Waktu Terbaik Memasuki Saf Solat Jemaah Jika Lewat Hadir Ke Masjid



Soalan:
Saya hadir lewat untuk solat berjemaah ketika imam sedang sujud bersama jemaah lain. Adakah saya perlu terus mengangkat takbir dan bersujud bersama imam atau menunggu imam bangun untuk rakaat seterusnya?

Jawapan:
Salah satu syarat mengerjakan solat berjemaah ialah makmum wajib mengikuti imam dalam setiap perbuatannya di dalam solat. Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ اْلإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا، وَإِذَا قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، فَقُولُوا: "رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ"، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Jika dia bertakbir, maka hendaklah kamu mengikutinya bertakbir, jika dia melakukan rukuk, maka hendaklah kamu mengikutinya rukuk, jika dia bangkit (dari rukuk), maka hendaklah kamu bangkit dan jika dia membaca: (سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ), maka hendaklah kamu membaca: (رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ) dan jika dia sujud, maka hendaklah kamu sujud mengikutinya.” [Riwayat al-Bukhari (733) dan Muslim (411)]

Terdapat beberapa hadis Nabi SAW yang boleh dijadikan panduan buat kita bagi menjawab persoalan yang telah diajukan kepada kami ini, antaranya:

إذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الصَّلَاةَ، وَالْإِمَامُ عَلَى حَالٍ فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الْإِمَامُ
“Jika salah seorang daripada kamu datang untuk menunaikan solat dan imam dalam keadaan tertentu, maka laksanakalah perbuatan seperti yang sedang dilaksanakan oleh imam.” [Riwayat at-Tirmidzi (591)]

Al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah menghukum sanad hadith ini lemah dan terputus, Imam asy-Syaukani Rahimahullah pula mengatakan pada hadis ini ada kelemahan tetapi mempunyai Syawahid daripada hadith lain yang menguatkannya. [Rujuk at-Talkhis al-Hibir (2/546), Nail al-Authar (3/182)]

Sheikh al-Mubarakfuri Rahimahullah telah mensyarahkan hadith ini dengan berkata:
‘فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الْإِمَامُ’
“Maka ikutilah imam mengikut keadaannya ketika itu sama ada dalam keadaan berdiri atau rukuk atau selain daripadanya, dan jangan menunggu imam bangun (untuk rakaat seterusnya) sepertimana yang dilakukan oleh orang awam.” [Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi (3/162)]

Al-Qadhi Husain al-Maghrabi Rahimahullah telah berkata: “Hadith ini menjadi dalil sahnya untuk masuk solat bersama imam pada mana-mana bahagian dalam solat, bahkan disyariatkan untuk berbuat demikian yang mana arahan dalam hadith ini paling kurang ia membawa kepada hukum sunat. Jika imam dalam keadaan sujud atau duduk, Imam asy-Syafi’e dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa hendaklah sujud atau duduk bersama imam, tetapi tidak dikira rakaat tersebut sebagai satu rakaat yang sempurna.” [Rujuk Badr al-Tamam Syarh Bulugh al-Maram (3/364), al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/100), al-Binayah Syarh al-Hidayah (1/72)]

Imam asy-Syaukani Rahimahullah telah berkata: “Pada hadith ini, disyariatkan padanya untuk mengikuti imam pada mana-mana sahaja bahagian daripada perbuatan dalam solat, tanpa membezakan sama dalam keadaan rukuk, sujud dan duduk, berdasarkan zahir hadith: وَالْإِمَامُ عَلَى حَال
Hadith ini walaupun terdapat padanya kelemahan sepertimana yang telah dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajar, tetapi ia mempunyai syawahid yang menguatkannya daripada riwayat Ahmad, Abu Daud, ibn Abi Syaibah, dan Sa’id bin Mansur.” [Rujuk Nail al-Authar (3/182)]

Hadis lain yang menguatkan hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:

إِذَا سَمِعْتُمُ الإقَامَةَ، فَامْشُوا إلى الصَّلَاةِ وعلَيْكُم بالسَّكِينَةِ والوَقَارِ، ولَا تُسْرِعُوا، فَما أدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا، وما فَاتَكُمْ فأتِمُّوا
“Jika kamu mendengar iqamah, maka bersegeralah untuk menunaikan solat, dan hendaklah kamu pergi menunaikan solat dalam keadaan yang tenang, dan janganlah tergesa-gesa. Apa yang kamu sempat dengan imam, maka tunaikanlah solat tersebut bersama imam, apa yang kamu tidak sempat dengan imam, maka sempurnakanlah.” [Riwayat al-Bukhari (636)]


Al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Hadis ini menjadi dalil bahawa sunat untuk masuk solat mengikuti imam dalam apa jua keadaan imam ketika itu.” [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/118)]

Al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga ada meriwayatkan sebuah hadis dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/314):

مَنْ وجَدَنِي قائِمًا أوْ رَاكِعًا أو ساجدًا فليكُنْ معِي علَى الحالِ التِي أنَا عليْهَا
“Sesiapa yang mendapati aku dalam keadaan berdiri atau rukuk atau sujud, maka ikutilah aku dalam apa jua keadaan aku ketika itu.”

Al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Diriwayatkan hadith ini dengan sanad yang lemah dan terdapat jalan-jalan lain yang menguatkannya.” [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/314)]

Sheikh ‘Atiyyah Salim Rahimahullah telah berkata: “Jika seseorang itu datang dan imam sedang rukuk, maka hendaklah dia mengangkat takbiratul ihram dan rukuk bersama imam, begitu jugalah keadaannya jika imam sedang sujud, duduk antara dua sujud atau duduk membaca tasyahhud yang mana dalam semua keadaan ini hendaklah masuk mengikut keadaan imam ketika itu. Janganlah berdiri menunggu imam sehingga imam bangun untuk rakaat seterusnya dan kemudian barulah mengangkat takbir untuk mengikuti imam.” [Rujuk Syarh Bulugh al-Maram (7/91)]

Namun begitu, jika seseorang itu masuk ketika imam sudah bangun daripada rukuk atau ketika imam sujud atau duduk di antara dua sujud, atau duduk tahiyyat, maka rakaat yang dimasukinya ketika itu tidak dikira sebagai satu rakaat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

إذا جئتم إلى الصلاة ونحن سجود فاسجدوا ولا تعدوها شيئا ومن أدرك الركعة فقد أدرك الصلاة
“Jika kamu tiba untuk menunaikan solat, dan kami sedang sujud, maka teruslah melakukan sujud dan tidak dikira daripadanya sesuatu. Sesiapa yang memperolehi satu rakaat, maka dia memperolehi solat tersebut.” [Riwayat Abu Daud (893)]

Imam al-Bukhari rahimahullah mengatakan pada sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Yahya bin Abi Sulaiman yang merupakan munkar hadith. Syeikh Syu’aib al-Arna’outh Rahimahullah menghukum sanad hadith ini lemah. [Rujuk Khair al-Kalam fi Qira’ati Khalfa al-Imam (hlm.59), Takhrij Sunan Abi Daud (2/167)]

Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah telah berkata: “Jika seseorang itu sempat rukuk bersama imam dalam keadaan yang yakin sebelum imam bangun daripada rukuk, maka dia memperolehi rakaat tersebut. Jika seseorang itu sempat bersama imam pada waktu imam melakukan i’tidal atau selepasnya, maka ikutilah imam mengikut keadaanya ketika itu.” [Rujuk al-Iqna’ fi Halli Alfaazi Abi Syuja’ (1/170)]

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa cara yang terbaik bagi seseorang yang hadir lewat untuk solat berjemaah mengikut imam adalah terus masuk ke dalam jemaah dan memulakan solat mengikut keadaan imam ketika itu, tanpa perlu menunggu untuk mengangkat takbiratul ihram apabila imam bangun pada rakaat seterusnya.

Adapun jika seseorang itu menunggu sehingga imam bangun pada rakaat seterusnya untuk mengangkat takbiratul ihram, hukumnya adalah harus, cuma ia merupakan satu perbuatan yang khilaf aula (menyalahi apa yang lebih utama daripadanya).

Jika seseorang itu masuk ke dalam jemaah ketika imam sedang berdiri atau rukuk (sempat rukuk bersama imam), maka dia memperolehi rakaat tersebut. Jika dia masuk ketika imam sudah bangun daripada rukuk, sujud, duduk antara dua sujud atau dalam keadaan duduk tahiyyat, maka rakaat tersebut tidak dikira sebagai satu rakaat yang sempurna.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/waktu-terbaik-memasuki-saf-solat-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Menghentikan Solat Berjemaah Di Surau Surau Supaya Jemaah Solat Di Masjid

Bolehkah Menghentikan Solat Berjemaah Di Surau Surau Supaya Jemaah Solat Di Masjid

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 358 hits
Soalan Di tempat saya ada sebuah masjid Masyarakat di sekitar yang lebih hampir dengan masjid akan solat berjemaah di masjid Di sekitar masjid itu juga terdapat beberapa buah surau yang jaraknya lebih kurang 1km Semua surau ini berfungsi de...
Kesal Disindir Jemaah Masjid Kembalikan Karpet Sumbangan Caleg Nasdem Malut

Kesal Disindir Jemaah Masjid Kembalikan Karpet Sumbangan Caleg Nasdem Malut

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 262 hits
Badan Pengawas Pemliihan Umum Maluku Utara akan mengusut dugaan transaksi politik uang legislator Partai Nasional Demokrat Ahmad Hatari yang membagikan karpet di masjid Nurul Bahar Tomalou Kota Tidore Kepulauan
Kesibukan Di Set Pengambaran Tak Halang Krew Produksi Js Picture Tunaikan Solat Jemaah

Kesibukan Di Set Pengambaran Tak Halang Krew Produksi Js Picture Tunaikan Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 307 hits
Kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya Justeru itu apa jua keadaan sekalipun wajib untuk kita ...
Prabowo Sujud Syukur Bersama Jemaah Salat Jumat Masjid Agung Al Azhar

Prabowo Sujud Syukur Bersama Jemaah Salat Jumat Masjid Agung Al Azhar

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 254 hits
Selesai sujud syukur langsung geser ke Kertanegara untuk menghadiri acara syukuran deklarasi klaim kemenangannya
Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik

Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 549 hits
Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik
Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat

Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 393 hits
Soalan Apakah hukum seseorang itu tidur selepas masuknya waktu solat Contohnya seseorang itu tidur pada pukul 2 30 petang tanpa menunaikan solat zohor terlebih dahulu Jawapan Tidur merupakan satu perkara lumrah bagi seorang manusia yang nor...
Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 334 hits
Soalan Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah yang mana patut didahulukan Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat sunat Tahiyatul Masjid ...
Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 297 hits
Biad ap Zionis tukarkan masjid bersejarah Palestin jadi pusat hibu ran tidak benarkan solat Masjid Al Ahmar yang sebelum ini dikenali sebagai antara masjid yang bersejarah terletak di bandar raya safed utara Palestin Namun selepas pencerobo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon