Penipu Cakap Soal Ketelusan Orang Lain















 
Pas terdesak main sentimen kaum bukan merit isu lantikan menteriHarapandailyDecember 18, 2025Parti Amanah Negara (AMANAH) menyelar kenyataan rasis Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan perlantikan Jemaah Menteri berdasarkan sentimen perkauman dan dilihat berniat mencetuskan sentimen kebencian dalam masyarakat majmuk negara ini.
Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, sebagai parti Islam, Pas seharusnya memperjuangkan perpaduan kaum sepertimana suara parti tersebut ketika sekapal dengan DAP sebelum ini.
“Takiyuddin tidak sepatutnya mempertikaikan pelantikan YB Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan serta timbalannya hanya berdasarkan latar belakang mereka yang berbangsa Cina.




“Seorang lagi Menteri etnik Cina, YB Nga Kor Ming, juga menjadi mangsa Takiyuddin yang cuba bermain naratif “DAP mendominasi Kuala Lumpur” dengan mengaitkan jawatan YB Nga Kor Ming sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” tegas Faiz menerusi kenyataan hari ini.
Takiyuddin Hassan
aler utuh



Terdahulu, Takiyuddin mengkritik pelantikan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, selain mengekalkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Takiyuddin berkata, pemusatan pentadbiran strategik bandar, kerajaan tempatan dan perumahan di bawah pemimpin daripada satu parti serta latar belakang etnik yang sama menimbulkan persoalan sah berkaitan ketidakseimbangan, pemusatan kuasa melampau dan hala tuju sebenar pentadbiran negara.
Pas turut mengambil perhatian terhadap persepsi meluas bahawa pelantikan berkenaan tidak dibuat berasaskan merit atau keperluan dasar, sebaliknya didakwa dipengaruhi tekanan dan tawar-menawar politik, termasuk spekulasi berkaitan tuntutan DAP dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
“Sekiranya jawatan Kabinet digunakan sebagai ‘bunga emas’ politik bagi mengekalkan sokongan dan kesetiaan mana-mana pihak, ia merupakan hakisan serius terhadap idea dan institusi kerajaan berprinsip,” kata Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Berpisah tiadaMengulas lanjut, Faiz berkata, kenyataan pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu dibuat hanya selepas beberapa bulan seorang lagi pemimpin Pas, Zaharudin Muhammad, bermain sentimen kaum berhubung pelantikan Datuk Johnny Lim Eng Sen menjadi Lefternan Jeneral.
Jelas, tegas Faiz, Pas dan sentimen perkauman berpisah tiada, walaupun sedar Islam mencegah perjuangan atas nama kaum.


Beliau berkata, pelantikan Hannah Yeoh sepatutnya dinilai berdasarkan merit dan rekod prestasi pemimpin DAP berkenaan sebagai Menteri dan Ahli Parlimen.
“Sokongan yang diterimanya datang daripada rakyat pelbagai bangsa, satu perkara yang jelas gagal dicapai oleh Pas, yang terdesak bermain dalam politik garis keras dan eksklusif.
“Pas seharusnya menjadikan ayat Al-Quran surah al-Qasas:26 sebagai panduan yang menerangkan dua syarat memilih pemimpin iaitu kompeten dan amanah,” jelasnya.
Hannah Yeoh telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 17 tahun untuk semua tanpa mengira kaum dan agama sebagai ADUN, Speaker, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Wanita & Keluarga, serta Menteri Belia & Sukan.Faiz menegaskan Hannah hakikatnya merupakan Ahli Parlimen Segambut, yang terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Oleh sebab itu, ujarnya, pelantikan Hannah sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bukan sahaja wajar, malah tepat dari segi kefahaman kawasan, tanggungjawab dan keperluan rakyat setempat.




“Ironinya, Pas menyokong YB Hannah Yeoh sebagai Speaker DUN Selangor sesi 2008 lalu,” katanya.
Menakutkan rakyatBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang itu berkata, tidak timbul sama sekali isu DAP dan etnik Cina menguasai pentadbiran kerajaan Madani.
“Ini adalah naratif menakut-nakutkan rakyat yang sudah lapuk. DAP hanya mempunyai lima ahli Kabinet iaitu 15% daripada 32 menteri (termasuk PM and Timbalan PM).
“Peratusan ini lebih rendah daripada kerusi DAP di Parlimen, iaitu 40 daripada 222 kerusi atau 18%,” katanya.
Justeru, beliau menegaskan bahawa dalam sistem pentadbiran negara, setiap dasar termasuk isu penting seperti Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) mesti dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri secara kolektif yang majoritinya Menteri Melayu Islam berjumlah 21 orang atau hampir 64% daripada keseluruhan komposisi Kabinet sedia ada.
“Jika Kabinet kerajaan Madani masih dikuasai oleh orang Melayu Islam, di mana logiknya DAP atau kaum Cina mengawal Kabinet ini?” bidasnya.
Sehubungan itu, Faiz menyeru rakyat untuk berdiri teguh menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyantuni semua rakyat termasuk orang Melayu dan menolak sebarang bentuk politik perkauman.




“Malaysia memerlukan kepimpinan yang menyatukan, membina dan berpandangan jauh, dan bukan pemimpin yang terus terperangkap dalam politik kebencian dan perkauman,” tambah Faiz lagi.
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/penipu-cakap-soal-ketelusan-orang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tindakan Jika Terjumpa Kad Pengenalan Orang Lain

5 Tindakan Jika Terjumpa Kad Pengenalan Orang Lain

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 138 hits
Sekiranya kita terjumpa kad pengenalan orang lain atas kaunter terjatuh atas jalan atau macam macam situasi lain terdapat tindakan yang perlu kita lakukan menurut Kadang kala situasi seperti ini memang selalu berlaku dan kadang kadang kita ...
Phm Beri Peringatan Macam Mana Lelaki Boleh Rosakkan Lelaki Lain

Phm Beri Peringatan Macam Mana Lelaki Boleh Rosakkan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 163 hits
PHM Beri Peringatan Macam Mana Lelaki Boleh Rosakkan Lelaki Lain Bagaimana lelaki boleh merosakkan lelaki lain Sekilas baca kenyataan Public Health Malaysia ini mungkin ramai yang terkejut Tetapi bila dibaca sampai habis barulah kita mula n...
Lain Macam Betul Bila Geng Veteran Ada Match

Lain Macam Betul Bila Geng Veteran Ada Match

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 106 hits
Lain Macam Betul Bila Geng Veteran Ada Match Betullah kata orang umur hanyalah sekadar angka Tak kiralah berapa pun usia seseorang jika minat dan semangat itu telah sebati dengan jiwa ia akan terus menyala tanpa mengira masa Itulah yang dap...
Orang Lain Usaha Bila Berjaya Mengaku Parti Dia Berjuang Takat Berjuamg Tak Usaha Apa Pun Mana Nak Berjaya

Orang Lain Usaha Bila Berjaya Mengaku Parti Dia Berjuang Takat Berjuamg Tak Usaha Apa Pun Mana Nak Berjaya

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 167 hits
Syam Ghaz Dah agak dah PAS akan sedaya upaya akan cuba claim mrka yang buat dulu berkaitan tindakan pramugari Air Asia tutup aurat spt hasil usaha mereka Semalam Ameerah Pas Kelantan Jabatan Khas bawah Muslimat Pas Kelantan buat posting W p...
Dok Kata Orang Lain Kaya Bagi Balik Duit Rakyat

Dok Kata Orang Lain Kaya Bagi Balik Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 164 hits
De DeSetiap hari tuduh orang lain kaya Setiap minggu cerita orang lain haloba Tapi bila keluaq laporan antarabangsa eh nama sendiri yang naik dulu Kalau betul tak kaya samanlah Yahoo Kalau tak berani saman rakyat pun boleh baca sendiri sapa...
Menarik Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh Berjangkit Pada Orang Lain

Menarik Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh Berjangkit Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 154 hits
Menarik Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh Berjangkit Pada Orang Lain Setiap hari tubuh kita menjalankan pelbagai gerakan dan tindak balas semula jadi tanpa kita sedari Salah satunya adalah satu refleks yang hampir semua orang pernah lakukan...
Utamakan Bahasa Melayu Penguasaan Bahasa Lain Digalakkan Pm Anwar

Utamakan Bahasa Melayu Penguasaan Bahasa Lain Digalakkan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya Selangor pada 13 Disember 2025 Foto BernamaPETALING JAYA 13 Dis Bahasa Melayu perlu diberi keutamaan sebaga...
Hiburan Tak Sampai Sebulan Cerai Faisal Halim Dan Isteri Kembali Rujuk Mereka Masih Sayang Satu Sama Lain

Hiburan Tak Sampai Sebulan Cerai Faisal Halim Dan Isteri Kembali Rujuk Mereka Masih Sayang Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 102 hits
Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pemain sayap Selangor FC mengesahkan bahawa pemain bola sepak berkenaan telah kembali rujuk dengan bekas isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril pada 9 Disember lalu Memetik laporan Mstar Akberdin mem...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram