Walau Sama Sama Pernah Dirawat Di Hrc Situasi Najib Jauh Berbeza Dengan Anwar


 
Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media sosial sejak pagi tadi sarat dengan gambar-gambar Anwar Ibrahim yang juga pernah dirawat di sana.
Turut dipaparkan ialah gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa pemimpin PKR bertemu beliau di pusat rawatan tersebut.
Malah, gambar Anwar sedang menonton majlis angkat sumpah Perdana Menteri melalui televisyen juga turut dipaparkan sama.
Terutama penyokong Najib, ternampak mereka begitu ghairah menyebarkan gambar-gambar tersebut dengan tujuan untuk mewajarkan keberadaan Najib menerima rawatan di HRC.
Seolah-olah dengan menyebarkan gambar-gambar Anwar di HRC itu, mereka ingin memberitahu dunia bahawa tiada salahnya juga bagi Najib menerima rawatan di situ.
Lebih daripada itu, dengan menunjukkan beberapa pemimpin PKR datang menemui Anwar di HRC, ia dengan jelas ingin menarik perhatian bahawa Najib seharusnya turut diberi peluang yang sama.
Dengan itu, ini seperti mengesahkan pendedahan penulis tanpa tanpa yang memberi Najib dengan kod nama merpati yang tersebar luas sebelum ini bahawa rancangan membawa Najib ke HRC adalah bertujuan membolehkan beliau menerima rawatan VIP serta mudah dikunjungi pelawat, sudah tentu daripada rakan-rakan politik UMNO.
Dalam hal ini, sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara Anwar dan Najib yang sama-sama pernah di rawat di HRC.
Anwar dimasukkan ke penjara pada tahun 2015 dan beliau hanya menerima rawatan di HRC pada tahun 2018 iaitu ketika menjelang PRU14 diadakan kerana masalah sakit bahu yang dihadapinya.
Anwar menerima rawatan susulan di HRC selepas menjalani pembedahan bahu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 November 2017 setelah konvoi kereta membawanya dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terbabit kemalangan jalan raya pada 22 September 2017.
Ketika beliau dirawat di HKL pada 2017 itu, Najib dan Zahid Hamidi adalah antara pemimpin kerajaan yang datang melawat beliau.
Ini bermakna, rawatan yang diterima Anwar di HRC itu berlaku setelah tiga tahun beliau hukum penjara daripada hukuman lima penjara yang disabitkan kepadanya, itu pun disebabkan sakit bahu yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.
Anwar berada di HRC sehinggalah beliau diampunkan oleh Agong pada 16 Mei 2018, tetapi pada 18 Mei beliau kembali semula ke HRC untuk mendapatkan rawatan susulan sakit bahunya.
Bermakna, sakit bahunya adalah serius dan masih perlukan rawatan susulan, meskipun setelah diberi keampunan dan dibebaskan.
Ini sudah tentu berbeza dengan Najib kerana sebagaimana disahkan oleh Jabatan Penjara semalam, beliau dirawat di HRC ketika belum pun sampai sebulan menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun sabitan yang dikenakan kepadanya.
Lagi pula, HRC adalah pusat untuk mendapatkan rawatan susulan atau fisioterapi seperti akibat strok, pembedahan, kemalangan dan sebagainya serta sangat sesuai dengan Anwar yang mengalami sakit bahu akibat kemalangan.
Dalam hal ini, Najib sakit apa sehingga perlu menerima rawatan fisioterapi di HRC?
Kalau setakat ulser di usus dan kesan luaran kerana ubat darah tinggi yang berbeza daripada yang biasa diambilnya, tidak cukupkah dirawat di HKL saja? – ShahbudinHusin 22/09/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/walau-sama-sama-pernah-dirawat-di-hrc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mudah Lupa Anwar Lupa Apa Yang Berlaku Terhadap Najib Pada Hari Ini Satu Ketika Dahulu Pernah Berlaku Kepadanya

Anwar Mudah Lupa Anwar Lupa Apa Yang Berlaku Terhadap Najib Pada Hari Ini Satu Ketika Dahulu Pernah Berlaku Kepadanya

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 340 hits
Anwar mudah lupa Anwar lupa apa yang berlaku terhadap Najib pada hari ini satu ketika dahulu pernah berlaku kepadanya Tapi dia tidak bersuara pun untuk Najib macam kita bersuara untuk dia
Najib Dirawat Dipantau Di Hrc Cheras

Najib Dirawat Dipantau Di Hrc Cheras

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 306 hits
hmetro com myFOTO fail menunjukkan Najib ketika sidang media selepas sesi perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan Putrajaya FOTO Arkib NSTP Mohd Fadli HamzahKuala Lumpur Bekas Perdana M...
Oleh Kerana Najib Dalam Keadaan Nazak Beliau Dipidahkan Ke Pusat Hrc

Oleh Kerana Najib Dalam Keadaan Nazak Beliau Dipidahkan Ke Pusat Hrc

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 261 hits
Kini sah Memang Najib dapat layanan istimewa di Penjara Kajang Aku tak nak persoalkan dia duduk HRC tu Iyalah dah dia nazak kenalah beri rawatan kan Cuma aku pelik kenapa dia boleh dapat akses internet Apa maknanya hukuman penjara kalau mas...
Saya Tidak Pernah Menyerang Ulama Dan Pas Anwar Ibrahim

Saya Tidak Pernah Menyerang Ulama Dan Pas Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 247 hits
Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menyerang Pas mahupun ulama sebaliknya menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya bukan menyerang mana mana pihak tanpa asas
Anwar Sahkan Beliau Hanya Dihantar Ke Hrc Selepas Bedah Bahu

Anwar Sahkan Beliau Hanya Dihantar Ke Hrc Selepas Bedah Bahu

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 236 hits
Pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu Pada sidang akhbar di Bangkok semalam Anwar berkata dia hanya diberi akses kepada kemudahan ...
Najib Kekal Dirawat Di Hospital Kerajaan Seperti Banduan Lain

Najib Kekal Dirawat Di Hospital Kerajaan Seperti Banduan Lain

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 309 hits
hmetro com myKhairy Jamaluddin ketika berucap di Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID 19 Vaccination Public Private Partnership di Putrajay...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu