Wan Saiful Mohon Maaf Gagal Kepada Rakyat Peminjam Ptptn


KUALA LUMPUR : Penulis Buku Harapan, Wan Saiful Wan Jan, hari ini, secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Wan Saiful yang juga Pengerusi PTPTN, berkata agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, namun gagal.
Katanya, ia termasuk tuntutan rakyat supaya kerajaan melaksanakan janji untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.
“Saya telah berbulan-bulan berusaha memikirkan bagaimana untuk melaksanakan janji ini dengan bantuan daripada pengurusan PTPTN. Hari ini, saya mahu memohon maaf kerana janji ini tidak dapat kita laksanakan.
 “Saya merasa bertanggungjawab kerana sayalah yang menulis janji itu dalam Buku Harapan, setelah mendapat input daripada pelbagai pihak.
 “Ketika itu (merangka manifesto), saya tidak tahu hutang negara dan hutang PTPTN sebegitu besar. “Hutang PTPTN (ketika itu) hampir RM40 bilion, dan jika janji ini diteruskan, hutang PTPTN akan menjadi bebanan besar kepada negara,” katanya.
Beliau membuat pengumuman maaf terbuka itu ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan 2018, di ASWARA, hari ini.
Wan Saiful menjelaskan pengurusan PTPTN sudah lama berusaha untuk menyelesaikan hutang PTPTN namun tidak berjaya.
“PTPTN sudah lama nak (cuba) menguruskan hal ini. Di sini, saya ingin menzahirkan kekaguman kepada pengurusan PTPTN kerana kesungguhan menyelesaikan isu ini. Saya yakin kita boleh menguruskannya secara lebih baik,” katanya.
Wan Saiful berikrar untuk cuba menepati janji prinsip asal, iaitu sekurang-kurangnya meringankan beban peminjam anak muda yang berpendapatan rendah.
“Saya akan lakukan pengumuman lanjut tidak lama lagi. Saya masih tunggu laporan mesyuarat Kabinet sebelum buat pengumuman,” katanya.
Ketika ditanya apa antara dasar baharu PTPTN yang akan diumumkan, Wan Jan mengakui dasar baharu itu lebih kurang sama dengan prinsip ditetapkan kerajaan terdahulu.
“Mereka yang cemerlang akan ada keistimewaan diberikan,” katanya merujuk kepada keputusan kerajaan terdahulu menukar status PTPTN kepada biasiswa kepada pelajar cemerlang kelas pertama.
Sementara itu, Wan Saiful menggesa pucuk kepemimpinan parti gabungan PH mengadakan mesyuarat meja bulat untuk membincangkan hala tuju janji manifesto parti politik itu.
“Sudah sampai masanya pemimpin atasan negara dan pemimpin atasan parti PH memutuskan janji mana yang boleh dicapai segera, janji mana yang perlu dijadualkan semula, dan paling penting janji mana yang perlu kita batalkan terus,” katanya.
The post Wan Saiful Mohon Maaf Gagal Kepada Rakyat, Peminjam PTPTN appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/wan-saiful-mohon-maaf-gagal-kepada-rakyat-peminjam-ptptn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Minta Maaf Pun Peminjam Ptptn Rakyat Tetap Kena Tipu

Kerajaan Ph Minta Maaf Pun Peminjam Ptptn Rakyat Tetap Kena Tipu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 292 hits
By Shamsul Anuar NasarahKUALA LUMPUR Sangat mudah kerajaan Pakatan Harapan memerintah jika janji gagal dilaksanakan boleh minta maaf atau sekurang kurangnya menuding jari salahkan Barisan Nasional Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri S...
Ptptn Wan Saiful Minta Maaf Salahkan Hutang Negara

Ptptn Wan Saiful Minta Maaf Salahkan Hutang Negara

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 332 hits
By on November 10 2018Penulis Buku Harapan Wan Saiful Wan Jan hari ini secara terbuka memohon maaf kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful yang juga Pengerusi PTPTN berkata a...
Gagal Tunai Janji Tangguh Bayaran Balik Pengerusi Ptptn Minta Maaf

Gagal Tunai Janji Tangguh Bayaran Balik Pengerusi Ptptn Minta Maaf

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 391 hits
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional memohon maaf kerana gagal tunaikan janji untuk menangguh bayaran balik kepada peminjam bergaji bawah RM4 000 Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan dibuat ekoran hutang negara yang tinggi...
Isu Ptptn Dan Wan Saiful Wan Jan Nothing To Hide

Isu Ptptn Dan Wan Saiful Wan Jan Nothing To Hide

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4 000 ...
Pohon Maaf Terbuka Ph Ptptn Gagal Tunai Janji Lidah Bercabang

Pohon Maaf Terbuka Ph Ptptn Gagal Tunai Janji Lidah Bercabang

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 500 hits
WAN Saiful ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Wilayah Persekutuan 2018 di ASWARA hari ini NSTP Mahzir Mat Isaterbuka Pengerusi PTPTN mohon maaf gagal tunai janjiKUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasion...
Tetap Perlu Bayar Ptptn Wan Saiful

Tetap Perlu Bayar Ptptn Wan Saiful

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 332 hits
ARAU Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional masih perlu membayar hutang mereka memandangkan agensi itu belum melaksanakan dasar atau mekanisme baru bagi merealisasikan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini Ini termasuk janji ...
Wan Saiful Tidak Perlu Minta Maaf Tapi Letak Jawatan

Wan Saiful Tidak Perlu Minta Maaf Tapi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 424 hits
Wan Saiful Wan Jan KUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan tidak perlu memohon maaf atas kegagalannya menepati janji menghapuskan pinjaman itu Sebaliknya menurut mantan Setiausaha Politik kepad...
Terkini Gagal Tunai Janji Adam Adli Tuntut Menteri Pendidikan Mohon Maaf Isu Ptptn

Terkini Gagal Tunai Janji Adam Adli Tuntut Menteri Pendidikan Mohon Maaf Isu Ptptn

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 427 hits
TERKINI Gagal tunai janji Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf ISU PTPTNTERKINI Gagal tunai janji Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf ISU PTPTN
Mengapa Peminjam Ptptn Liat Menjelaskan Hutang

Mengapa Peminjam Ptptn Liat Menjelaskan Hutang

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 356 hits
Polimik mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang liat membayar balik pinjaman semakin kusut Persoalannya mengapa peminjam PTPTN buat tidak peduli soal hutang yang perlu mereka lunaskan itu Ramai berpendapat antara...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis