Walimatulurus Anak Perempuan Sulung Amanda Dan Iskandar Berjalan Lancar
Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga besar kami bila puteri sulung kami, KY Amanda kini menjadi isteri kepada Iskandar. Kalau dicongak, tempoh bertunang tu jadi 1 tahun 30 hari, lebih kurang gitulah dan syukur semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang.
Resepsi yang ringkas ni dihadiri anak-anak, adik beradik, saudara mara kedua belah pihak umi dan habibi serta kawan-kawan sekerja, kawan-kawan sekolah dan kawan blogger.
Baca Juga : Majlis pertunangan pada 30 September 2023
Majlis Berinai/Art Henna
Adik beradik ada yang tertanya tak ada acara berkampung ke? ada tak tugasan yang perlu dibuat, ada kerja yang perlu dibantu dan banyak lagi sebab nampak kami lebih relax.
Jadinya, nak ada fefeeling kenduri tu, kami ajak adik beradik yang boleh hadir ke majllis berinai kecil-kecilan di rumah sesambil makan dan menyiapkan bunga rampai yang diletakkan di meja tetamu bagi menambah keserian dan keharuman meja makan.
Meriah dengan si tukang pakai inai yang ditempah selama lebih kurang hampir 3 jam pun 'masuk air' sampai gamat dengan gelak ketawa.
Tempah Menu MakananSeperti di majlis pertunangan, kami tempah makanan dari Kak Zaimi. Malas nak fikir menu apa, kami masih kekal dengan menu yang sama iaitu Nasi Putih, Masak Lemak Cili Api Nenas dan ikan masin, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah, Sambal Belacan dan ulaman. Memang semua suka dan puashati dengan masakan Kak Zaimi ni. Sementara minuman kordial dan teh tarik tu umi yang buat.
Dalam nakkan menu simple, ada pulak adik beradik bawa juadah seperti kuih angku, tapai pulut. kuih bahulu dan banyak lagi.
Majlis Akad NikahMajlis akad nikah dibuat di Masjid Usama bin Zaid dengan dihadiri ahli keluarga dan adik beradik kami.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, puteri sulung kami kini menjadi isteri kepada Hafiz Iskandar dengan berwalikan habibi. Risau pulak kot habibi yang berdarah gemuruh, mujur tidak.
Selesai sesi akad nikah, batalkan air sembahyang, hadiah rantai emas dari ibu mertua, kami berenam duduk bersama untuk sesi pesanan buat menantu. Memang sebak bila habibi melafazkan pesanan buat menantu.
Resepsi di Temu JelatekMemang lega sebab dapat meraikan pasangan pengantin dan tetamu dengan suasana yang cukup meriah walau majlisnya cukup ringkas
Jam 12.30 tengahari pasangan pengantin dah keluar dari lounge yang terletak berdepan dengan dewan kenduri
Tiada majlis merenjis atau menepung tawar atas permintaan habibi kerana itu hanyalah adat yang ditiru dari kaum lain.
Ada sesi ucapan dari umi dan habibi, ucapan dari adik-adik perempuan dan rakan baik Kak Yang.
Selepas sesi potong kek, sesi bergambar dan bergambar dan bergambar. heee
Sesi bergambar dengan kedua ibu bapa kedua belah pihak.
Sesi bergambar dengan kami sekeluarga. Siapa selepas ni, kita tunggu ya
Sesi bergambar pengantin dengan keluarga kecil besan kami
Pengantin dengan emcee yang cukup lembut dan humble yang rupanya berpangkat Dato. Terima kasih Dato emcee
Bonda yang menjaga KY Amanda adik beradik sejak lahir hingga berusia 12 tahun dapat juga hadir begitu juga dengan adinda bonda (Makcik Halimah) pun hadir
Sebahagian foto bersama ahli keluarga yang bertungkus lumus membantu majlis kecil kami.
Foto bersama rakan sekolah APGS dan ada yang dikenali sejak dari SR Marian Convent ! Mereka ni sanggup tunggu berjam lamanya sambil borak, sambil makan. Ada seorang sahabat Chik Som, siap bawakan 2 bakul besar buah dukung dari Janda Baik untuk tetamu.
Seorang kawan sekelas APGS, Anita pulak awal-awal lagi bagitau dia nak bagi currypuff untuk tetamu
Thank you Nannie Isa, Azlinda Alin, Anie Mohamad, DBoy, Hans dan Azni yang sudi hadir. Ada yang dijemput tapi bagitau tak dapat hadir atas urusan lain.
Sebelum balik ramai yang ambil kesempatan untuk berfoto di photo booth. Bukan selalu dapat bergaya gitukan.
Terima kasih pada semua yang hadir dan pada yang tidak dapat jemputan tu, InsyaAllah umi ada 5 orang anak lagi dan mungkin kalau cukup bajet boleh dimasukkan dalam senarai kelak.
Terima kasih pada Pok Nik (Nik Ramzi Nik Hassan, bekas penerbit di TV3) yang sudi mengambil gambar sejak dari majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan anak kami. Kalau nak tunggu gambar dari official jurufoto, memang lambat ler sikit.
Ada juga yang berminat untuk buat majlis kat dewan ni, nanti umi kongsi berkenaan dewan ni di entri yang lain.
Next, resepsi di pihak lelaki pulak nanti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/10/walimatulurus-anak-perempuan-sulung.html