Tuntutan Wang Kwsp Pendidikan Melalui Dalam Talian


 Assalamualaikum wbt
NAMPAKNYA sejak minggu lepas, beberapa institusi pendidikan telah mula mengambil pelajar baharu antaranya UiTM dan UniKL. Sk sendiri malam tadi entah kenapa asyik termimpi-mimpi hari pendaftaran Iman pada isnin depan. Padahal, sebelum ni, tak ada fikir pun. Matilanakkkk kalau lepas ni tiap-tiap malam mimpi. Seksalah maknya nak menunggukan 10 haribulan apatah lagi tuan punya badan.
Disebabkan semua bayaran pendaftaran dan yuran pengajian bagi semester pertama telah pun dibuat, Sk ingatkan Iman agar menyemak dengan pihak universiti selepas mendaftar nanti, bagaimana cara memohon surat pengesahan sebagai dokumen untuk membuat tuntutan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Iman beritahu, dalam dokumen yang diterima bersama surat tawaran, ada dinyatakan bahawa ianya kini boleh dibuat secara dalam talian. Senanglah kalau macam tu, kan.. tak payahlah susah-susah ke kaunter KWSP macam masa Iman belajar di Politeknik Ungku Omar dulu. Tu takpa, surat pengesahan pengajian kena ambil sendiri di politeknik selepas tujuh hari mendaftar. Sebenarnya, boleh jer masa tu, minta Iman poskan, tapi, tahulah Pak Inche, kan suka jer nak ke sana ambil sendiri. 
Jadi, kali ni, tak perlu lagi memohon melalui kaunter atau ambil surat pengesahan institusi, dah boleh mohon terus dalam talian. Pihak KWSP akan membuat semakan permohonan kita dengan institusi pendidikan terbabit. Tapi, kena jugak sediakan dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran. Apabila pihak KWSP sahkan semua maklumat benar, kita perlu juga hadir ke kaunter untuk serahkan dokumen dan cop (?) cap (?) jari. Mana satu betul ek, cop ke cap? Hahahaha.

Bagi mereka yang ingin membuat Tuntutan Wang KWSP secara online, bolehlah log masuk ke link di bawah. Ni untuk pelbagai tuntutan la ya, bukan pendidikan sahaja. Antara tuntutan yang dibenarkan adalah pembelian rumah, rawatan perubatan, mengerjakan ibadah haji dan beberapa pengeluaran lain

Boleh klik link ini

KWSP - Login - Member
Perlu ada i-Akaun ya. Jika belum ada i-Akaun, klik register now. Jika dah ada i-Akaun, boleh terus log masuk. Maaf, Sk tak pasti cara daftar i-Akaun secara online sebab Sk dulu daftar di pejabat KWSP, hehehe. Oh, ya.. sekarang ni sesiapapun boleh jadi ahli KWSP tau walaupun tidak/ belum bekerja. Pelajar pun boleh buka akaun dan ibu bapa boleh mencarum untuk anak.  

Masukkan ID Pengguna (User ID)
Nanti akan keluar paparan Security Image dan Secret Phrase yang kita dah pilih masa daftar i-Akaun sebelum ni. Jika itu benarrrrr.. bolehlah masukkan kata laluan (password)


Laman akan menunjukkan jumlah baki dalam akaun di Akaun 1 dan Akaun 2. Tuntutan akan diambil dari Akaun 2, kesemuanya atau mengikut jumlah tuntutan, yang mana lebih rendah. Maksudnya, jika kita nak tuntut RM3,218.50, baki Akaun 2 ada RM37,000, KWSP akan bayar kesemua jumlah tuntutan kita sebanyak RM 3,218.50. Tetapi, jika baki yang ada di Akaun Dua, RM2,390.75 sahaja, maka semua jumlah di Akaun 2 sebanyak RM2,390.75 sahajalah yang akan dibayar kepada kita. KWSP tak akan ambil langsung wang dari Akaun 1 walaupun wang dari Akaun 2 tak cukup bagi keseluruhan tuntutan kita

Okey, lepas puas tenung jumlah wang dalam akaun kita tu 😝, tengok atas sekali belah kanan, pilih atau klik 'Withdrawal', nanti akan keluar paparan di bawah


Maka akan terpaparlah i-Citra la, i-Lestari la... jika pernah buat pengeluaran tersebut, atau apa-apa pengeluaran yang telah dibuat sebelum ini. Okey, sekarang bolehlah klik 'New Aplication'


Akan keluar tetingkap ni, pilih salah satu.. jika nak buat Tuntutan Pendidikan, pilih Education. Oh, lupa.. boleh pilih BAHASA dulu sebelum login. Ada dua pilihan iaitu BM (Bahasa Melayu) dan BI (Bahasa Inggeris)


Paparan seterusnya, masukkan nama institusi pendidikan


Nanti keluar tetingkap ni, pilihlah.. bayaran tu nak dibayar kepada siapa..
Sk pilih Self Reimbursement (diri sendiri) sebab Sk buat tuntutan semula yuran yang telah dibayar


Akan keluar tetingkap ni, pilih program yang ditawarkan


Akan keluar tetingkap ni, sila pilih. Boleh tuntut untuk diri sendiri, anak kandung, anak tiri, anak angkat yang sah, pasangan, mak, ayah, mak tiri, ayah tiri, mak angkat dan bapa angkat yang sah, maksudnya perlu ada dokumen pengambilan anak angkat


Perlu ada dokumen yang mengesahkan hubungan kita, contohnya, hubungan ibu/ ayah anak tu, kena dibuktikan dengan sijil kelahiran. Kalau pasangan perlu ada sijil perkahwinan. Sk tak pasti dokumen untuk pertalian 'tiri'


Masukkan tarikh mula dan tamat pengajian. Sk masukkan tarikh daftar


Untuk tarikh tamat, Sk letak jangkamasa tempoh pengajian selama lapan semester atau empat tahun. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah swt, Iman tamat dalam tempoh tersebut. Untuk pengetahuan atau mungkin pembaca setia Alam Sari ada yang perasan, Iman telah bertukar bidang, jadi tak dapat nak pindahkan kredit dari program diploma sebelum ini. 

Akan keluar tetingkap Terma dan Syarat (T&C)

Klik ACCEPT. Kalau pilihan bahasa BM, TERIMA


Isikan butiran peribadi dalam borang


Isikan juga maklumat pelajar, nombor resit bayaran dan tarikh buat bayaran yang dikeluarkan oleh pihak institusi selepas kita membuat bayaran, bukan resit dari bank ya. Masukkan juga jumlah tuntutan, nama dan nombor akaun bank kita. Pokoknya pak... kena jugak keluarkan duit sendiri dulu. 
Di akhirnya nanti, KWSP akan minta kita masukkan nombor TAC yang akan dihantar ke nombor telefon pengguna yang telah didaftarkan. Jadi, pastikan nombor telefon kita betul, Lepas tu, bolehlah cetak dokumen kita untuk semakan akan datang

Ni baru mohon, harapnya berjaya la.. mudah-mudahan. InsyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/tuntutan-wang-kwsp-pendidikan-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun Kswp Melalui Aplikasi I Akaun

Buat Sendiri Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun Kswp Melalui Aplikasi I Akaun

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 202 hits
Sebut saja KWSP atau EPF semua orang tahu ia merupakan simpanan untuk hari tua Sejak dulu hanya majikan saja yang menguruskan caruman pekerja Jadi tidak ada pilihan untuk pekerja untuk sendiri tambah wang ke dalam akau
Xiaomi Menyokong Pendidikan Kreativiti Melalui Teknologi Dalam Inisiatif Csr

Xiaomi Menyokong Pendidikan Kreativiti Melalui Teknologi Dalam Inisiatif Csr

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 171 hits
Kuala Lumpur MALAYSIA 26 September 2022 Dalam semangat memberi kembali peneraju teknologi global Xiaomi baru baru ini mengadakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat di Malaysia Bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Suriana sebuah pertu...
Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dan Pembelajaran Dalam Talian Di Malaysia

Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dan Pembelajaran Dalam Talian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 154 hits
WACANA HALATUJU SISTEM PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI MALAYSIA BERSAMA TUN DR MAHATHIR Selepas heboh diperkatakan perihal keputusan SPM 2021 kali ini ramai yang yang memberi respons positif berkaitan keberkesanan PTTI PTTI meru...
Tak Perlu Ke Bank Ini Cara Tukar Kad Atm Cimb Melalui Dalam Talian

Tak Perlu Ke Bank Ini Cara Tukar Kad Atm Cimb Melalui Dalam Talian

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 210 hits
Mungkin ada di antara anda yang mahu memperbaharui kad debit CIMB yang bakal atau sudah tamat tempoh Namun tidak sempat mengunjungi cawangan CIMB berikutan faktor atau kekangan tertentu suggest Tak perlu risau kerana terdapat pilihan untuk ...
Cara Bayar Caruman Kwsp Sendiri Secara Online Melalui I Akaun Kwsp

Cara Bayar Caruman Kwsp Sendiri Secara Online Melalui I Akaun Kwsp

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 245 hits
Berita baik untuk mereka yang bekerja sendiri atau suri rumah sekarang dah boleh bayar caruman KWSP sendiri dengan mudah secara online melalui i Akaun samada menggunakan aplikasi atau laman web KWSP Boleh juga buat pembayaran caruman kwsp s...
Sarjana Pendidikan Upsi Mod Cuti Sekolah Ambilan Khas Disember 2022

Sarjana Pendidikan Upsi Mod Cuti Sekolah Ambilan Khas Disember 2022

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 171 hits
Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa guru guru atau pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti Sarjana Pendidikan ambilan khas Disember 2022 Program ini merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun s
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Peringkat Ke 2 Kini Dibuka

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Peringkat Ke 2 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 166 hits
Untuk makluman Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah menawarkan pengajian tinggi ke peringkat Sijil Kemahiran Diploma Ijazah Sarjana Muda Profesional Ijazah Sarjana dan Kedoktoran kepada warganegara Malaysia yang layak Matlam
Apple Pilih Bangunan Milik Kwsp S P Setia Dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu Battersea Power Station

Apple Pilih Bangunan Milik Kwsp S P Setia Dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu Battersea Power Station

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 261 hits
Sime Darby Property Berhad mengumumkan kerja kerja pembaikan semula atau restoration Battersea Power Station telah selesai selepas 8 tahun Bangunan bersejarah di London ini dimiliki oleh konsortium yang disertai syarikat Malaysia ia
81 Pencarum Kwsp Miliki Kurang Rm1 000

81 Pencarum Kwsp Miliki Kurang Rm1 000

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 204 hits
PETALING JAYA Sebanyak 81 peratus atau 2 58 juta daripada 3 2 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bumiputera yang berumur 55 tahun ke bawah memiliki simpanan yang amat kritikal iaitu kurang RM1 000 Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pene...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator