Wan Rosdy Hampir 96 Peratus Daripada 43 126 Peneroka Felda Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik




BERA: Hampir 96 peratus atau 41,286 daripada 43,126 peneroka FELDA di Pahang sudah menerima suratan hak milik masing-masing dan kerajaan negeri akan menyegerakan pemilikan sama kepada baki 1,840 peneroka lagi selepas ini

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penyerahan hak milik tanah
FELDA itu adalah pengiktirafan terhadap keringat, pengorbanan dan kecekalan peneroka membangunkan tanah yang dahulunya kosong hingga menjadi kawasan yang subur dan makmur.
Beliau berkata, warga peneroka adalah wira pembangunan dan tulang belakang kepada kemajuan luar bandar serta penyumbang utama kepada ekonomi negara,
"Kerajaan Pahang tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan peneroka, penyerahan suratan hak milik yang diserahkan ini bukan sekadar sehelai dokumen, sebaliknya ia simbol pengiktirafan sah bahawa tanah ini kini benar-benar menjadi milik peneroka.
"Kita sentiasa komited membela kebajikan warga FELDA dan pelbagai usaha sudah serta sedang dilaksanakan bagi menjamin hak, masa depan dan kemajuan masyarakat FELDA di seluruh negeri.
"Antara yang kerajaan negeri laksanakan ialah melantik seorang EXCO yang menguruskan hal ehwal FELDA di negeri ini," katanya pada Majlis Penyerahan Suratan Hak milik kepada 195 peneroka FELDA Triang 3 dan Dimensi Mini Karnival FELDA Pahang 2025 di FELDA Triang 3, di sini pada Ahad.
Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi FELDA,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sudah menubuhkan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang sebagai jambatan penghubung antara komuniti peneroka dan pihaknya bagi menangani pelbagai isu serta keperluan warga FELDA.
Beliau berkata, peruntukan RM2 juta disediakan tahun ini bagi menjayakan projek itu.
"Kita ada Projek Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP) bagi Fasa 1 dengan 16,035 lot rumah ditawarkan kepada generasi baharu FELDA yang layak di seluruh negeri.
"Sebanyak RM500,000 pula diperuntukkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Generasi FELDA menerusi Program Usahawan Makmur. Semua inisiatif ini akan diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Peneroka FELDA Triang 3, Abdul Wahab Jusoh bersyukur kerana penantian 39 tahun berakhir selepas menerima suratan hak milik.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberi hak milik kepada kami khususnya generasi pertama dan kedua.
"Kami berikrar menjaga tanah diperoleh sebagai satu harta keluarga yang perlu diwarisi untuk generasi akan datang," katanya.
Peneroka generasi kedua, Zaleha Abu Kassim, 46, pula berkata beliau terharu kerana penantian selama 36 tahun untuk memiliki surat hak milik tercapai tetapi ibu dan bapanya sudah tiada.
"Andai ibu dan bapa saya masih ada, pasti mereka sangat gembira pada hari istimewa ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, serta berjanji menjaga hak milik tanah untuk adik beradik yang lain," katanya. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/wan-rosdy-hampir-96-peratus-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 283 hits
BERA Selepas lebih tiga dekad menanti kerajaan Pahang memberi jaminan semua baki 1 840 peneroka Felda yang masih belum menerima Suratan Hak Milik Tanah akan mendapat hak mereka selewat lewatnya tahun ini Exco Hal Ehwal Felda Koperasi dan Us...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Tubuh Akademi Tingkat Latihan Kemahiran Bidang Mineral

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Tubuh Akademi Tingkat Latihan Kemahiran Bidang Mineral

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 306 hits
LIPIS Kerajaan negeri menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang bagi meningkatkan latihan kemahiran dalam bidang mineral termasuk untuk pekerja sedia ada dalam industri perlombongan dan pengkuarian Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Wan Rosdy Hanya Untuk Tegakkan Keadilan Penjawat Awam Di Raub Dilemparkan Dengan Pelbagai Tuduhan

Wan Rosdy Hanya Untuk Tegakkan Keadilan Penjawat Awam Di Raub Dilemparkan Dengan Pelbagai Tuduhan

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Penjawat awam di daerah Raub terkena tempias kecaman dilemparkan pihak tertentu susulan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dalam kes pencerobohan tanah kerajaan ditanam dengan durian Musang King Menteri Besar Datuk Seri Wan R...
Hukuman Berat Menanti Peneroka Haram Kdpb Sultan Pahang

Hukuman Berat Menanti Peneroka Haram Kdpb Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 393 hits
RAUB 8 Mei 2025 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil dan hukuman lebih berat menanti pe...
Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 467 hits
TEMERLOH Seramai 46 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 65 KDPB Sultan Pahang di Dewan Tun Razak h...
Kerajaan Pahang Sedia Laksana Pelan Pembangunan Berimpak Tinggi Di Tujuh Stesen Laluan Rel Pantai Timur

Kerajaan Pahang Sedia Laksana Pelan Pembangunan Berimpak Tinggi Di Tujuh Stesen Laluan Rel Pantai Timur

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 289 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersedia melaksanakan pelan pembangunan berimpak tinggi di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur di negeri itu bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merangsang ekonomi setempat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy ...
Pengerusi Majlis Pimpinan Pkr Pahang Secara Terbuka Sokong Nurul Izzah Tanding Jawatan Timbalan Presiden

Pengerusi Majlis Pimpinan Pkr Pahang Secara Terbuka Sokong Nurul Izzah Tanding Jawatan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Ketika spekulasi mula muncul mendakwa penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli akan menarik diri dari mempertahan kedudukannya pada pemilihan hujung bulan ini kini akar umbi mula menamakan serta menyokong pencalonan ...
Sebanyak 12 Daripada 14 Ketua Amk Cabang Pahang Sokong Nurul Izzah Tanding Timbalan Presiden Pkr

Sebanyak 12 Daripada 14 Ketua Amk Cabang Pahang Sokong Nurul Izzah Tanding Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 297 hits
KUANTAN Seramai 12 daripada 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Pahang menyatakan sokongan penuh dan terbuka terhadap Nurul Izzah Anwar sebagai calon timbalan presiden PKR bagi sesi 2025 2028 Ketua AMK Cabang Indera Mahkota Ahmad Saifull...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu