Walau Terkejut Jangan Lupa Muhasabah Diri Jangan Bawa Ph Macam Bn




Tun Mahathir Mohamad dilaporkan terkejut dengan kemenangan BN dapat menewaskan PH di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15 ribu undi
Katanya, beliau memang menjangka PH akan tewas, tetapi tidaklah dengan majoriti yang sebesar itu
Sehubungan itu, tegasnya, satu post mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan tersebut
Agaknya, kerana masih terkejut itulah maka sejak dua hari lalu beliau tiada muncul di khalayak ramai atau majlis rasmi dan reaksinya mengulas kekalahan di Tanjung Piai hanya dilakukan melalui kenyataan media saja
Ini adalah sesuatu yang asing dilakukan oleh Tun Mahathir kerana beliau biasanya akan mengulas keputusan sesuatu pilihanraya secara langsung di depan wartawan serta dirakam melalui kamera
Dengan tidak muncul di acara rasmi dalam sehari dua ini memberi erti beliau benar-benar terkejut dengan keputusan PRK Tanjung Piai
Kalau minggu lalu Tun Mahathir secara sinis mengatakan terkejut apabila mendengar Najib Razak terkejut dengan keputusan mahkamah yang mendapatinya perlu membela diri dalam kes SRC International, sekarang beliau sendiri yang nampaknya terkejut
Barangkali kali ini Najib pula yang akan terkejut dengan terkejutnya Tun Mahathir dengan keputusan PRK Tanjung Piai
Apa pun, dalam terkejut dengan keputusan di Tanjung Piai itu, Tun Mahathir tidak harus sesekali lupa untuk bermusabah mengenai dirinya
Ini kerana dalam banyak analisa yang diperkatakan oleh pelbagai pihak, sebahagian besarnya menuding punca kekalahan PH itu adalah berpunca daripada dirinya sendiri
Ia termasuk kegagalan menunaikan janji, memulihkan ekonomi sehingga orang meniaga masih terasa susah mencari rezeki, peluang pekerjaan terhad, reformasi institusi tiada ketahuan, karenah menteri-menteri lantikannya yang mengecewakan, prestasi kerajaan yang perlahan, konflik peralihan kuasa yang tiada kesudahan dan pelbagai lagi
Setelah 18 bulan gagal menzahirkan sesuatu yang memuaskan hati rakyat, PRK Tanjung Piai dianggap oleh banyak pihak merupakan referendum terhadap kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri
Maka itu, selain bermusabah, Tun Mahathir kini tiada pilihan lain selain perlu meletakkan hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara ini, terutama berhubung kedudukan Anwar Ibrahim sebagai penggantinya
Dalam semua orang ada kekecewaan dan tafsiran masing-masing mengenai kelemahan kerajaan, tetapi hampir semua rakyat masih tertanya-tanya berhubung tarikh penyerahan jawatan kepada penggantinya yang sudah dipersetujui itu
Kalau aspek ekonomi, pemulihan negara dan sebagainya tidak upaya dilakukannya, barangkali kerana faktor usia sehingga dilanda ketepuan dalam berfikir dan bertindak, Tun Mahathir seharusnya tidak berlengah lagi menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar
Hanya dengan meletakkan titik kepastian dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kepimpinan baru akan mengambil alih teraju negara ini, barulah keyakinan mereka kepada PH dan kerajaan dapat dipulihkan
Setelah kurang berjaya selama 18 yang lalu dan telah dibuktikan melalui referendum PRK Tanjung Piai, majoriti rakyat sebenarnya tidak sedia lagi Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua tahun
Menyegerakan perubahan adalah prasyarat memulihkan keyakinan rakyat yang hampir hilang. (ShahbudinHusin 18/11/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/walau-terkejut-jangan-lupa-muhasabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Isteri Bersalin Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit

Selepas Isteri Bersalin Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 446 hits
Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ianya melibatkan dua insan yang be...
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1861 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut diperintah untuk membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata be...
Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil

Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 556 hits
Doktor anak saya tumbuh gigi sejak dia lahir nak kena cabut ke biarkan saje Jangan terkejut tau kalau baby yang baru lahir tiba tiba ada gigi dua batang kat bawah gigi tu memang boleh tumbuh Gigi yang tumbuh pada hari baby dilahirkan dipang...
Ada Yang Sudah Lupa Sumpah Jangan Khianat Anwar Abdullah

Ada Yang Sudah Lupa Sumpah Jangan Khianat Anwar Abdullah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membuat serangan terlalu talu terhadap kem satu lagi yang sejak kebelakangan ini dilihat seolah olah mengkhianat perjuangan parti itu Antara yang menjadi bahan sera...
Rafizi Mungkin Ke Penjara Jangan Lupa Jasanya

Rafizi Mungkin Ke Penjara Jangan Lupa Jasanya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 252 hits
SYED BADLI SHAH SYED OSMAN Tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat dimana rejim kleptokrat Umno dan Barisan Nasional hilang kuasa memerintah negara Sebuah gabungan terdiri dari empat buah parti pembangkang Keadilan DAP Amanah dan PPBM akhi...
Terduga Bom Bunuh Diri Terungkap Masih Mahasiswa Bawa Jaket Ojol Dan Tas Ransel Terekam Cctv

Terduga Bom Bunuh Diri Terungkap Masih Mahasiswa Bawa Jaket Ojol Dan Tas Ransel Terekam Cctv

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 214 hits
Identitas terduga pelaku peledakan bom bunuh diri akhirnya terungkap Pelaku disebutkan seorang mahasiswa warga Jalan Nangka Medan Petisah Pelaku berinisial RMN usia 24 tahun merupakan warga Medan asli diduga meledakkan dirinya sendiri saat ...
Naik Je Double Line Ibu Kena Mula Jaga Diri Jangan Main Hentam Buat Semua Benda

Naik Je Double Line Ibu Kena Mula Jaga Diri Jangan Main Hentam Buat Semua Benda

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 362 hits
Setiap wanita yang disahkan hamil pasti berdoa agar kehamilan mereka dipermudahkan dan bayi di dalam rahim juga sentiasa sihat Sesuatu kehamilan itu boleh dimulakan dengan amalan amalan sihat untuk menjaga kandungan si ibu Trimester pertama...
Jangan Lupa Gentleman Agreement Jadikan Anwar Pm Secepat Mungkin

Jangan Lupa Gentleman Agreement Jadikan Anwar Pm Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 215 hits
By 24 November 2019Bendahari Otai Reformis 98 Ronnie Liu berucap pada Kovensyen Reformis 2 0 di IDCC Shah Alam Selangor foto HAZROL ZAINAL 24 NOVEMBER 2019 SHAH ALAM Anda semua ingat apaperjanjian itu Perjanjian yang Anwar akanmenjadi Perda...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation