Apa Yang Perlu Umno Dan Rakyat Pelajari Dari Keputusan Prn Sabah



Debaran mananti keputusan PRN Sabah 2020 sudah berakhir bila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberikan keputusan rasmi PRN Sabah awal pagi semalam

Rakyat Sabah memilih untuk memberikan mandat kepada parti-parti di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Barisan Nasional (UMNO, MCA dan PBRS), Perikatan Nasional (PPBM dan STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS)

GRS pada asalnya memperolehi majoriti mudah bila memenangi 38 kerusi DUN dengan Perikatan Nasional memenangi 17 kerusi DUN, Barisan Nasional memenangi 14 kerusi DUN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 7 kerusi DUN sebelum berjaya menarik 3 calun lain yang memenangi PRN Sabah di atas tiket Bebas dan menjadikan jumlah yang diperolehi oleh GRS adalah 41 kerusi DUN

Seperti yang ditulis oleh blogger Another Brick In Wall, keputusan PRN Sabah belum lagi berakhir walau pun SPR sudah mengeluarkan keputusan rasmi awal pagi semalam


Malah bagi admin, keputusan ini dijangka akan berubah lagi dalam masa seminggu, memandangkan usaha untuk mengenalpasti katak-katak politik sedang giat dijalankan sejak dari semalam

Pengajaran Yang Perlu Di Beri Perhatian Oleh Pemimpin UMNO

Walau pun Barisan Nasional Sabah sudah berjaya menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sabah yang bakal dibentuk atas gabungan parti yang dinamakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun perlu diakui pencapaian Barisan Nasional Sabah di dalam PRN Sabah kali ini adalah sesuatau yang amat mengecewakan

Barisan Nasional meletakkan 40 orang calun di mana calun dari UMNO seramai 31 orang, calun dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) seramai 5 orang dan MCA seramai 4 orang

Dari 40 orang calun Barisan Nasional, cuma 14 orang calun berjaya memenangi kerusi DUN Sabah dalam PRN Sabah kali ini dan kesemuanya adalah calun UMNO, manakala kesemua calun PBRS dan MCA tewas

Secara keseluruhannya, pencapaian Barisan Nasional Sabah cuma 35% sahaja, manakala pencapaian UMNO Sabah cuma 45% sahaja, manakala pencapaian PBRS dan MCA adalah 0%!!

Janganlah terlalu dibuai kegembiraan selepas berjaya menjadi sebahagian dari kerajaan negeri, tetapi kepimpinan UMNO terutamanya kepimpinan UMNO Sabah perlu membuat kajian mengapakah pencapaian kali ini jauh lebih buruk dari pencapaian di dalam PRU 14 yang lepas, sedangkan ketika itu UMNO di asak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dari parti lawan

Apakah faktor calun yang ditampilkan tidak cukup kuat aura mereka atau kerana ada unsur-unsur sabotaj sama ada dari parti gabungan dari GRS atau kita melakukan strategi yang salah di dalam kempen PRN Sabah atau kita cuma gah mempunyai calun yang ramai tetapi bertanding di kubu kuat lawan dan menyerahkan kubu kuat kita kepada sekutu kita di dalam GRS terutamanya PPBM (ini jelas bila PPBM memenangi di hampir semua kerusi yang ditandingi oleh ahli politik PPBM yang melompat dari UMNO dahulu)

Admin merasakan, sudah sampai masanya UMNO bersikap lebih tegas sama ada dengan sekutu kita di dalam Barisan Nasional, mahu pun sekutu kita di dalam Muafakat Nasional atau pun sekutu kita di dalam Perikatan Nasional

Dengan sekutu kita di dalam Barisan Nasional terutamanya MCA, janganlah hanya ghairah untuk meletakkan calun tetapi akhirnya kalah dalam pilihanraya

MCA tidak lagi boleh bergantung kepada undi penyokong UMNO untuk menang di dalam pilihanraya kerana untuk Barisan Nasional memenangi PRU 15 yang cukup untuk membentuk kerajaan sendiri tanpa ihsan dari mana-mana parti lain, MCA perlu memastikan mereka mampu mengatasi DAP di dalam menarik undi bangsa Cina

Terbukti di dalam PRU 14, MCA cuma mampu menyumbangkan hanya 1 kerusi (Parlimen Air Hitam) yang dimenangi dengan undi masyarakat Melayu, manakala di dalam PRK Parlimen Tg. Piai, tanpa sokongan dan dokongan UMNO dan PAS, tidak mungkin Wee Jeck Seng boleh menang bergaya di PRK tersebut!!

Dan terkini terbukti di dalam PRN Sabah, masyarakat Cina masih lagi menolak MCA bila MCA kalah di kesemua 4 DUN yang ditandingi, manakala DAP memenangi kesemua ^ kerusi DUN yang mereka tandingi

MCA perlu lebih serius di dalam usaha memenangi undi masyarakat Cina kerana PRU 15 dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja

Manakala di dalam Muafakat Nasional, sekiranya langkah kita sudah tidak seiringan dengan PAS, maka berpisahlah secara baik

Sikap Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hasan yang mempertikaikan secara terbuka kenyataan Presiden UMNO telah menimbulkan ketegangan di peringkat akar umbi

Sekiranya Takiyudin telah merasa selesa dengan kedudukan PAS sekarang, bersikap berani dengan menyatakannya di mesyuarat peringkat kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional dan bukannya bersikap seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!!

Contohi sikap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang kelihatan lebih tenang dan profesional

Berpegang kepada persetujuan awal, kerjasama dan sokongan Barisan Nasional terhadap Perikatan Nasional mestilah ditamatkan sebaik sahaja PRU 15 bermula

Tidak akan timbul lagi isu pembahagian kerusi, kita mesti bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen yang ada, itulah yang kita lakukan sebelum ini

Sekiranya berlaku pertembungan dengan PAS, perkara itu boleh dibincangkan dengan syarat UMNO memberi laluan kepada PAS di atas tiket PAS bersama UMNO di dalam Muafakat Nasional dan bukannya Perikatan Nasional

Benar, kita akan lebih kukuh bila bergerak secara berjemaah tetapi sekiranya kehadiran kita di dalam jemaah itu hanya untuk diperkotak-katikkan, di manakah maruah kita, maka adalah lebih baik kita bergerak sendirian kerana selama ini pun kita memang bergerak sendirian!!

Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia

Memang menjengkelkan melihat sikap katak-katak politik hanya hanya mementingkan kepentingan peribadi mereka sahaja

Kesan dari sikap mereka amatlah buruk kepada rakyat dan negara

Nasib rakyat akan terabai kerana mereka sibuk dengan urusan melompat dari satu parti ke satu parti yang lain

Manakala pemimpin-pemimpin parti politik yang mahukan mereka pula akan lebih menumpukan usaha melobi katak-katak politik ini, di mana tanggungjawab mereka kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada mereka

Matlamat mereka hanyalah untuk menubuhkan kerajaan, walau pun hanya dengan kelebihan satu atau dua kerusi sahaja

Proses ini tidak akan berakhir, malah ianya akan menjadi proses yang tiada penghujung kerana, gabungan parti politik yang berjaya ditumbangkan akan bertindak balas semula dengan cara yang sama

 Inilah yang sedang berlaku di kerajaan pusat dan perkara yang sama sedang berlaku di Sabah sekarang

Sehingga sekarang, masih lagi sibuk berurusniaga untuk membeli ADUN dan sehingga sekarang, Ketua Menteri masih belum dapat diputuskan

Jangan terkejut kalau gabungan GRS berpecah semata-mata kerana isu siapa Ketua Menteri

Kestabilan politik negara memberikan impak yang amat besar kepada kestabilan ekonomi negara

Dalilnya, Bursa Malaysia merudum bila Anwar membuat tindakan pra matang dengan membuat pengumuman bahawa beliau sudah mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat dan kerajaan sekarang sudah tumbang!!

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan

Kita memberikan mandat supaya pemimpin dan parti politik dapat membela nasib kita dan bukannya sibuk melompat ke sana dan ke sini

Kita memberikan mandat untuk menjamin kestabilan politik dan ekonomi yang akan memberikan menafaat kepada kita dan bukan sebaliknya

Tetapkan pilihan kita hanya kepada satu parti sahaja

Sbelum ini, Barisan Nasional telah memerintah dengan baik kerana mendapat mandat yang kukuh

Demi untuk masa depan anak cucu kita, ayuh kita semua berikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional yang telah terbukti selama lebih dari 6 dekad memacu ekonomi dan negara ke arah kemajuan

















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/apa-yang-perlu-umno-dan-rakyat-pelajari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Pertembungan Sesama Sendiri Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Prn Sabah Pertembungan Sesama Sendiri Dalam Gabungan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 544 hits
PRN SABAH PERTEMBUNGAN SESAMA SENDIRI DALAM GRSA LATAR BELAKANG Terdapat 73 DUN di dalam Negeri Sabah Di PRU 14 Sabah mempunyai 60 kerusi tetapi telah ditambah sebanyak 13 DUN baru Sebuah DUN bertukar nama dan 12 lagi dinamakan bersesuaian ...
Prn Sabah Benarkan Rakyat Sabah Yang Dikuarantin Guna Undi Pos

Prn Sabah Benarkan Rakyat Sabah Yang Dikuarantin Guna Undi Pos

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 234 hits
Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang dihadapi 270 pegawai dan anggota polis di Sabah apabila tidak dapat mengundi awal untuk Pilihan Raya Negeri Sabah kerana masih dikuarantin Mereka berpandangan setiap rakyat mem...
Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 339 hits
855 total views 855 views today Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor dicalonkan sebagai ketua menteri b...
Rakyat Sabah Sokong Padu Tiada Masalah Warisan Menang Prn

Rakyat Sabah Sokong Padu Tiada Masalah Warisan Menang Prn

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 361 hits
Sokongan rakyat Sabah terhadap Warisan Plus bagi ahli politik Semenanjung yang membantu kempen dianggap sangat mengujakan dalam situasi negeri itu tertekan oleh kempen besar besaran kerajaan Perikatan Nasional Menurut Naib Pengerusi DAP Sel...
Keputusan Prn Sabah Bukti Sokongan Kepada Pm Azmin

Keputusan Prn Sabah Bukti Sokongan Kepada Pm Azmin

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 390 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah membuktikan rakyat yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin ...
Veteran Umno Sokong Parti Perjelas Hala Tuju Pasca Prn Sabah

Veteran Umno Sokong Parti Perjelas Hala Tuju Pasca Prn Sabah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 286 hits
SHAH ALAM Veteran UMNO menyokong kenyataan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membincangkan dan menentukan hala tuju parti peringkat pasca Pilihan Raya Negeri Sabah Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub ...
Prn Sabah Kerajaan Luluskan Peruntukan Khas Projek Mesra Rakyat

Prn Sabah Kerajaan Luluskan Peruntukan Khas Projek Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 308 hits
PUTATAN Kerajaan telah meluluskan satu peruntukan khas projek mesra rakyat untuk diagihkan kepada 25 bahagian Parlimen di seluruh Sabah bagi kerja kerja menaik taraf infrastruktur di negeri ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri ...
Keputusan Tidak Rasmi Prn Sabah

Keputusan Tidak Rasmi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 378 hits
1 522 total views 1 522 views today N 01 Banggi Pemenang Winner Mohammad Mohamarin N 21 Luyang Pemenang Winner Phoong Jin Zhe N 42 Melalap Pemenang Winner Peter Anthony N 19 LIKAS Pemenang Winner Tan Lee Fatt N 25 KAPAYAN Pemenang Winner Ja...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian