Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Tubuh Akademi Tingkat Latihan Kemahiran Bidang Mineral




LIPIS: Kerajaan negeri menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang bagi meningkatkan latihan kemahiran dalam bidang mineral, termasuk untuk pekerja sedia ada dalam industri perlombongan dan pengkuarian

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata akademi itu turut berfungsi sebagai sebuah pusat pembinaan kapasiti yang holistik di Pahang dan Malaysia.
Malah, beliau berkata, ia disasarkan menjadi pusat kecemerlangan bertaraf global dalam menyediakan modal insan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti tinggi, inovatif serta relevan dalam industri mineral negara.
"Pusat ini menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu bagi membangunkan tenaga kerja kompeten, berkemahiran tinggi serta berpengetahuan dalam industri mineral.
"Kursus disediakan lebih memberi penekanan kepada inovasi, keselamatan serta kelestarian alam sekitar, di samping kerjasama erat antara industri dengan akademi dalam memperkasakan sektor mineral negara," katanya.
Wan Rosdy berkata, akademi itu mempunyai tiga bilik kuliah, makmal komputer dan tenaga pengajar berkelayakan.
Beliau berkata, kemudahan terbabit dilengkapi 23 unit komputer berprestasi tinggi, sekali gus memastikan setiap peserta mendapat akses penuh kepada kemudahan pembelajaran digital.
Katanya, orang ramai yang berminat menceburi bidang perlombongan mineral wajar menimba ilmu pengetahuan dari aspek prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi menjaga keselamatan dan tatacara perlombongan.
"Oleh itu, program disediakan seperti Kursus Keselamatan, Kursus Mineral dan Geologi serta beberapa kursus lain adalah amat penting, termasuk kepada pelombong emas secara kecil-kecilan.
"Ilmu pengetahuan ini penting bagi mengelak berlaku kecederaan atau kehilangan nyawa sebagaimana satu insiden kematian yang dipercayai akibat lemas ketika menjalankan aktiviti melombong emas di Sungai Berhamah, Kampung Merapoh, dekat sini, baru-baru ini," katanya. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/wan-rosdy-kerajaan-negeri-pahang-tubuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Hampir 96 Peratus Daripada 43 126 Peneroka Felda Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik

Wan Rosdy Hampir 96 Peratus Daripada 43 126 Peneroka Felda Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 118 hits
BERA Hampir 96 peratus atau 41 286 daripada 43 126 peneroka FELDA di Pahang sudah menerima suratan hak milik masing masing dan kerajaan negeri akan menyegerakan pemilikan sama kepada baki 1 840 peneroka lagi selepas ini Menteri Besar Datuk ...
Kerajaan Pahang Belanja Besar Tanda Pengiktirafan Sumbangan Komitmen Anak Muda Dalam Pembangunan Negeri

Kerajaan Pahang Belanja Besar Tanda Pengiktirafan Sumbangan Komitmen Anak Muda Dalam Pembangunan Negeri

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan belanja besar sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen anak muda dalam pembangunan negeri ini Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli ...
Kerajaan Pahang Akan Perluaskan Lagi Penganjuran Program Mara Lasak Ke Seluruh Daerah Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Akan Perluaskan Lagi Penganjuran Program Mara Lasak Ke Seluruh Daerah Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Kerajaan negeri akan memperluaskan penganjuran Program Mara Lasak ke seluruh daerah di Pahang selepas kejayaan penganjuran sulung aktiviti lasak itu di Hulu Dong Raub pada Disember tahun lalu Exco Komunikasi Dan Multimedia Belia Suk...
Pahang Terapkan Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Di Jabatan Kerajaan

Pahang Terapkan Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Di Jabatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 138 hits
KUANTAN Pahang akan menerapkan sistem Pengurusan Risiko Rasuah dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah di semua jabatan kerajaan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata langkah tersebut diambil bagi memperkukuhkan integriti serta n
Bicara Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Di Tunda 2 Mac Tahun Depan

Bicara Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Di Tunda 2 Mac Tahun Depan

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Perbicaraan kes saman RM1 juta Kerajaan Negeri Pahang terhadap aktivis alam sekitar yang juga bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad yang dijadualkan pada 18 hingga 30 Mei di Mahkamah Tinggi Temerloh telah ditunda pada ...
Presiden Psap Gesa Kerajaan Pahang Tolak Sebarang Skim Pemutihan Rundingan Dengan Penceroboh Tanah

Presiden Psap Gesa Kerajaan Pahang Tolak Sebarang Skim Pemutihan Rundingan Dengan Penceroboh Tanah

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 116 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu menolak sebarang bentuk pemutihan yang memberi ganjaran kepada penceroboh tanah bagi penanaman durian secara haram di tanah kerajaan dan hutan simpan kekal negeri ini Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Hasli...
Kerajaan Pahang Sedia Laksana Pelan Pembangunan Berimpak Tinggi Di Tujuh Stesen Laluan Rel Pantai Timur

Kerajaan Pahang Sedia Laksana Pelan Pembangunan Berimpak Tinggi Di Tujuh Stesen Laluan Rel Pantai Timur

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersedia melaksanakan pelan pembangunan berimpak tinggi di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur di negeri itu bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merangsang ekonomi setempat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy ...
Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN UMNO Pahang mendakwa kerjasama politik antara Pemuda PAS Pahang dan Terengganu sebagai cubaan menggugat kestabilan pentadbiran negeri yang kini diterajui kerajaan sah dipilih rakyat Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Seri Abdul Rahman ...
Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 154 hits
BERA Selepas lebih tiga dekad menanti kerajaan Pahang memberi jaminan semua baki 1 840 peneroka Felda yang masih belum menerima Suratan Hak Milik Tanah akan mendapat hak mereka selewat lewatnya tahun ini Exco Hal Ehwal Felda Koperasi dan Us...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman