Wanita Berwajah Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan Beranak Ramai
Wanita berwajah cantik cenderung dapat anak perempuan, beranak ramai. Terdapat kepercayaan bahawa wanita yang berwajah cantik lebih cenderung melahirkan anak perempuan dan mempunyai bilangan anak yang ramai.
Wanita Berwajah Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan, Beranak Ramai
Wanita yang mempunyai wajah yang menarik dianggap mempunyai kadar estrogen yang lebih tinggi, yang dipercayai dapat meningkatkan peluang melahirkan anak perempuan. Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong teori ini, kepercayaan ini masih menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat.
Meskipun perkara ini lebih bersifat mitos atau kepercayaan tradisional, ia masih menarik untuk diterokai.
Memetik laporan newidea.com menurut kajian yang dilakukan oleh Dr.satoshi Kanazawa dari London School of Economic, wanita cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.
Kajian ini menjejaki 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk menilai kecantikan rupa paras mereka.
Pada usia 45 tahun, mereka sekali lagi di temuramah.Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang memiliki rupa paras cantik ketika ditemuramah dahulu kebanyakkannya mempunyai anak perempuan.
Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.
Selain itu,terdapat satu lagi kajian berkaitan wanita cantik yang telah dijalankan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Hasil kajian beliau dilakukan terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki mendapati bahawa wanita cantik 16% mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6% mempunyai lebih anak.
Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding lelaki yang lain.
Mungkin antara kita yang berfikir hasil kajian ini mungkin hanyalah satu kebetulan.Tidak semestinya seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan, mahupun mempunyai anak ramai atau sikit bergantung kepada rupa paras kecantikan yang dimiliki ibunya.
Namun ia hanyalah satu kajian. Sebenarnya tak kiralah bagaimana rupa parasnya mak mahupun ayahnya, dikurniakan rezeki dengan anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan pun adalah suatu anugerah yang tidak ternilai!
Sumber:www.newidea.com
Baca artikel lain juga: Bayi Suka Merenung Wajah Wanita Cantik; Lelaki Kacak Berbanding Wajah Biasa
Beranak Ramai Ke Sikit, Bukan Ditentukan Mental Kuat Atau Tak. Semua Tu Rezeki!
Jangan Takut Beranak Ramai, Setiap Anak Ada Rezekinya Ustaz Kazim Elias
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Wanita Berwajah Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan, Beranak Ramai appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/wanita-berwajah-cantik-cenderung-dapat-anak-perempuan-beranak-ramai/