Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dan Pembelajaran Dalam Talian Di Malaysia


 WACANA HALATUJU SISTEM PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI MALAYSIA BERSAMA TUN DR MAHATHIR
 



Selepas heboh diperkatakan perihal keputusan SPM 2021, kali ini ramai yang yang memberi respons positif berkaitan keberkesanan PTTI. PTTI merupakan pakar pendidikan peringkat menengah Aliran Sains untuk pelajar SPM. PTTI telah ditubuhkan selama 5 tahun . Bagi AlongMurni (AM) PTTI sangat komited untuk membantu pelajar membuka potensi kerana PTTI percaya setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk berjaya. PTTI telah membantu lebih 5000 pelajar di seluruh Malaysia untuk melestarikan dan mendinamikkan keputusan mereka dalam peperiksaan. 

 

Perubahan teknologi yang berlaku secara pesat memberi kesan kepada kehidupan manusia. Tidak terkecuali antara bidang yang turut mendapat manfaat melalui kemajuan ini adalah sistem pendidikan dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai akses terhadap segala inovasi yang diperkenalkan, ternyata Malaysia juga tidak terkecuali bersaing dalam menghasilkan lebih ramai pelajar yang dilengkapi dengan ilmu terbaik. Namun sejauh mana, penggunaan teknologi ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar dan tenaga pengajar di negara ini.

 




Justeru, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI mengadakan wacana berjudul Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021, baru-baru ini.

 

Berkongsi jawapan dalam sesi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara penyampaian yang lebih berkesan.

 




Bersetuju dengan kenyataan teknologi sebagai keperluan dalam sistem pendidikan kini, namun menurut negarawan ini juga tidak semua boleh diaplikasikan secara mendadak kepada pelajar memandangkan perlu ada saringan dalam membentuk karakter yang sesuai.

 

“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter.
“Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan,” tambah beliau.
 

Melihat kemajuan yang diraih negara luar melalui sistem pendidikan yang menggunakan teknologi terkini. Malaysia juga tidak ketinggalan berada pada landasan yang sama, namun dalam mengoptimumkan kelebihan yang ada.

 




Bekas Perdana Menteri itu yakin perlu ada pembahagian kerja antara tenaga pengajar yang lebih efisien. “Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh kita buat adalah melalui bantuan teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini menyampaikan bahan pengajaran secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat peluang belajar dengan guru yang sama.

 

“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar,” jelas beliau lagi.

 

Berkongsi mengenai ketegasanya dalam memastikan setiap anak-anak di negara ini mendapatkan pendidikan ketika di era pemerintahannya nyata membawa kepada perubahan Malaysia kini.

 




Tambahnya antara yang menjadi fokus utamanya juga bagaimana pendidikan juga tidak boleh disalurkan melalui cara yang sama memandangkan tahap penerimaan murid berbeza mengikut kemampuan.

 

Sementara itu, berkongsi pesanannya kepada semua pelajar di negara ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, berharap agar ibu bapa dan guru menjadi pendorong utama kepada pelajar-pelajar ini untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang demi masa depan.

 




Menjadi amalan yang baik juga, jelasnya setiap pelajar ini harus mengulangkaji setiap pelajaran itu secara berulang kali dalam memastikan ilmu itu dapat difahami dengan lebih baik. Pada majlis sama, Tun Dr Mahathir turut melancarkan inisiatif Malaysia Bangkit Belajar yang memfokuskan kepada pelajar tingkatan tiga hingga lima untuk mendapatkan pembelajaran secara percuma melalui pembelajaran dalam talian yang dikendalikan oleh PTTI.

 




Inisiatif ini juga sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40, yang mana PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result. Pembelajaran percuma ini boleh diikuti di laman web www.ptti.my



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2022/07/Wacana-Halatuju-Sistem-Pendidikan-Dan-Pembelajaran-Dalam-Talian-Di-Malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Wang Kwsp Pendidikan Melalui Dalam Talian

Tuntutan Wang Kwsp Pendidikan Melalui Dalam Talian

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum wbtNAMPAKNYA sejak minggu lepas beberapa institusi pendidikan telah mula mengambil pelajar baharu antaranya UiTM dan UniKL Sk sendiri malam tadi entah kenapa asyik termimpi mimpi hari pendaftaran Iman pada isnin depan Padaha...
Resolusi Atasi Penipuan Dalam Talian Utusan Malaysia 03 10 2022

Resolusi Atasi Penipuan Dalam Talian Utusan Malaysia 03 10 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 221 hits
MELAKA Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat Majlis Mesyuarat akan menyerahkan beberapa resolusi kepada kerajaan bagi menangani isu penipuan dalam talian yang semakin berleluasa di negara ini Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Ali Moh...
Xiaomi Melancarkan Telefon Pintar Dengan Sistem Pengimejan 200mp Pertama Di Malaysia

Xiaomi Melancarkan Telefon Pintar Dengan Sistem Pengimejan 200mp Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 201 hits
Xiaomi hari ini melancarkan siri telefon pintar perdana terbaharunya ke pasaran Malaysia Xiaomi 12T Series Dilengkapi dengan ciri teknologi canggih Xiaomi 12T Pro dan Xiaomi 12T kedua duanya menampilkan sistem pengimejan terbaharu Xiaomi un...
Bajet 2023 Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian L Bagaimana Dengan Pelan Memajukan Sistem Pendidikan

Bajet 2023 Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian L Bagaimana Dengan Pelan Memajukan Sistem Pendidikan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 445 hits
Bajet 2023 Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian l Bagaimana Dengan Pelan Memajukan Sistem Pendidikan Pasca pandemik COVID 19 tiada pelan pemulihan terutama dalam aspek pendigitalan pendidikan di dalam pembentangan bajet 2023 semal...
Explore With The New Purple Passport From The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia With Huge Prizes To Be Won

Explore With The New Purple Passport From The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia With Huge Prizes To Be Won

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 330 hits
The mini passport allows you to collect stamps that could win you exclusive merchandise TCB Card credit or even a 4 day 3 night stay at a hotel in Penang Kuala Lumpur or Johor Fiona Rodrigues Head of Marketing Innovation David Tan Head of O...
Wan Junaidi Malaysia To Counter Sulu Heirs Bid To Seize Assets In Netherlands

Wan Junaidi Malaysia To Counter Sulu Heirs Bid To Seize Assets In Netherlands

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 214 hits
Malaysia will take legal action in the Netherlands to resist and set aside any attempt by the heirs of the late Sulu sultan in their bid to enforce a US 15 billion arbitration award against the country Minister in the Prime Minister s Depar...
Alhamdulillah Ejen Kosmetik Diculik Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia

Alhamdulillah Ejen Kosmetik Diculik Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 245 hits
Ejen kosmetik yang dipercayai diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang hari ini Ejen kosmetik diculik berjaya dibawa pulang ke MalaysiaOPETALING JAYA Ejen kosmetik wanita yang diculik sekumpulan lelaki dari ked...
Us Aviation Authority Restores Malaysia S Air Safety Rating To Category 1 Says Transport Minister

Us Aviation Authority Restores Malaysia S Air Safety Rating To Category 1 Says Transport Minister

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 178 hits
Wee said the issues picked up by the FAA in 2019 initially did not reoccur and the CAAM was able to resolve 29 out of the total issues from the second assessment by FAA in December last year in the span of just six months 8212 Bernama photo...
Kurs Rupiah Anjlok 6 40 Persen Bi Masih Lebih Baik Dibanding Ringgit Malaysia

Kurs Rupiah Anjlok 6 40 Persen Bi Masih Lebih Baik Dibanding Ringgit Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 187 hits
Dalam bahan paparannya pelemahan mata uang Rupee India mencapai 8 65 persen Sementara itu mata uang Ringgit Malaysia terdepresiasi hingga 10 16 persen dan Thailand 11 36 persen
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik