Lapan Perkara Mudah Yang Boleh Dilakukan Oleh Pihak Polis Untuk Mengesahkan Identiti Pelaku Video Berkaitan Azmin




Semalam Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen.
Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100% bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pelaku tidak dapat disahkan.
Sebenarnya, dalam mana-mana teknologi identiti digital menggunakan muka, memang ianya tidak digunakan untuk mengesahkan identiti namun hanya untuk mengecam identiti untuk siasatan lanjut.
Teknologi pengecaman muka ini sudah ada sejak tahun 1964 dan digunakan oleh kerajaan seluruh dunia untuk mengecam penjenayah dan pengganas dan kini oleh sektor komersial.
Dan mana-mana perisian mengecam muka yang digunakan jarang sekali memberikan 100% ketepatan, sebab terdapat beribu titik perbandingan digunakan yang mana muka orang yang sama tidak 100% sama setiap hari.
Contohnya semalam muka bersih, hari ini ada jerawat; semalam ada jambang, hari ini cukur bersih; semalam rambut panjang, hari potong pendek dan sebagainya.
Perisian mengecam muka iPhone Face ID pun mempunyai 30,000 titik perbandingan muka dan tidak memerlukan kesemuanya sama untuk mengesahkan identiti pengguna dengan standard yang tinggi.
Oleh itu saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, sekiranya ketepatan identiti pelaku dalam video itu didapati bukan 100%, berapa peratuskah yang perisian Cybersecurity itu kata yang pelaku itu adalah Azmin?
Cybersecurity bukan satu-satunya agensi yang mempunyai teknologi pengecaman muka digital.
Pihak polis boleh periksa dengan agensi-agensi lain dalam kerajaan yang mempunyai teknologi tersebut dan membuat perbandingan.
Jika ketepatan pengecaman adalah tinggi e.g. melebihi 70%, ia boleh digunakan untuk langkah seterusnya iaitu pengesahan identiti dengan mencari bukti fizikal dan saksi-saksi bahawa pelaku memang ada di tempat kejadian untuk menjawab persoalan berikut:
1. Adakah Azmin berada di Sandakan pada malam kejadian? YA
2. Adakah Azmin berada di Hotel Sheraton Fourpoint pada malam kejadian? YA
3. Adakah ada saksi-saksi yang nampak Azmin di Sandakan dan di Hotel Sheraton pada malam kejadian? YA
4. Adakah Azmin ‘checked in’ dan menginap di bilik kejadian pada malam kejadian? YA/TIDAK?
5. Adakah ada saksi-saksi termasuk pekerja-pekerja hotel yang lihat Azmin checked in dan menginap di hotel dan bilik kejadian? YA/TIDAK?
6. Adakah ada rakaman CCTV yang menunjukkan Azmin checked in dan menginap di hotel dan keluar masuk bilik kejadian? YA/TIDAK?
7. Adakah rakaman CCTV dan saksi ada nampak pelanduk dua serupa yang mungkin menyamar sebagai Azmin di hotel berkenaan? YA/TIDAK?
8. Adakah saksi yang mengatakan pelaku itu Azmin? YA
Saya pasti pihak polis sudah tahu semua jawapan dan hasil kepada siasatan-siasatan seperti di atas. Polis Malaysia memang cekap dan bukan bodoh.
Namun harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau bersubahat menidakkan kemungkaran atas apa-apa kepentingan.
Sebab jika Allah SWT murka kerana umatnya bersubahat melakukan dan menggalakkan kemungkaran seperti yang berlaku semasa zaman nabi Lut dahulu, bala yang turun bukan hanya kena kepada orang yang melakukan dosa tersebut sahaja, malah orang yang bersubahat atau menutup sebelah mata dan rakyat yang tidak berdosa juga akan terkesan dengan bala itu juga.
Semoga Allah mengampunkan kita semua dan menjauhkan kita dari bala bencana.
ISHAM JALIL
19 Julai 2019




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/19/lapan-perkara-mudah-yang-boleh-dilakukan-oleh-pihak-polis-untuk-mengesahkan-identiti-pelaku-video-berkaitan-azmin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Azmin Tahu Siapa Dalang Video Semburit Dan Mesti Tahu Siapa Pasangan Haziq Mungkin Boleh Bantu Kpn

Rupanya Azmin Tahu Siapa Dalang Video Semburit Dan Mesti Tahu Siapa Pasangan Haziq Mungkin Boleh Bantu Kpn

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 349 hits
Malam tadi dua program berlangsung di dua tempat tokoh utama KEADILAN Program serentak itu berlangsung di kediaman sendiri DSAI Presiden KEADILAN dan satu lagi di kediaman resmi MB Selangor di mana Timbalan Presiden KEADILAN Azmin Ali host ...
3 Hal Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Memandikan Bayi

3 Hal Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Memandikan Bayi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 357 hits
Memandikan bayi menjadi salah satu rutinitas yang sering dilakukan oleh semua orang tua Kegiatan tersebut rutin dilakukan oleh semua orang tua dengan tujuan agar buah hati mereka memiliki tubuh yang bersih Akan tetapi ketika memandikan sang...
Video Semburit Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

Video Semburit Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 545 hits
Tuduh menuduh serang menyerang dah bermula antara kem Anwar Ibrahim dengan kem Azmin Ali dalam PKR Dasat penangan video semburit nie yer Mana tak dasatnyer pelakun utama sebagai gegurlz dikaitkan dengan orang yang bakal menjadi manusia pali...
Dr M Kes Video Intim Ada Gerakan Politik Jatuhkan Azmin

Dr M Kes Video Intim Ada Gerakan Politik Jatuhkan Azmin

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 332 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tampil mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim Mahathir berkata beliau berasa pelik dengan tindakan individu yang cuba m...
Lokman Dakwa Individu Dalam Video Intim Ialah Azmin

Lokman Dakwa Individu Dalam Video Intim Ialah Azmin

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 246 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa individu di dalam video intim yang tersebar ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmi...
Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil cuti atau meneruskan kerjanya selepas pemimpin PKR menggesa mana mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan salah laku bercuti sementara sehingga siasatan se...
Siapa Yang Pegang Hp Azmin Boleh Dapat Lokman Adam

Siapa Yang Pegang Hp Azmin Boleh Dapat Lokman Adam

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 428 hits
Kita sekarang berbicara soal politik bukan soal undang undang Silap besar kalau orang politik berkata kepada dunia politik bahawa seseorang tertuduh tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah Itu prinsip undang undang dalam dunia perun...
Benda Boleh Bayar Buat Apa Nak Free Video Lawak Pula Tengok Abang Motor Ni Bayar Tol

Benda Boleh Bayar Buat Apa Nak Free Video Lawak Pula Tengok Abang Motor Ni Bayar Tol

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 810 hits
Selalu macam macam kerenah kita tengok dekat plaza tol kan Ada yang lupa topup kad Touch n Go lah ada kereta tak dapat detect smart tag lah tak pun ada yang ambil masa lama untuk sentuh kad dan macam macam lagi lah Tapi this time ada satu k...
Video Semburit Akhirnya Mahathir Pilih Azmin Atau Anwar

Video Semburit Akhirnya Mahathir Pilih Azmin Atau Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 595 hits
Apabila Dr Mahathir keluarkan statement terbaru tentu ramai yang bertanya apakah Mahathir sudah lupa dengan segala yang beliau kata tentang isu liwat 1 2 serta video pelacur China Doll yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim Statement terbaru M...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi