Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir


 
Rakyat mahu melihat tindakan segera untuk mengatasi bencana banjir, tetapi itu tidak berlaku, menurut penganalisis.PETALING JAYA: Penganalisis menggesa kerajaan segera meminta maaf kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasinya menangani bencana banjir baru-baru ini kerana semakin ramai percaya ia tidak ambil berat nasib orang kebanyakan.
“Ini yang sedang dijaja di media sosial dan ramai yang nampaknya makin percaya,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia.
Antara perkara yang mendorong rakyat beranggapan kerajaan tidak mengambil berat adalah sikap dan kelakuan anggotanya sendiri, meskipun 47 orang maut dan ribuan terjejas teruk.
“Rakyat nak tengok tindakan segera tapi itu tak berlaku dan tak nampak pun. Yang ada adalah percakaran sesama sendiri, contohnya Umno dan Bersatu yang sama-sama memerintah.
“Parlimen lagilah. Bila nak bahas isu banjir, dia (kerajaan) tak nak. Latiff Ahmad yang NADMA itu pun tak ada menunjukkan rasa bersalah. Kita tak ada pun dengar mana-mana orang nak letak jawatan.”
Beliau berkata, sikap dan kelakuan seperti itu seolah-olah pemerintah “tidak ada perasaan”.
“Ada siapa-siapa berasa bersalah? Sepatutnya kerajaan buat satu kenyataan maaf secara rasmi atau kalau kerajaan tak nak mengaku bersalah, Parlimen pun boleh keluarkan kenyataan maaf. Tapi lebih utama kerajaan sebagai pemegang kuasa eksekutif yang lakukan – bagi menunjukkan rasa kebertanggungjawaban.”
“Benda seperti ini menawan hati rakyat tapi (itu pun) mereka tak boleh buat…apa perasan kita sebagai rakyat? Mereka ini nak membela siapa?” katanya.
Fauzi mengingatkan negara “sudah pun kelam-kabut” walaupun bencana yang melanda tempoh hari tidak seteruk di negara jiran.
“Kerajaan kita sangat tidak cekap,” katanya.
Beliau menarik perhatian kepada kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang dilaporkan berkata, Malaysia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
“Itu terbukti silap. Tuan Ibrahim boleh sahaja tarik balik kenyataan itu dan minta maaf,” katanya.
Fauzi menambah Tuan Ibrahim perlu berada di barisan depan berkenaan isu alam sekitar.
“Ini patut jadi isu besar kementerian dia, tak kira beliau kena Covid-19 atau tidak. Kalau pun dia bukan pakar, pembantu dia banyak yang pakar air. Takkan tak boleh bagi laporan pada dia?”
Berkenaan persepsi rakyat terhadap kerajaan ketika ini, Fauzi menyarankan supaya Pejabat Perdana Menteri berhubung secara langsung dengan mangsa bencana.
“Utus surat peribadi bertandatangan Perdana Menteri dengan janji akan memperbaiki penyampaian khidmat pascabencana kepada semua keluarga hingga kehidupan mereka pulih. Sertakan nombor untuk mangsa berhubung terus dengan pegawai yang dipertanggungjawabkan.
“Tidak susah rasanya untuk mendapatkan alamat dan nama ketua keluarga yang terlibat daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/rakyat-derita-mana-rasa-bersalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Balas Jasa Rakyat Malaysia Bapa Ainul Mardhiah Tekad Bantu Mangsa Banjir

Balas Jasa Rakyat Malaysia Bapa Ainul Mardhiah Tekad Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 287 hits
Masih ingat kisah adik Ainul Mardhiah bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan menjalani rawatan pembedahan di London pada tahun 2019 Kini alhamdulillah Ainul dah semakin sihat dan membesar seperti kanak kanak lain Disebabkan kepriha...
Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh FAZLI RADZI December 24 2021Tidak hanya mengecam menteri dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang lembap membantu mangsa banjir rakyat dalam masa sama sepakat menyebarkan pertolongan melalui tanda pagar BantuanBanjirTanda pagar BantuanB...
Menteri Mana Sedang Bercuti Ketika Rakyat Derita Bah Besar

Menteri Mana Sedang Bercuti Ketika Rakyat Derita Bah Besar

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 353 hits
FAZLI RADZIAhli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil melontarkan pertanyaan kepada Perdana Menteri susulan arahan supaya Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti membatalkan percutian masing masing YAB PM boleh tolong ...
Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 289 hits
Saifulannuar mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjirNGO pro reformasi RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras Selango...
Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 386 hits
Walaupun beberapa pemimpin utama UMNO terutama Ahmad Zahid Hamidi Najib Razak dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah kerapkali mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu daripada KWSP Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob...
Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 206 hits
Pakatan Harapan Johor menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang memberi bayangan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri berikutan majoriti tipis kerajaan BN PN di Johor selepas pemergian ADUN Kempas baru baru ini Menurut pimpi...
Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 308 hits
FAZLI RADZISeorang mangsa banjir di Hulu Langat Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terpe...
Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 355 hits
Beberapa NGO reformasi tidak ketinggalan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Selangor Pada 24 dan 25 Disember lalu NGO Rapat Rakyat bersama Gabungan Reformis Malaysia menghulurkan bantuan berupa makanan bermasak kepada mangsa mangsa ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy