Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang




TEMERLOH: Seramai 46 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 KDPB Sultan Pahang (sesi keempat) di Dewan Tun Razak, hari ini

Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat sama ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada majlis berkenaan, KDPM Tengku Mahkota Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri kepada Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yang Hormat Komisioner Polis Dato' Sri Muhammed Hasbullah bin Ali.
Sementara itu, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera kepada Pengarah Pembinaan Sujaman Sdn Bhd, Dato' Indera Lee Wah Lian.
Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ kepada Pengarah Maritime Survey And Service Sdn Bhd, Dato' Suhaila binti Semaru.
Pada istiadat berkenan, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan  Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada 23 orang penerima dengan didahului Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Yang Mulia Tengku Dato' Mohd Arifin bin Tengku Dato' A. Rahman diikuti Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dato' Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Ahli Dewan Negeri Kawasan Chini, Yang Berhormat Dato' Mohd Sharim bin Haji Md Zain; Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Mining Corporation (PMC) Sdn Bhd,  Dato' Haji Ahmad Rizal bin Ali @ Jaafar; Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Dato' Ahmad Akram bin Gharib; Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Corporate Management Services (PCMS) Sdn Bhd,
Dato' Haji Abd. Rahim bin Ahmad; Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Jeneral Dato' Norli Hisham bin Alwi TUDM.
Turut dikurnia gelaran sama ialah Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brigedier Jeneral Dato' Dr. Mohd Mansor bin Shariff; Brigedier Jeneral Dato' Norazman bin Samion TUDM (B); Brigedier Jeneral Dato' Hajah Fadzillah binti Abdullah TUDM (B); Brigedier Jeneral Dato' Haji Ayub Khan bin Mohammad Khan TUDM (B); Profesor Kanan Sunway University, Profesor Dato' Dr. Agamutu A/L Pariatamby; Ketua Bahagian Malaysian Chinese Association (MCA) Lipis, Dato' Ho Fong Mee dan Pengarah Urusan Gruppe Lighting Solution Sdn Bhd.
Turut tersenarai ialah Pengarah Eksekutif Pelita Jujur Sdn Bhd, Dato' Ir Tan Kok Hin @ Tan Kok Peng; Pengarah Operasi Blackstone Mining Sdn Bhd, Dato' Tuan Syed Faiza bin Syed Mohamed; Pengarah Eksekutif Berjaya Group Berhad, Dato' Mohd Ghazali bin Abbas; Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Consultancy And Innovation Sdn Bhd, Dato' Wan Jusaini Rizal bin Che Wan Nasruddin; Pengarah Bahagian Perhubungan Kerajaan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, Dato' Tan You Seng; Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Pembinaan Sujaman Sdn Bhd, Dato' Teh Swee Khiam; Mantan Setiausaha Persatuan Badminton Kedah, Dato' Goh Yen Yen serta Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Azra bin Kamarudin.
Sementara itu empat orang penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) iaitu Kolonel Zulkefli bin Haji Samsu Hadi TUDM; Asisten Komisioner Polis Azli bin Mohd Noor; Superintenden Polis Mohamad Ra'ayim bin Haji Jemakir serta Encik Aminuddin bin Ab Rahman.
Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada Asisten Superintenden Polis Husni Azumi bin Hussain dan Encik Che Farhan bin Che Mansor.
Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia -Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP), seramai tujuh orang penerima tersenarai iaitu Mejar Syaiful 'Ammar bin Suhaimi; Deputi Superintenden Polis Mohd Azlizan bin Jamaludin; Asisten Superintenden Polis Ameerul Asraf bin Ghazali; Inspektor Muhammad Suffian bin Ismail; Inspektor Mohamad Khairul Syafawie bin Abdul Yusof;  Puan Putri Farhan Najwa binti Megat Daud dan Encik Zhameir Shafiq bin Mohd Ilias.
Dalam pada itu Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dikurniakan kepada empat penerima iaitu Sarjan Syed Ibrahim bin Syed Abdullah;  Encik Jimat bin Basiran; Puan Rosmiza binti Abdullah serta Encik Wan Kamal bin Wah Noh.
Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) pula dikurniakan kepada tiga penerima iaitu Staf Sarjan Mohd Nor bin Khalid; Koperal Mohd Shahrizan bin Ariffin dan Encik Badra Isa bin Abdul Hamid.  #KesultananPahang
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/seramai-46-orang-dikurniakan-darjah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukuman Berat Menanti Peneroka Haram Kdpb Sultan Pahang

Hukuman Berat Menanti Peneroka Haram Kdpb Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 214 hits
RAUB 8 Mei 2025 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil dan hukuman lebih berat menanti pe...
Sultan Pahang Zahirkan Rasa Terkejut Apabila Dimaklumkan Seluas 10 521 Hektar Tanah Diceroboh Di Raub

Sultan Pahang Zahirkan Rasa Terkejut Apabila Dimaklumkan Seluas 10 521 Hektar Tanah Diceroboh Di Raub

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 119 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan keluasan kira kira 10 521 hektar tanah di daerah ini diceroboh secara haram sejak sekian lama Baginda nyata hairan denga...
Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 Di Padang Mbk1 Kuantan

Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 Di Padang Mbk1 Kuantan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 Jalan Mahkota Kuantan Turut mengiringi Bag...
Video Gelagat Sultan Pahang Rakam Tunku Azizah Lap Kerusi Kereta Curi Perhatian Ramai

Video Gelagat Sultan Pahang Rakam Tunku Azizah Lap Kerusi Kereta Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 141 hits
Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai Wal...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Santuni Keluarga Kanak Kanak Perempuan Yang Lemas Di Muara Sungai Balok

Sultan Pahang Tengku Ampuan Santuni Keluarga Kanak Kanak Perempuan Yang Lemas Di Muara Sungai Balok

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 117 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni keluarga kanak kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok di sini Keberangkatan baginda ke rumah Nur A...
Kemangkatan Dymm Sultan Abu Bakar Ri Ayatuddin Al Mu Adzam Shah Sultan Pahang

Kemangkatan Dymm Sultan Abu Bakar Ri Ayatuddin Al Mu Adzam Shah Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 201 hits
KEMANGKATAN DYMM SULTAN ABU BAKAR RI AYATUDDIN AL MU ADZAM SHAH SULTAN PAHANGPada hari ini dalam tahun 1974 DYMM Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Mu adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al Mu tasim Billah Sultan Pahang mangkat di Istana...
Benar Kes Titah Adendum Di Bawa Ke Mahkamah Rayuan Peguam Negara Tak Percaya Kenyataan Istana Pahang

Benar Kes Titah Adendum Di Bawa Ke Mahkamah Rayuan Peguam Negara Tak Percaya Kenyataan Istana Pahang

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 125 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan mahkamah membenarkan kes Titah Adendum bekas Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak dibawa ke Mahkamah Rayuan memperlihatkan hasrat sebenar kerajaan dalam isu...
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang Sita Bot Nelayan Tempatan Gaji Kru Warga Asing Tanpa Permit

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang Sita Bot Nelayan Tempatan Gaji Kru Warga Asing Tanpa Permit

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 156 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang menyita sebuah vesel nelayan tempatan kelas C selepas didapati menggajikan kru warga asing tanpa permit kerja yang sah Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat...
Piala Malaysia Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil Gagal Main Peranan

Piala Malaysia Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil Gagal Main Peranan

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 134 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mengakui kesal dengan penggunaan Video Bantuan Pengadil yang dilihat tidak banyak membantu selepas pasukannya tewas 1 2 kepada Johor Darul Ta zim pada aksi final Piala Malaysia kelmarin Menurut Fand...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies