Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi


 
Walaupun beberapa pemimpin utama UMNO, terutama Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sudah kerapkali mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra berjumlah RM10 ribu daripada KWSP, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akhirnya bertegas menolak perkara tersebut.
Sebelum ini, desakan yang sama telah beberapa kali diutarakan kepada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, namun beliau juga turut menolaknya.
Ketika banjir melanda sekarang ini di mana ramai yang terkesan dengan rumah tenggelam, perabot musnah dan macam-macam kesengsaraan lain lagi yang dihadapi, tuntutan terhadap i-Citra itu semakin kuat dan ia dirasakan suatu keperluan yang tidak boleh diabaikan begitu saja.
Namun, dengan menolak tuntutan tersebut dan sepertinya ini adalah keputusan yang muktamad kerajaan, Ismail Sabri nampaknya lebih mendengar nasihat Tengku Zafrul berbanding melayan permintaan UMNO.
Agaknya Ismail Sabri fikir, yang meletakkannya sebagai Perdana Menteri ialah Tengku Zafrul dan bukannya UMNO!!
Dalam menolak tuntutan i-Citra itu, Ismail Sabri berhujah, kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir.
“Kalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium tak perlu bayar setahun.
“Bank seperti BSN juga ada beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan keperluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya lagi.
Ternampak dalam hal ini, Ismail Sabri tidak begitu faham kesusahan yang rakyat sedang alami sekarang.
Membenarkan pengeluaran i-Citra bermakna rakyat menggunakan wang simpanan atau caruman mereka sendiri dalam KWSP untuk keperluan yang sedang mendesak ketika ini.
Meski difahami, caruman KWSP adalah simpanan untuk hari tua, tetapi apa guna ia disimpan begitu saja jika di ketika belum tua lagi mereka sudah susah dan hampir nak mati meneruskan kehidupan?










Bukankah lebih baik caruman yang sepatutnya untuk hari tua itu digunakan sebahagiannya dahulu untuk menampung masalah kehidupan yang sedang melanda sewaktu belum tua?
Lagi pula, bagi mereka yang bekerja, mereka akan terus mencarum lagi dalam KWSP sehingga berusia 55 tahun, walaupun setelah dibenarkan mengeluarkan wang RM10 ribu.
Akhirnya, wang RM10 ribu akan terganti dengan sendirinya.
Jadi, apa masalahnya?
Berbanding idea menggalakkan rakyat meminjam dengan TEKUN atau BSN, juga dengan jumlah RM10 ribu, meski tanpa faedah tetapi jumlah RM10 ribu yang dipinjam itu tetap perlu dibayar.
Sudahlah rakyat sekarang dalam kesusahan akibat banjir, cerdikkah kita ada Perdana Menteri yang menyuruh mereka menambah hutang lagi?
Di mana pertimbangan Ismail Sabri dalam ini?
Janganlah beliau ingat bantuan RM1000 yang diumumkannya kepada mangsa banjir sebelum ini mencukupi untuk mangsa banjir membina semula kehidupan, membaiki rumah, mengganti perabot, peralatan letrik dan macam-macam hal yang lain.
Kalau dibenar mengeluarkan RM10 ribu daripada KWSP itu, setidak-tidaknya bernafaslah juga mereka untuk hidup selepas ini.
Tetapi, kalau meminjam dengan TEKUN atau BSN, selain pelbagai hutang sedia ada tetap menunggu, kini ditambah lagi dengan hutang baru yang akan terus membebankan kehidupan rakyat, bukan saja lebih lama, malah mungkin selama-lamanya.
Perdana Menteri jenis apa yang kita ada ini sebenarnya? – ShahbudinHusin 27/12/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/walau-rakyat-derita-akibat-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 224 hits
Hanya melalui bencana banjir yang diturunkan Tuhan dengan paling teruk di Selangor segala kelemahan Perdana Menteri dan ketidakmampuannya mengurus kerajaan akhirnya terserlah dengan sendirinya Dengan banjir yang melanda itu Ismail Sabri Yaa...
Kerajaan Umum Pelbagai Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir Ismail Sabri

Kerajaan Umum Pelbagai Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 365 hits
Oleh Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian banjir disekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN mengumumkan beberapa lagi bantuan dan peruntukan tambahan bagi membantu mangsa mangsa banjir yang di beberapa ...
Pemilihan Umno Mungkin Lebih Awal Jika Ismail Sabri Enggan Bubar Parlimen

Pemilihan Umno Mungkin Lebih Awal Jika Ismail Sabri Enggan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 235 hits
agendaily com15 12 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum diadakan be...
Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 209 hits
Rakyat mahu melihat tindakan segera untuk mengatasi bencana banjir tetapi itu tidak berlaku menurut penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menggesa kerajaan segera meminta maaf kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasinya menan...
Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 335 hits
Ramai yang mengeluh dan menuding jari pada kerajaan berhubung kelembapan bertindak awal terhadap mangsa dan situasi banjir Apakah jabatan kajicuaca gagal memberi amaran awal atau Menteri Dan pM sendiri sebok dan fokus pada kerusi politik ma...
Mereka Lebih Mermerlukan Dari Saya Anak Vivy Yusuf Derma Rm220 Untuk M4ngsa Banjir

Mereka Lebih Mermerlukan Dari Saya Anak Vivy Yusuf Derma Rm220 Untuk M4ngsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 312 hits
PETALING JAYA Kejadian bencana banjir yang berlaku di Malaysia telah mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam menghulurkan bantuan kepada m4ngsa terlibat Tragedi tersebut turut memberi kesan kepada u...
Wibawa Politik Ismail Sabri Kuyup Dek Banjir

Wibawa Politik Ismail Sabri Kuyup Dek Banjir

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 226 hits
Banjir yang melanda negara minggu lalu bukan sahaja mewariskan beribu tan sampah sarap yang mampu menularkan pelbagai penyakit malah ia boleh menjerumuskan negara ke dalam krisis politik yang melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap pemerint...
Pru 15 Dahulu Atau Pemilihan Umno Ismail Sabri Dakwa Beliau Lebih Selesa Berdiam Diri

Pru 15 Dahulu Atau Pemilihan Umno Ismail Sabri Dakwa Beliau Lebih Selesa Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 251 hits
BERA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau lebih selesa untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai sama ada pemilihan UMNO atau Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan terlebih dahulu walaupun beliau selaku Perdana M...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt