Rafizi Mungkin Ke Penjara Jangan Lupa Jasanya



SYED BADLI SHAH SYED OSMAN
Tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat dimana rejim kleptokrat Umno dan Barisan Nasional hilang kuasa memerintah negara.
Sebuah gabungan terdiri dari empat buah parti pembangkang, Keadilan, DAP, Amanah dan PPBM akhirnya berjaya menakluk Putrajaya dan diberi nama Kerajaan Pakatan Harapan.
Rakyat berjaya disedarkan bahawa hak memangkah di atas kertas undi adalah kuasa mata pena terbesar milik rakyat sehingga tumbangnya rejim berusia lebih 60 tahun.
Maka ramailah dari kalangan pemimpin PH yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai jawatan penting. Menteri, timbalan menteri, setiausaha politik, para pegawai, pengarah-pengarah, dan pelbagai lagi jawatan lantikan politik bagi mengisi kemenangan.
Namun, adakah mereka itu benar-benar berjasa dalam perjuangan Pakatan Harapan yang penuh onak dan duri sebelum tanggal 9 mei?.
Penubuhan Pakatan Harapan
Di peringkat awal pembentukan Pakatan Harapan, terdapat pelbagai rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi para pejuang PH.
Tidak mudah untuk menyakinkan kesemua pimpinan ke empat-empat buah parti bahawa dengan bergabung dan berganding, kita akan mampu menakluk Putrajaya.
Ramai pemimpin telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi mencapai impian ini.
Ramai yang berjuang tidak kira masa, turun ke ceruk rantau bertemu rakyat demi menyakinkan bahawa agenda perubahan itu mampu dicapai.
Tidak kurang juga yang berasa tidak selesa dengan gabungan baru, maka pengkhianat-pengkhianat ini berusaha gigih menolak Pakatan Harapan demi mengekalkan gabungan lapuk bersama PAS.
Mereka bukan sahaja menolak gabungan PH, malah mereka berusaha supaya gandingan lama dan lapuk itu terus berfungsi sehingga pilihanraya.
Dalam ramai-ramai pemimpin yang giat berusaha ke arah penyatuan, terdapat seorang pemimpin luar biasa yang bergerak lebih dari biasa demi merealisasikan impian melihat PH berjaya.
Beliau kini ibarat permata yang dilupakan, Sdr. Rafizi Ramli.
Kemuncak kerjaya
Rafizi seorang pemimpin yang bersikap “humble” dan kelihatan marhain. Berkelulusan dari Morrison’s Academy, Scotland dan Leeds University dalam jurusan kejuruteraan, beliau berjaya menggondol Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.
Mantan pelajar kolej berprestij Kolej Melayu Kuala Kangsar ini berjaya mendapat pelbagai anugerah sepanjang bergelar pelajar termasuk Anugerah Carey/Bolkiah, pelajar terbaik keseluruhan.
Kecemerlangan beliau diteruskan lagi ketika zaman membina kerjaya. Semasa berkhidmat di Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003), beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants di England dan Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun.
Beliau juga diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.
Beliau kemudian meneruskan khidmatnya di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd pada tahun 2003 hingga 2005 sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plant, Pengurus termuda ketika dilantik.
Beliau seterusnya mendapat kenaikan pangkat sehingga bergelar Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 dan menguruskan kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.
Kemudian beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Pharmaniaga Bhd pada tahun 2009 dan seterusnya berpindah kerjaya ke Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebagai Pengurus Besar.
Dari koporat ke politik
Beliau yang sedang meniti kegemilangan kerjaya, akhirnya memilih untuk turun kelapangan berjuang demi rakyat dengan terjun ke arena politik.
Nama beliau tidak asing bagi para pejuang dan aktivis Parti Keadilan Rakyat.
Ketika krisis 1998 selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditangkap, Rafizi antara anak muda yang menyumbang kearah kebangkitan rakyat ketika itu.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah antara watak-watak penting disebalik hebahan internet di zaman kebangkitan rakyat.
Berpengkalan di London, beliau berganding bahu bersama sahabat Anwar Ibrahim iaitu Dr Rahim Ghouse membina rangkaian di luar negara demi mengangkat perjuangan Anwar di mata dunia.
Kegigihan beliau membuahkan hasil apabila berjaya menyalurkan maklumat ke serata dunia walaupun dengan keterbatasan teknologi ketika itu.
Hero rakyat bermula
Akhirnya pada tahun 2010 setelah sekian lama bergerak dibelakang tabir, beliau memilih untuk tampil dan berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat.
Kali pertama saya bertemu Rafizi adalah sekitar tahun 2010. Ketika itu saya bertugas sebagai salah seorang Setiausaha Kerja di IbuPejabat Parti Keadilan Rakyat.
Jujurnya ketika diperkenalkan oleh seorang sahabat ketika itu, saya tidak berasa minat melihat gaya dan perwatakannya yang agak biasa.
Saya terdidik dalam menghadapi arus politik berdepan dengan pelbagai demonstrasi dan kebangkitan, tentunya saya lebih teruja melihat sosok anak muda yang berperwatakan persis Sdr. Ezam Mohd Nor, mantan ketua pemuda yang garang dan agresif.
Namun ketika itu saya masih tidak dapat melihat kualiti dan cahaya permata yang terdapat pada diri Rafizi.
Setelah sekian lama memerhati, akhirnya saya memilih untuk mendukung perjuangan dan idealisme Rafizi.
Saya mula memahami bahawa dalam perjuangan ini, sekadar garang dan agresif tidak mencukupi untuk mengangkat agenda rakyat.
Bagi saya peluang berganding bahu bersama Rafizi dalam perjuangan adalah pengalaman yang tidak ternilai.
Sepertimana saya yakin terhadap perjuangan Anwar Ibrahim, begitulah juga saya yakin kepada Rafizi.
Bermula tahun 2010, Rafizi mula menyandang pelbagai jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat.
Sebagai kakitangan ibu pejabat parti ketika itu, saya sering dapat mengikuti dari dekat pelbagai inisiatif dan strategi yang disusun oleh Rafizi untuk perjuangan parti.
Memimpin Invoke
Melihat cara beliau berjuang dengan pelbagai kaedah, saya mula tertarik dan yakin bahawa beliau mempunyai ketokohan dan kebolehan sebagai pemimpin.
Menjadi orang penting dalam pembentangan bajet alternatif setiap tahun, antara tugas sukar yang dipikul Rafizi demi mengangkat nama Keadilan.
Strategi yang beliau gunakan sering menarik minat rakyat. Sepanjang kempen ke arah PRU14, beliau menggunakan pendekatan untuk turun ke kawasan kubu Umno dengan mengheret trak dan peralatan pembesar suara berceramah ke seluruh pelusuk tanah air.
Tidak salah saya katakan bahawa beliau antara pemimpin PH yang paling banyak berceramah di peringkat akar umbi ke seluruh negara sebelum PRU ke 14 yang lalu.
Tidak cukup sekadar itu. Beliau berjaya menghimpunkan sukarelawan pilihanraya terbesar seluruh negara dibawah gerakan yang diberi nama INVOKE.
Melalui INVOKE juga beliau tampilkan pelbagai kajian dan data yang hasilnya diterjemah pada PRU14.
Walaupun terdapat pemimpin Keadilan yang lebih berkuasa memegang tampuk kerajaan negeri ketika itu, namun tidak salah saya katakan bahawa Rafizi lebih kuat berusaha daripada mereka yang selesa di tampuk kuasa.
Seharusnya merekalah yang lebih gigih dari Rafizi kerana kuasa berada di tangan mereka. Tetapi kegigihan Rafizi jauh lebih menyerlah dan berkesan.
Takluk Putrajaya
Disamping berceramah bertemu rakyat, beliau juga giat mengatur strategi di peringkat pimpinan Keadilan dan beliau juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan Pakatan Harapan.
Menjadi tulang belakang kepada Ketua Umum Keadilan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Keadilan, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika itu, beliau dan beberapa pimpinan lain seperti Nurul Izzah, Saifudin Nasution, Johari Abdul dan ramai lagi, antara watak penting yang paling banyak berusaha mengubah landskap politik negara.
Beliaulah antara yang menyakinkan para pimpinan ke empat-empat buah parti bahawa dengan terbentuknya gabungan Pakatan Harapan, kita akan mampu menakluk Putrajaya.
Walaupun ketika itu terdapat segelintir pemimpin yang menentang idea penubuhan Pakatan Harapan, namun merekalah juga hari ini yang menikmati laba kemenangan hasil gabungan PH.
Tetapi tidak bagi Rafizi. Walaupun setelah PH menang di peringkat persekutuan, beliau tetap seperti biasa tanpa sebarang jawatan penting di peringkat kerajaan.
Malah lebih sedih dari itu, beliau seakan dilupakan dari arus pemerintahan walaupun beliau begitu banyak menyumbang ke arah kemenangan PH.
Kadangkala saya merasakan yang kerajaan kini dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan individu berkebolehan seperti Rafizi.
Pengorbanan dan jasa terbesar beliau adalah mendedahkan skandal salah laku National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Mengambil langkah berani dengan mendedahkan salah laku yang melibatkan pemimpin kerajaan Umno dan BN ketika itu, akhirnya menjadi bahan berita seluruh negara.
Skandal NFC menjadi penyumbang kepada kejatuhan BN selain skandal 1MDB dan beberapa skandal lain.
Namun kesan daripada langkah berani yang diambil Rafizi, akhirnya tidak membawa tuah kepada beliau walaupun menguntungkan banyak pihak.
Kes Bafia
Kes mahkamah berlanjutan sehingga kini dan hampir menghumban pejuang rakyat ini ke tirai besi. Kerana terikat dengan kes ini jugalah, maka beliau memilih untuk tidak bertanding pada PRU14 yang lalu.
Selepas PH berjaya membentuk kerajaan, Rafizi bukan sahaja tidak diberikan sebarang peranan dalam kerajaan, malah beliau terpaksa berhadapan dengan kes mahkamah yang masih membelenggu beliau.
Turun naik mahkamah menjadi rutin terbaru beliau dan perjalanan kes ini semakin sampai ke penghujungnya.
Berhadapan hukuman penjara 30 bulan adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan.
Walaupun berhadapan waktu-waktu getir, beliau tetap berpesan kepada kami agar sentiasa mendukung dan meneruskan perjuangan reformasi yang menjadi tunjang kekuatan Keadilan.
Adakah ini kedudukan yang paling layak untuk beliau setelah memerah keringat? Adakah akhirnya penjara yang dihidangkan setelah menabur jasa?
Lilin membakar diri
Mungkin inilah adat seorang pejuang, menjadi lilin membakar diri menerangi yang lain.
Saya sentiasa berdoa agar selepas Anwar Ibrahim diperlakukan sedemikian rupa disumbat ke tirai besi, janganlah ada lagi pejuang rakyat yang melalui nasib sama.
Namun takdir bakal menentukan samada Rafizi akan mengikuti jejak langkah Anwar Ibrahim dihumban ke penjara demi perjuangan atau beliau akan diberikan tempat yang selayaknya dalam kerajaan.
Saya sentiasa berharap agar mahkamah memberikan pertimbangan yang sebaik mungkin.
Walaubagaimanapun jika keputusan itu tidak berpihak kepada Rafizi, saya berdoa agar beliau tabah dan kembali dengan lebih kuat di masa hadapan.
Percayalah bahawa rakyat akan sentiasa bersama dan mendukung para pejuang yang telah berkorban demi rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25460

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Mahathir Lupa Kenyataan Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang Dap

Video Mahathir Lupa Kenyataan Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang Dap

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 363 hits
Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Lim Kit Siang DAP dan seluruh ahli politik parti PH terpaksa telan air liur sendiri bila dengar pengakuan Dr Mahathir ini PH juga tentu mengharapkan rakyat sudah lupa dengan pelbagai kenyataan mereka sebelum ini m...
Tenggat Waktu Kasus Novel Sampai Desember Wp Kpk Bilang Jangan Sampai Lupa

Tenggat Waktu Kasus Novel Sampai Desember Wp Kpk Bilang Jangan Sampai Lupa

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 239 hits
KPK katanya tetap menunggu hasil kerja kepolisian membuat kasus ini menjadi terang benderang Dia pribadi yakin Presiden Jokowi dan Kapolri baru Jenderal Idham Azis benar benar serius menyikapi kasus tersebut sehingga pelaku penyiraman air k...
Kini Giliran Rafizi Dibebaskan Daripada Sabitan Penjara 30 Bulan

Kini Giliran Rafizi Dibebaskan Daripada Sabitan Penjara 30 Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 311 hits
Hakim Mohd Yazid memutuskan bahawa beliau membenarkan permohonan Rafizi kerana pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asal sebagai keterangan dalam perbicaraan yang merupakan syarat di bawah Seksyen 61 Akta Keterangan SHAH ALAM Seperti dijan...
Kalau Tunggu Dalam Kereta Jangan Lupa Lock Wanita Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Dengan Anak

Kalau Tunggu Dalam Kereta Jangan Lupa Lock Wanita Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Dengan Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 657 hits
Malang memang tak berbau tapi selagi boleh elak kita elakkan perkara buruk yang boleh berlaku Kadang memang dah beringat nak kunci pintu tiap kali menunggu seseorang dari dalam kereta tapi tu lah dah beringat pun ada ketikanya lupa juga Dal...
Hartanah Jangan Sampai Rakyat Merempat

Hartanah Jangan Sampai Rakyat Merempat

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 461 hits
ULASAN Hartanah di Malaysia akan terus di monopoli oleh golongan T20 dan juga warga asing
Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 497 hits
Selain nasi roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya Belum sempat di makan roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya Jangan buang...
Penatnyaaaa Baby Mula Melompat Jangan Mengeluh Banyak Faedahnya

Penatnyaaaa Baby Mula Melompat Jangan Mengeluh Banyak Faedahnya

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 292 hits
Penatnya bila bayi mula melompat lompat Tahukah anda ia adalah berfaedah untuk perkembangan bayi Mama dan papa jangan mengeluh lagi Bayi baru lahir hingga 12 bulan berkembang dengan pantas Mama dan papa mesti perasan bayi akan melalui pelba...
Nasihat Wanita Tertua Di Dunia Jangan Nikah Dan Banyak Makan Telur

Nasihat Wanita Tertua Di Dunia Jangan Nikah Dan Banyak Makan Telur

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 344 hits
Emma Morano dari Verbania Italia merupakan wanita terakhir di dunia yang lahir di tahun 1800 an Morano menyatakan bahwa rahasia umur panjangnya adalah pola makan yang benar dan tidak menikah Saya hanya makan telur dan sesekali makan kue ker...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation