Bolehkah Menghentikan Solat Berjemaah Di Surau Surau Supaya Jemaah Solat Di Masjid



Soalan:
Di tempat saya ada sebuah masjid. Masyarakat di sekitar yang lebih hampir dengan masjid akan solat berjemaah di masjid. Di sekitar masjid itu juga terdapat beberapa buah surau yang jaraknya lebih kurang 1km. Semua surau ini berfungsi dengan baik dengan ada imam dan bilal yang bertugas serta jemaah seramai 15-20 orang.

Baru-baru ini ada cadangan supaya semua jemaah hendaklah melaksanakan solat berjemaah di masjid sahaja, maka tiada lagi solat berjemaah di surau-surau tadi. Soalannya, wajarkah surau-surau ini menghentikan solat berjemaah, kerana tanpa solat jemaah tentunya lama-kelamaan ia akan terbiar begitu sahaja. Mengikut pandangan Islam, mana yang lebih dituntut dan bermanfaat untuk masyarakat? Terima kasih.

Jawapan:
Sesungguhnya masjid dan surau merupakan tempat yang perlu dimuliakan, dihormati dan dijaga sebaiknya oleh umat Islam. Allah SWT bersaksi bahawa orang yang memakmurkan rumah-rumah Allah SWT ini merupakan orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat serta mendapat petunjuk-Nya. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah: 18)

Begitu juga, Rasulullah SAW menyebutkan tentang kelebihan orang yang hatinya terikat ke masjid bahawa di akan berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yang tiada naungan lain kecuali naungan-Nya.

وَ رَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي المَسَاجِدِ
“Dan lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid (untuk melaksanakan solat berjemaah).” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk memuliakan dan meninggikan syiar-syiar Islam kerana itu merupakan kesan daripada sifat-sifat taqwa dalam hati seseorang mukmin. Firman Allah SWT:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin.” (Surah al-Taubah: 32)

Antara syiar-syiar Islam tersebut ialah masjid dan surau yang dibina di sesebuah kawasan. Bilangan masjid dan surau yang seiring dengan penambahan bilangan jemaahnya menunjukkan bahawa dakwah Islam berkembang subur di tempat tersebut. Justeru, bilangan masjid dan surau khususnya harus ditambah dan dikembangkan mengikut kepada keperluan dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri bagi memperluaskan lagi syiar Islam.

Selain itu, fungsi antara masjid dan surau adalah berbeza. Masjid menyediakan ruang solat untuk jemaah yang lebih ramai dan kemudahan yang lebih banyak. Ini seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardhawi yang menyenaraikan fungsi masjid yang pelbagai, antaranya:
Tempat tinggal bagi penuntut-penuntut ilmu seperti ruwaq-ruwaq di Masjid al-Azhar al-Syarif.Perpustakaan bagi penuntut ilmu yang menyimpan manuskrip-manuskrip lama dan tempat rujukan bagi karya-karya ulama’ seperti Maktabah Sulaimaniyyah di Istanbul, Turki yang terletak di dalam Masjid Sulaimaniyyah dan Maktabah al-Jami’ al-Azhar di Kaherah.Tempat untuk beriadah yang mampu menarik minat para pemuda untuk datang ke masjid dengan mempunyai ruang yang lapang untuk bersukan.Tempat untuk mengadakan majlis-majlis keramaian dan aktiviti kemasyarakatan serta yang seumpamanya. (Rujuk al-Qardawi.Net/Risalah_al-Masjid/30112015)

Manakala, surau pula hanya menumpukan kepada masyarakat yang berdekatan sahaja dan kemudahan yang terhad kepada menunaikan solat dan aktiviti kemasyarakatan yang kecil sahaja. Dengan itu, surau boleh dijadikan tempat untuk masyrakat berdekatan melaksanakan solat-solat fardu secara berjemaah yang tidak diganggu pelbagai program yang berlangsung.

Disamping itu juga, jika dilihat dari konteks perundangan Malaysia pula, semua masjid dan surau hendaklah berdaftar dengan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. Justeru itu, keperluan untuk mewujudkan, meneruskan operasi atau menutup mana-mana surau dan masjid adalah tertakluk kepada kuasa pemerintah. Semua perkara haruslah diambil kira dan dinilai terlebih dahulu oleh pihak berkuasa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, kami berpandangan bahawa sebarang cadangan untuk menghentikan operasi atau menutup surau perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama di negeri tersebut bagi mengelakkan apa-apa pertikaian yang akan timbul berikutan daripada perkara tersebut.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpandangan bahawa dalam situasi ini, tidak wajar dan bukanlah satu keperluan untuk menghentikan solat berjemaah di surau-surau yang berdekatan masjid dengan tujuan supaya masyarakat kesemuanya berjemaah di masjid. Ini jika seperti apa yang digambarkan oleh saudara yang bertanya bahawa surau itu beroperasi seperti biasa dan dikunjungi jemaah seramai 15-20 orang. Ini kerana bilangan surau yang banyak menunjukkan perkembangan syiar Islam di sesuatu tempat dan kita dituntut untuk memperbanyakkannya. Selain itu, jika surau-surau tidak dijalankan solat berjemaah dibimbangi ia akan terbiar dan tidak terurus.

Namun jika ada keperluan atau arahan daripada pihak berkuasa (ulil amri) untuk berbuat demikian setelah melakukan pemerhatian dan penilaian, maka tidak salah dan hendaklah masyarakat patuh kepada arahan tersebut. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih terhadap agamaNya dan memberi taufiq untuk mengamalkan syariahnya dengan sebaik mungkin. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/bolehkah-menghentikan-solat-berjemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Terbaik Memasuki Saf Solat Jemaah Jika Lewat Hadir Ke Masjid

Waktu Terbaik Memasuki Saf Solat Jemaah Jika Lewat Hadir Ke Masjid

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 352 hits
Soalan Saya hadir lewat untuk solat berjemaah ketika imam sedang sujud bersama jemaah lain Adakah saya perlu terus mengangkat takbir dan bersujud bersama imam atau menunggu imam bangun untuk rakaat seterusnya Jawapan Salah satu syarat menge...
Kesibukan Di Set Pengambaran Tak Halang Krew Produksi Js Picture Tunaikan Solat Jemaah

Kesibukan Di Set Pengambaran Tak Halang Krew Produksi Js Picture Tunaikan Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 307 hits
Kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya Justeru itu apa jua keadaan sekalipun wajib untuk kita ...
Kesal Disindir Jemaah Masjid Kembalikan Karpet Sumbangan Caleg Nasdem Malut

Kesal Disindir Jemaah Masjid Kembalikan Karpet Sumbangan Caleg Nasdem Malut

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 262 hits
Badan Pengawas Pemliihan Umum Maluku Utara akan mengusut dugaan transaksi politik uang legislator Partai Nasional Demokrat Ahmad Hatari yang membagikan karpet di masjid Nurul Bahar Tomalou Kota Tidore Kepulauan
Nampak Aidil Jaga Solat Fasha Curi2 Rakam Anak Solat Jemaah Dengan Ayah Baru Undang Sebak

Nampak Aidil Jaga Solat Fasha Curi2 Rakam Anak Solat Jemaah Dengan Ayah Baru Undang Sebak

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 698 hits
Nampak Aidil jaga solat Fasha curi2 rakam anak solat jemaah dengan ayah baru undang sebak Hanya bahagia yang ada begitulah kini sedang dikecapi oleh pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Azizi yang sentiasa terbuka berkongsi momen indah...
Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik

Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 549 hits
Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik
Prabowo Sujud Syukur Bersama Jemaah Salat Jumat Masjid Agung Al Azhar

Prabowo Sujud Syukur Bersama Jemaah Salat Jumat Masjid Agung Al Azhar

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 254 hits
Selesai sujud syukur langsung geser ke Kertanegara untuk menghadiri acara syukuran deklarasi klaim kemenangannya
Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 297 hits
Biad ap Zionis tukarkan masjid bersejarah Palestin jadi pusat hibu ran tidak benarkan solat Masjid Al Ahmar yang sebelum ini dikenali sebagai antara masjid yang bersejarah terletak di bandar raya safed utara Palestin Namun selepas pencerobo...
Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 334 hits
Soalan Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah yang mana patut didahulukan Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat sunat Tahiyatul Masjid ...
Bolehkah Solat Ba Diyah Selepas Tempoh Yang Lama Selepas Solat Fardhu

Bolehkah Solat Ba Diyah Selepas Tempoh Yang Lama Selepas Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 321 hits
Soalan Bolehkah solat sunat ba diyah Isyak dilakukan selepas zikir dan majlis tahlil Adakah masih dikatakan sunat ba diyah Jawapan Solat ba diyah Isyak ini merupakan sebahagian dari solat rawatib yang mu akkad Daripada Ibnu Umar R Anhuma di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah