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 342 hits
Faktanya kedatangan vaksin bantuan dari pemerintahan AS tiba di Indonesia terdiri dari dua tahap Tahap pertama terdapat 3 000 060 dosis yang tiba di Indonesia Tahap kedua sebanyak 1 500 100 dosis total yang sudah diterima RI sebesar 4 500 1...
Hiburan Pakai Otak Sebelum Bercakap Michael Ang Selar Artis Wanita Persoal Warga Emas Perlu Vaksin

Hiburan Pakai Otak Sebelum Bercakap Michael Ang Selar Artis Wanita Persoal Warga Emas Perlu Vaksin

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 332 hits
Semalam tular di media sosial apabila pelakon Rita Rudaini tampil mempersoalkan keperluan untuk membawa ibu bapa yang terdiri daripada warga emas untuk mengambil vaksin Kenyataan itu ternyata menarik perhatian pengarah terkenal Michael Ang ...
Dapatkan Vaksin Covid 19 Secara Walk In

Dapatkan Vaksin Covid 19 Secara Walk In

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 253 hits
Penduduk dewasa boleh dapatkan vaksin selepas 1 Ogos KUALA LUMPUR Penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas di ibu negara Selangor dan Putrajaya yang masih belum menerima janji temu boleh mendapatkan vaksin COVID 19 secara walk in selepas Op...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak