Dapatkan Vaksin Covid 19 Secara Walk In
Penduduk dewasa boleh dapatkan vaksin selepas 1 Ogos
KUALA LUMPUR: Penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas di ibu negara, Selangor dan Putrajaya yang masih belum menerima janji temu, boleh mendapatkan vaksin COVID-19 secara 'walk in' selepas Operasi Lonjakan Kapasiti berakhir 1 Ogos ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya akan mengumumkan pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka untuk kemudahan terbabit tidak lama lagi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
"Selepas Operasi Lonjakan Kapasiti tamat 1 Ogos ini, penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas yang belum terima janji temu, akan dibenarkan mendapatkan vaksinasi secara 'walk in'.
"Kita akan umumkan PPV yang akan dibuka untuk kemudahan 'walk in' di Kuala Lumpur dan Selangor tidak lama lagi," katanya pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya hari ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mengulas Operasi Lonjakan Kapasiti, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sebanyak 432,843 dos suntikan sudah diberikan dalam tempoh dua hari mulai kelmarin dengan 293,100 daripadanya membabitkan dos pertama.
Katanya, setakat semalam, sebanyak 71.9 peratus penduduk dewasa 18 tahun ke atas di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
"Operasi lonjakan kapasiti bermula 21 Julai lalu hingga 1 Ogos ini dengan sasaran suntikan 211,000 sehingga 275,000 dos setiap hari kepada penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
"Menerusi kadar suntikan ini, sasaran keseluruhan adalah untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos kepada semua penduduk dewasa di Lembah Klang sebelum atau pada 1 Ogos ini," katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/dapatkan-vaksin-covid-19-secara-walk-in.html