Ada Yang Sudah Lupa Sumpah Jangan Khianat Anwar Abdullah
SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membuat serangan terlalu-talu terhadap ‘kem satu lagi’ yang sejak kebelakangan ini dilihat seolah-olah mengkhianat perjuangan parti itu.Antara yang menjadi bahan serangan Ahli Parlimen Kapar itu termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin juga Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha serta Timbalan AMK, Hilman Idham.
Dakwa Abdullah Sani, rata-rata kumpulan itu yang juga merupakan pimpinan parti PKR sebenarnya seolah-olah sudah lupa dengan agenda asal parti malah janji serta sumpah keramat yang dibuat sejak awal lagi.“Ada pihak yang sokong Tun Mahathir (Mohamad) pegang jawatan sehigga habis penggal. Azmin mungkin sudah lupa dengan perjanjian yang dibuat sejak awal lagi. Bukan beliau sahaja malah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (Hilman).“Juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang, juga Ketua Wanita PKR. Semua sudah lupa tetapi kita tidak akan berdiam diri. Kita akan pastikan janji untuk presiden kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri kelapan secepat mungkin.“Angkatlah kebenaran itu, jangan khianat. Ini tidak, buat gesaan Tun Mahathir pegang jawatan hingga habis penggal. Enggan masuk mesyuarat, saya hendak cakap banyak lagi tapi malulah dengan pemimpin parti lain yang hadir hari ini.“Timbalan Presiden kita, Naib Presiden, Ketua Wanita dan Naib Ketua AMK sudah lupa diri kerana bertuhankan kuasa. Mereka ini semakin berani keluarkan kenyataan biadap dan mahu Anwar menjadi Perdana Menteri selepas habis penggal.“Tapi saya cakap satu sahaja, tidak ada apa-apa kompromi. ‘kepala hotak kamu’. Kita akan tegakkan kebenaran, jangan ingat kita akan berdiam diri,” ucapnyaketika Konvensyen Reformis Otai 2019 di sini hari ini.Jelas Abdullah Sani lagi, banyak agenda reformasi yang mahu dilaksanakan kebelakangan ini sebaliknya lebih 20 tahun ini hanya boleh dilakukan seandainya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri.“Kita ada peluang untuk betulkan keadaan, reformasi pentadbiran negara segala macam yang tidak dapat dilakukan satu ketika dahulu. Bapa reformis iaitu Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai Perdana Menteri demi negara, agama dan bangsa.“Janganlah fikir untuk diri sendiri sahaja, sampai ‘mampus’ memanglah tidak boleh lakukan apa-apa kecuali untuk diri sendiri. Teruskan agenda untuk pastikan Anwar menjadi Perdana Menteri secepat yang boleh,” tegasnya.Abdullah Sani juga menggesa kepimpinan tertinggi untuk segera mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin parti itu yang semakin berani mengkhianati dasar perjuangan parti. –Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pernah menuduh ada segelintir pihak cuba menubuhkan kerajaan ‘pintu belakang’ dengan tidak memberikan kuasa kepada Tun Mahathir lima tahun cukup tempoh untuk menerajui negara.Jelas Mohamed Azmin, rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada PRU-14Ia turut disokong Zuraida yang mahu Tun Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal PRU-14. MalaysiaGazette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/11/ada-yang-sudah-lupa-sumpah-jangan.html