Wajah Terkini Wan Maryam Anak Sulung Fizo Omar Dan Mawar Memang Keturunan Cantik Cantik
‘Comel macam anak patung!’ – Netizen cair tengok anak Fizo dan Mawa
Memang macam anak patung! Foto Wan Maryam tular di media sosial. -Instagram
MEMANG macam anak patung! Beberapa keping foto anak perempuan milik pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam tular di media sosial.
Dalam foto yang tular itu, Maryam atau lebih popular dipanggil Cik Yam dipakaikan rambut palsu panjang paras pinggang dan dirakamkan dalam pelbagai aksi mencuit hati.
Selain ekspresi wajahnya seakan-akan pasrah disarungkan rambut palsu itu, netizen tidak putus-putus memuji kecomelan Cik Yam yang kini memasuki usia 10 bulan.
Malah, rakan selebriti juga tidak henti-henti memuji kecomelan Cik Yam persis anak patung itu.
“Alamak! Anak patung siapa ni?” soal Tiara Jacquelina berseloroh.
“Aduhai Cik Yam ni comel sangat ni. Gigit kang!” tambah Zarina Zainuddin.
“Ingatkan anak patung, rupa-rupanya anak Fizo,” tulis Linda Onn.
“Ya Allah! Ingatkan anak patung,” puji bakal ibu, Mawar Rashid.
“Oh mai! So cute!” tambah Zulin Aziz.
Ada juga yang memuji kecomelan Cik Yam persis anak pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 manakala Maryam dilahirkan pada Disember 2017.
Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram hari ini.
ISTERI kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Wan Maryam selepas dua minggu bayi comel itu dilahirkan.Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) hari ini.
Foto berkenaan turut disertakan dengan kapsyen:“Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol.“Hari ini saya dah 2 weeks. Saya dilahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Doakan saya semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.
“Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup. (Gambar ini sewaktu saya ada jaundice tapi Alhamdulillah sekarang dah baik),” tulisnya.
“Percikan Darah, Macam Tak Percaya” – Fizo Omar
Fizo Omar menyifatkan pengalaman menyaksikan sendiri proses kelahiran anak sulungnya pada Jumaat lalu sebagai luar biasa. Foto Instagram @fizoomarEMPAT tahun menanti kehadiran zuriat pertama, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui ia pengalaman luar biasa dapat melihat sendiri kelahiran bayi sulungnya pada Jumaat lalu.Fizo, 32, menerusi Instagramnya memberitahu perasaannya bercampur baur apabila diberi peluang melihat sendiri proses kelahiran selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum isterinya, Mawar Abdul Karim disahkan hamil.
“Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh-Nya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama serta pelbagai cabaran untuk Mawar nak hamil dulu.
“Aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik pembedahan mengharungi setiap saat, getir Mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami.
Fizo dan Mawar akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selepas empat tahun berkahwin.
“Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ itu,” tulisnya.
Mawar, 28, yang juga pengasas tudung Fareeda melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubtan Pantai Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4.01 petang Jumaat.
Bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.78 kilogram.
Cerita Fizo lagi, pada ketika itu fikirannya tidak lagi memikirkan soal takut melihat darah dan bahagian perut Mawar yang dibedah sebaliknya risau tentang keadaan anaknya selain tidak sabar untuk bertemu dengannya.
Fizo berkongsi pengalaman menyaksikan kelahiran anak pertamanya dengan pengikutnya di Instagram.
Katanya, sudah menjadi impiannya untuk bergelar seorang bapa dan saat dia bertentang mata dengan bayi perempuannya itu, Fizo memberitahu air matanya mengalir.
“Yalah mana taknya, bukan sahaja empat tahun aku menunggu malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri kerana mempunyai cahaya mata adalah salah satu impian utama dalam hidup aku.
“Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ.
“Subhanallah aku macam tak percaya, Weh! Aku dah jadi Daddy! Itulah yang bermain di kepala aku,” ujarnya.
Fizo menanam uri.
Bagaimanapun kata Fizo, walaupun teruja namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk memegang anaknya itu dan hanya memerhatikan sambil mengalirkan air mata.
“Aku sampai tiada kekuatan nak pegang baby masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang jururawat sedang buat kat anak aku.
“Mereka tepuk tapak kaki dan baby terus menangis, lagi kuat baby menangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya Allah, syukur kepada Mu Ya Allah,” katanya lagi.
Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/01/01/pengalaman-fizo-omar/#FfFQDqy6BVjUXl62.99
The post Wajah terkini Wan Maryam anak sulung Fizo Omar dan Mawar. Memang Keturunan Cantik-Cantik appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/14/wajah-terkini-wan-maryam-anak-sulung-fizo-omar-dan-mawar-memang-keturunan-cantik-cantik/