Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Dadah Dan Senapang Patah



KUANTAN - Polis menahan empat lelaki dan merampas selaras senapang patah buatan sendiri, serta dadah dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM124,000 dalam serbuan di Kuantan dan Maran pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata dua suspek berusia 23 dan 34 tahun, ditahan bersama pelbagai jenis dadah yang disembunyikan dalam tayar ganti kereta Proton Perdana di sebuah tempat letak kereta pasar raya di sini.

Katanya, serbuan pada 8 pagi itu menemukan dadah jenis heroin seberat 4,575.11 gram, syabu (100.27 gram) dan ganja (10.09 gram) yang dianggarkan bernilai RM72,501, selain wang tunai RM4,000.

“Polis juga merampas dua buah kereta iaitu kereta Proton Perdana dan Perodua Axia milik suspek dengan nilai keseluruhan rampasan RM121,501.

“Siasatan awal mendapati dadah itu diperoleh dari Kota Tinggi, Johor untuk dijual sekitar daerah Kuantan dan beberapa Felda berdekatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu Mohd Yusri berkata dalam serbuan di ladang kelapa sawit di Kampung Jernih di Chenor, Maran dekat sini, dua suspek berusia 30 dan 39 tahun ditahan pada 1.30 pagi Rabu.

Polis merampas heroin seberat 35.45 gram, syabu (9.22 gram) dan tiga biji pil Eramin 5 (0.86 gram) yang dianggarkan bernilai RM3,201 selain selaras senapang patah buatan sendiri dan 10 butir peluru pada serbuan itu, katanya.

Mohd Yusri berkata suspek dipercayai memperoleh dadah itu daripada pembekal di Bera, untuk pasaran di sekitar Chenor.

Beliau juga mengesahkan semua suspek yang kini direman selama seminggu bermula semalam, mempunyai rekod kesalahan lampau selain turut positif dadah.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1969. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/polis-tahan-empat-lelaki-rampas-dadah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tak Mengaku Bersalah Tahan Periksa Kereta Polis Di Prk Rantau

5 Tak Mengaku Bersalah Tahan Periksa Kereta Polis Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 358 hits
LIMA lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memeriksa kereta peronda polis pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau pada 13 April lepas Kesemua tertuduh S Vigane Swaran S Mangaswara...
Polis Tahan Lelaki Mengamuk Di Restoran

Polis Tahan Lelaki Mengamuk Di Restoran

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 294 hits
Polis tahan lelaki mengamuk di restoran Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2019 12 21PM
Pijak Alquran Empat Remaja Ditahan Polis

Pijak Alquran Empat Remaja Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 588 hits
EMPAT remaja perempuan ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas video memijak kitab menyerupai al Quran tular di media sosial Mereka berusia 17 hingga 18 tahun termasuk pelaku yang memijak kitab suci itu ditahan di sekitar Tanah Mer...
Dr M Tak Tahu Polis Tahan Pembantu Anwar

Dr M Tak Tahu Polis Tahan Pembantu Anwar

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 248 hits
Diterbitkan Hari ini 12 08 tengahariPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mengetahui pembantu Anwar Ibrahim ditahan berkaitan video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Saya tidak tahu ini kali pertama say...
Bekas Polis Bantuan Antara Ditahan Edar Dadah

Bekas Polis Bantuan Antara Ditahan Edar Dadah

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 303 hits
Polis menahan empat individu termasuk seorang bekas Polis Bantuan dan merampas dadah bernilai RM5 000 hasil serbuan di sebuah rumah banglo dalam pembinaan di Kampung Kesom Manir JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www...
Penipuan Umrah Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan

Penipuan Umrah Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 403 hits
KUANTAN Polis Pahang menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan umrah yang dipercayai aktif di beberapa daerah sekitar negeri ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek berusia ...
Polis Tahan Tiga Suspek Dalang Jual Pil Kuda Gua Musang

Polis Tahan Tiga Suspek Dalang Jual Pil Kuda Gua Musang

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 422 hits
Tiga lelaki dipercayai dalang aktiviti penjualan pil kuda di Gua Musang Kelantan ditahan Selasa lalu Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata tangkapan itu dilakukan di dua lokasi berasingan di kampung berkenaa...
Polis Tahan Guru Didakwa Tendang Perut Koperal Baru Bersalin

Polis Tahan Guru Didakwa Tendang Perut Koperal Baru Bersalin

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 230 hits
PASIR MAS Seorang guru ditahan berikutan membuat kecoh di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini semalam selain didakwa mengasari termasuk menendang perut seorang koperal berusia 33 tahun yang baru lima bulan bersalin Malah suspek dikat...
Joey Bpr Patah Empat Tulang Rusuk

Joey Bpr Patah Empat Tulang Rusuk

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 411 hits
KETIKA itu saya rasa macam nak mati Dada sakit sangat manakala pandangan mata pun tidak berapa jelas Berdenyut denyut rasa seluruh badan dan dada rasa nak pecah kata penyanyi kumpulan Rock Bumiputra Rockers Joey yang mengalami kemalangan ja...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa