Video Fitnah Mamu Parpu Bukan Wendy Loong Nafi Di Tahan Polis
Susulan dakwaan netizen serta seorang menteri yang menyiarkan berita palsu di laman sosial twitter , mendakwa mamu parpu sebagai "wendy leong".
Pemilik akaun Facebook bernama Mohsin Abdul Latif atau lebih dikenali dengan nama Mamu Parpu telah menafikan bahawa beliau adalah pemilik akaun Facebook kepada Wendy Loong yang telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Menurutnya lagi, dakwaan ini mula tersebar di laman sosial Facebook dan Whatsapp sejak beberapa hari lalu adalah tidak benar dan langsung tidak masuk akal untuk dikaitkan dengan dirinya.
“Mereka menuduh IP Address Wendy Loong sama dengan IP Address saya, tanpa memberitahu apa IP Address Wendy Loong”, katanya.
Apa yang menyedihkan lagi adalah apabila ramai yang telah termakan fitnah tersebut dan ada diantara mereka yang berada dalam golongan professional termasuk peguam Siti Kassim dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.
Menurut Mohsin, dia antara individu pertama membuat laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan Nabi Muhammad di FB milik Wendy Loong. Susulan itu, Mamu Parpu telah buat laporan polis berkenaan dengan dakwaan yang telah tular.
Laporan polis telah dibuat pada jam 3.30 pagi hari Isnin di Balai Polis Jalan Patani, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Mamu Parpu Nafi Sebagai Pemilik Akaun Wendy Loong
Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 483 laporan berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di Facebook.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM iaitu Datuk Asmawati Ahmad, berkata kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu di Facebook – Kiub Batu Itu Berhala, yang dianggotai kumpulan tertutup.
Mamu Parpu akan bertindak meminta peguam beliau iaitu Dr. Shamser Singh Thind untuk mengeluarkan saman kepada mana-mana pihak atau individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2019/07/video-fitnah-mamu-parpu-bukan-wendy.html