Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat



Soalan:
Apakah hukum seseorang itu tidur selepas masuknya waktu solat? Contohnya seseorang itu tidur pada pukul 2.30 petang tanpa menunaikan solat zohor terlebih dahulu.

Jawapan:
Tidur merupakan satu perkara lumrah bagi seorang manusia yang normal. Tidur yang cukup diperlukan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti harian selain daripada makan dan minum. Tidur juga tidak lari daripada hukum taklif yang lima, iaitu harus, wajib, sunat, haram dan makruh. Ia bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu. [Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (42/17)]

Mengenai hukum tidur selepas masuknya waktu solat fardhu dan sebelum menunaikan solat tersebut, suka untuk kami nukilkan perkara ini daripada Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah:

وَإِنْ نَامَ بَعْدَ دُخُولِ الْوَقْتِ، فَإِنْ غَلَبَ عَلَى ظَنِّهِ الِاسْتِيقَاظُ قَبْلَ خُرُوجِ الْوَقْتِ فَلَا إثْمَ عَلَيْهِ أَيْضًا وَإِنْ خَرَجَ الْوَقْتُ لَكِنَّهُ يُكْرَهُ لَهُ ذَلِكَ إلَّا إنْ غَلَبَهُ النَّوْمُ بِحَيْثُ لَا يَسْتَطِيعُ دَفْعَهُ، وَإِنْ لَمْ يَغْلِبْ عَلَى ظَنِّهِ الِاسْتِيقَاظُ أَثِمَ وَيَجِبُ عَلَى مَنْ عَلِمَ بِحَالِهِ إيقَاظُهُ حِينَئِذٍ
“Jika seseorang itu tidur selepas masuknya waktu solat dan kuat sangkaanya bahawa dia akan bangun sebelum keluarnya waktu solat, maka tidak berdosa baginya walaupun terkeluar daripada waktu solat disebabkan tidur (yang dibina atas sangkaan bahawa dia mampu untuk bangun sebelum keluarnya waktu solat), tetapi hukumnya adalah makruh kecuali jika seseorang itu sangat mengantuk dan dia tidak dapat mengatasi rasa mengantuknya itu. Jika seseorang itu tidak mempunyai sangkaan yang kuat bahawa dia mampu bangun untuk menunaikan solat (jika tidur selepas masuknya waktu solat), maka dia berdosa dan wajib bagi sesiapa yang mengetahui keadaannya untuk mengejutnya pada waktu itu.” [Rujuk Tuhfat al-Muhtaj (2/407)]

Kami juga menukilkan perkara seumpama ini daripada Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari Rahimahullah mengenai masalah tidur selepas masuknya waktu solat:

يكره النوم بعد دخول وقت الصلاة وقبل فعلها حيث ظن الاستيقاظ قبل ضيقه لعادة أو لإيقاظ غيره له وإلا حرم النوم الذي لم يغلب في الوقت
“Makruh untuk tidur selepas masuknya waktu solat dan sebelum menunaikan solat tersebut jika dia mempunyai sangkaan pada kebiasaanya dia akan bangun sebelum habisnya waktu atau dikejutkan oleh orang lain. Jika tidak, haram baginya untuk tidur (tidur yang menyebabkannya terlepas waktu solat).” [Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrat al-‘Ain bi Muhimmat al-Din (1/89)]




Imam Muhammad Nawawi al-Jawi Rahimahullah juga ada membincangkan mengenai hukum tidur selepas masuknya waktu solat. Kami nukilkan sebahagian daripadanya di sini:

“Adapun tidur selepas masuknya waktu solat, jika dia mengetahui akan terlepas waktu solat disebabkan tidur tersebut, maka haram baginya untuk tidur dan dia melakukan dua dosa, iaitu dosa disebabkan meninggalkan solat dan dosa disebabkan tidur. Jika dia bangun sebelum habisnya waktu solat yang mana berbeza dengan sangkaan awalnya, maka dia tidak berdosa disebabkan meninggalkan solat, namun dia tetap berdosa kerana tidur, maka dosa tidur tadi tidak terangkat melainkan dengan beristighfar.

Jika kuat sangkaanya bahawa dia akan bangun sebelum keluarnya waktu solat, maka tidak berdosa baginya walaupun terkeluar daripada waktu solat disebabkan tidur (yang dibina atas sangkaan bahawa dia mampu untuk bangun sebelum keluarnya waktu solat), tetapi hukumnya adalah makruh kecuali jika seseorang itu sangat mengantuk dan dia tidak dapat mengatasi rasa mengantuknya itu.” [Rujuk Kasyifah as-Saja Syarh Safinah an-Naja (hlm. 191)]

Asas kepada hukum ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW:

ليس في النَّومِ تفريطٌ إنَّما التَّفريطُ على مَن لم يُصَلِّ الصَّلاةَ حتَّى يجيءَ وقتُ صلاةٍ أخرى
“Tidaklah tidur itu sia-sia, sesungguhnya yang sia-sia itu adalah sesiapa yang tidak menunaikan solat sehingga datangnya waktu solat lain.” [Riwayat ibn Hibban (1460), Syeikh Syuaib al-Arnout menghukumnya sahih atas syarat Imam Muslim]

Kesimpulan

Makruh untuk tidur selepas masuknya waktu solat sebelum menunaikan solat tersebut jika dia yakin mampu untuk bangun sebelum habisnya waktu solat tersebut. Jika dia tidak yakin mampu untuk bangun sebelum habisnya waktu solat tersebut, maka haram baginya untuk tidur sehinggalah menunaikan solat tersebut.

Jika seseorang itu mahu tidur sebentar disebabkan keadaan tertentu seperti terlalu letih dan mengantuk, maka diharuskan untuknya tidur sebentar tetapi dengan syarat berusaha untuk bangun selepas itu seperti mengunci jam loceng di telefon bimbit dan sebagainya, atau meminta ahli keluarga dan rakan-rakan mengejutkannya pada waktu tertentu selepas seseorang itu masuk tidur.

Namun begitu, kami ingin menegaskan bahawa yang terbaik adalah menunaikan kewajipan solat terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkara-perkara lain, termasuk tidur dan sebagainya.

سُئلَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أيُّ الأعمالِ أفضَلُ؟ قال: الصلاةُ في أوَّلِ وَقتِها
Rasulullah SAW telah ditanya: “Apakah amalan yang paling utama?” Nabi SAW bersabda: “Solat di awal waktu.” [Riwayat Abu Daud (426), Syeikh Syuaib al-Arnout mengatakan sanadnya lemah]

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-tidur-selepas-masuknya-waktu-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdoa Bersama Selepas Solat Fardhu

Berdoa Bersama Selepas Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 383 hits
Soalan Apakah hukum berdoa selepas solat lima waktu Dan apakah hukumnya berdoa secara berjemaah selepas selesai solat fardhu dimana imam membacakan doa dan para makmum mengaminkannya Jawapan KELEBIHAN BERDOA SELEPAS SOLAT FARDHUAntara tempa...
Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 339 hits
Soalan Apa Hukum Ilzaq ketika solat berjemaah Adakah ia sunnah Nabi Muhammad SAW Jawapan Solat adalah ibadah yang disyariatkan kepada setiap Muslim untuk dilakukan sama ada berseorangan atau secara berjemaah sepertimana yang dianjurkan oleh...
Bolehkah Solat Ba Diyah Selepas Tempoh Yang Lama Selepas Solat Fardhu

Bolehkah Solat Ba Diyah Selepas Tempoh Yang Lama Selepas Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 322 hits
Soalan Bolehkah solat sunat ba diyah Isyak dilakukan selepas zikir dan majlis tahlil Adakah masih dikatakan sunat ba diyah Jawapan Solat ba diyah Isyak ini merupakan sebahagian dari solat rawatib yang mu akkad Daripada Ibnu Umar R Anhuma di...
12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu

12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 2051 hits
12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat 5 waktu Salam semua baru baru ini di youtube ada terpandang tajuk video pasal confession sebab dah lama tak solat bertahun Muka beliau memang familiar sebab masuk tv Selalunya kalau buka youtube m...
Bila Anak Tidur Tenunglah Wajah Mereka Waktu Itulah Gugurnya Air Mata Seorang Ibu Kerana Terasa Diri Tidak Sempurna

Bila Anak Tidur Tenunglah Wajah Mereka Waktu Itulah Gugurnya Air Mata Seorang Ibu Kerana Terasa Diri Tidak Sempurna

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 470 hits
Mama baring atas katil sambil tengok awak lena Kamu dah tidur beberapa jam yang lalu itulah yang kita berdua perlukan Hari ni bukanlah hari yang mudah untuk kita Waktu kita makan tadi Mama kira jam untuk sampai waktu tidur Mama berkira kira...
Sakit Kepala Bila Bangun Tidur Pada Waktu Pagi Meh Baca Apa Sebabnya

Sakit Kepala Bila Bangun Tidur Pada Waktu Pagi Meh Baca Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 465 hits
Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi Meh baca apa sebabnya Assalamualaikum wbt Gaiss cikla nak tanya Korang selalu tak kena sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi Korang nak tau apa sebab korang boleh kena camtu Kalo nak t...
Ibu Pakai Baju Tidur Serba Putih Untuk Dahlia Luahan Sebak Ibu Kehilangan Bayi Selepas 56 Hari

Ibu Pakai Baju Tidur Serba Putih Untuk Dahlia Luahan Sebak Ibu Kehilangan Bayi Selepas 56 Hari

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 645 hits
Ibu Pakai Baju Tidur Serba Putih Untuk Dahlia Luahan Sebak Ibu Kehilangan Bayi Selepas 56 Hari Siapa tidak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan pergi terlebih dahulu sebelum ibu bapanya Dhalia Nur Imanni yang baru berusia 56 hari disah...
Hukum Puasa Selepas Separuh Bulan Syaban

Hukum Puasa Selepas Separuh Bulan Syaban

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 663 hits
Berkenaan isu yang akan dibincangkan adalah satu isu yang penting yang sering menjadi persoalan dan perbincangan oleh sebahagian individu apabila menghampiri bulan Ramadhan Untuk itu Irsyad al Hadith pada kali ini akan membincangkan berkait...
Hadith Palsu Berkaitan Solat 5 Waktu

Hadith Palsu Berkaitan Solat 5 Waktu

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 335 hits
Soalan Apakah status hadith ini Meninggalkan satu kali solat Subuh akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia Meninggalkan satu kali solat Zohor dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam Menin...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat