Najib Kekal Dirawat Di Hospital Kerajaan Seperti Banduan Lain


hmetro.com.my
Noor Atiqah Sulaiman
[email protected]
Khairy Jamaluddin ketika berucap di Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination : Public-Private Partnership di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Putrajaya: Datuk Seri Najib (Razak) akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti yang termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu beliau menafikan Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan dan beliau memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

"Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib.

"Jika ujian kesihatan yang dilaksanakan ke atas Najib sudah selesai, laporan itu akan diserahkan kepadanya (Najib) dan juga mahkamah, jadi tiada lagi pertikaian selepas ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination, di kementeriannya, hari ini.

IJN adalah sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan. Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar di bawah Akta 586.

Sebelum ini, Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib yang dimasukkan ke HKL sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah itu berkemungkinan akan dirujuk ke IJN.

Tambah Khairy, dua mesyuarat konsultasi turut diadakan bersama keluarga Najib yang disertai Datin Rosmah Mansor.

"Saya sebenarnya tidak mahu beri maklumat lanjut, tetapi ia menjadi isu umum, jadi saya kena jawab untuk menjaga integriti KKM," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya akan memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua banduan yang memerlukan rawatan dan bukan hanya kepada Najib semata-mata.

"Kami akan beri rawatan yang terbaik kepada banduan, kerana ia adalah tanggungjawab dan tugas KKM," katanya.

Mengenai dakwaan pertukaran ubat yang diberikan kepada Najib, Khairy berkata, formula ubat yang diberikan oleh HKL adalah sama cuma jenamanya berbeza.

"Ubatnya sama (cuma) dulu ia dibeli di hospital swasta, bila (menerima rawatan) di HKL, kita ada ubat-ubatan di hospital kerajaan yang turut mempunyai formula yang sama macam ubatnya sebelum ini.

"Contohnya, macam panadol, kita ada ubat lain macam paracetamol (PCM) yang fungsinya sama. Jadi tuduhan yang kata ubat ditukar itu adalah tidak tepat," katanya.

Terdahulu, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/najib-kekal-dirawat-di-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tidak Akan Dihantar Ke Ijn Kerana Banduan Hanya Akan Dirawat Di Hospital Kerajaan

Najib Tidak Akan Dihantar Ke Ijn Kerana Banduan Hanya Akan Dirawat Di Hospital Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 174 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan Datuk Seri Najib Razak tidak akan dihantar ke Institut Jantung Negara sebaliknya beliau akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur Menur...
Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 262 hits
Berikut adalah sebahagian dari Perkara 48 yang dipetik dari Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan tentang kriteria yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Tertakluk kepada peruntukan Perkara ...
Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 253 hits
September 12 2022 PETALING JAYA Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran daripada Najib Razak dan Rosmah Mansor Dalam kenyataan Setiausaha Kerajaan Selangor Haris Kasim berkata penarikan balik itu berkuat kuasa 12 Sept
Shafee Kata Najib Tidak Lagi Ceria Seperti Sebelum Ini

Shafee Kata Najib Tidak Lagi Ceria Seperti Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 235 hits
gemilangdaily com FATIMAH ZAHRAShafee kata Najib tidak lagi ceria seperti sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini kata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berh...
Kj Bakal Pm Masa Depan Beliau Mesti Kekal Di Rembau Tok Mat Yang Patut Cari Kawasan Lain

Kj Bakal Pm Masa Depan Beliau Mesti Kekal Di Rembau Tok Mat Yang Patut Cari Kawasan Lain

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 275 hits
Sejak Khairy Jamaluddin mendedahkan tentang beliau telah diminta menyerahkan kerusi Parlimen Rembau yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kepada Mohamad Hasan seluruh kecenderungan nampaknya bersetuju dengan keperluannya berpindah ke kaw...
Najib Dirujuk Ke Hospital Lagi

Najib Dirujuk Ke Hospital Lagi

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 347 hits
Media melaporkan pada 4 September lalu Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur Pegawai Khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata bekas Perdana Men...
Najib Masuk Hospital Perbicaraan 1mdb Ditangguh

Najib Masuk Hospital Perbicaraan 1mdb Ditangguh

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 216 hits
malaysiakini comNajib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam kerana menghadapi masalah kesihatan ekoran tekanan darah Oleh itu perbicaraan rasuah 1MDB RM2 28 bilion membabitkan bekas perdana menteri itu pagi ini telah dikosongkan...
Kemalangan Maut Babitkan Jurutera Elektrik Pemandu Lori Tangki Direman

Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Rusuhan Indonesia Tiga Terbunuh Dalam Kebakaran Di Makassar

Hael Husaini Feat Nadeera Peluk Chord

Cipta Bebola Kentang Inti Ayam Yang Menggoda Lebih Power Dari Menu Restoran Segera

Nabila Maharani Amanah Cinta Chord

Kerajaan Pertimbang Bantuan Tambahan Rm100 Sekali Beri Untuk Mahasiswa Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Teknologi Ringkas Tapi Efisien Untuk Work From Home

Kadang Yang Simple Tu Lagi Bermakna

Speed Read A Moto Guzzi V7 Scrambler From Australia And More

Villa Longlai Di Laman Sendiri

Bab 9 September 2025

Selagi Ada Suara