Veteran Atm Tuntut Bantuan Sara Hidup Diberi Secara Automatik




Veteran ATM tuntut bantuan sara hidup diberi secara automatikPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 05, 2022 ShareVeteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen agak kurang berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan bantuan kos sara hidup diberikan oleh kerajaan kepada anggota yang telah bersara.
Hal itu diungkapkan oleh Persatuan Veteran ATM Tak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Cawangan Pasir Gudang dalam pertemuan ramah mesra bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Taman Desa Perwira, baru baru ini.
Menurut Hassan, dalam pertemuan itu beliau dimaklumkan terdapat lebih 100 orang pesara atau veteran ATM tidak berpencen di Pasir Gudang dan majoriti mereka tinggal di Taman Desa Perwira.
“Saya dimaklumkan dalam pertemuan terdapat lebih kurang 200,000 veteran tidak berpencen di seluruh negara.
“Pesara atau veteran tidak berpencen ini telah berkhidmat pada tahun-tahun 1960an, 70an, 80an pada zaman Malaysia menghadapi ancaman bersenjata dari Parti Komunis Malaya.
“Rata-rata veteran ATM tidak berpencen sekarang adalah warga emas iaitu berumur lebih 60 tahun dan menghadapi masalah kewangan serta masalah kesihatan. Bantuan kebajikan dari Kerajaan amat diharapkan.
“Pada masa sekarang Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM pula hanya memberi elaun kos sara hidup secara berpilih-pilih dan amat terhad kepada pesara ATM yang dikategorikan sebagai daif dan miskin. Elaun kos sara hidup diberi sebanyak RM300 sebulan,” katanya.
Tegas Hassan, dalam pertemuan itu veteran tidak berpencen mahu kerajaan menyediakan bantuan sara hidup secara automatik memandangkan bantuan tersebut tidak menyamai nilai pencen dan tidak melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan.
“Anggota Persatuan Veteran ATM yang tidak berpencen memohon perhatian kerajaan supaya bantuan kos Sara hidup diberikan secara otomatik kepada semua pesara veteran.
“Mereka juga berharap kos sara hidup itu dinaikkan dari RM300 kepada RM500 sebulan memandangkan harga barangan keperluan harian yang meningkat sekarang.
“Dengan itu selaku Ahli Parlimen saya menyeru kepada kerajaan agar mendengar keluhan ratusan ribu pesara veteran tidak berpencen ATM di seluruh Malaysia,” katanya lagi.
Hassan mengingatkan pemerintah bahawa negara yang makmur dan segolongan elit menikmati kemewahan pada hari ini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga para perajurit dan anggota ATM.
Oleh itu, katanya, merupakan tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk menolong golongan veteran tersebut yang kebanyakannya hidup dalam keadaan serba susah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/veteran-atm-tuntut-bantuan-sara-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 348 hits
Kerajaan komited kawal kos sara hidup rakyat peruntukan subsidi ditambah kata menteri Dikemas kini 46 minit yang lalu Diter
Dasar Subsidi Bantu Bendung Inflasi Tangani Kos Sara Hidup Kata Tengku Zafrul

Dasar Subsidi Bantu Bendung Inflasi Tangani Kos Sara Hidup Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 350 hits
Tengku Zafrul Aziz berkata unjuran perbelanjaan subsidi tahun ini mencecah RM77 7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi Julai dan Ogos KUALA LUMPUR Kerajaan sentiasa meningkatkan b...
Bantuan Kerajaan Program Insentif Rm 700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik

Bantuan Kerajaan Program Insentif Rm 700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 240 hits
Bantuan Kerajaan Program Insentif RM 700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik Untuk makluman semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan Pihak Kerajaan...
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 294 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Isu Subsidi Kos Sara Hidup Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan Ph

Isu Subsidi Kos Sara Hidup Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan Ph

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 266 hits
Astro AwaniJun 22 2022 Majlis Presiden PH gesa kerajaan umum sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam atau menteri terbabit perlu letak jawatan KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan m...
Kos Sara Hidup Tinggi Satu Peluang Untuk Pembangkang Menang Pru

Kos Sara Hidup Tinggi Satu Peluang Untuk Pembangkang Menang Pru

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 391 hits
Hanya tinggal lebih kurang 11 bulan lagi sebelum pilihanraya terjadual terpaksa dilaksanakan dan tempoh tersebut sangat cepat Setakat manapun kerajaan berusaha peningkatan kos sara hidup tidak akan selesai dan sebahagiannya akan menjadi ter...
Kos Sara Hidup Tak Turun Dengan Tubuh Lembaga Unggas

Kos Sara Hidup Tak Turun Dengan Tubuh Lembaga Unggas

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 332 hits
Kos sara hidup tak turun dengan tubuh Lembaga UnggasPosted By on June 28 2022Kritikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa rakyat tidak memerlukan raja formula sebaliknya penyelesaian konkrit menangani kos sara hidup dan sekuriti makanan...
Kerajaan Harus Bantu 200 Ribu Veteran Atm Tak Berpencen

Kerajaan Harus Bantu 200 Ribu Veteran Atm Tak Berpencen

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 286 hits
Pada hari semalam Jumaat 1 7 2022 saya telah menghadiri pertemuan ramah Mesra dengan anggota Persatuan Veteran ATM Tak Berpencen Malaysia Cawangan Pasir Gudang di Taman Desa Perwira Di dalam pertemuan itu saya dimaklumkan terdapat lebih 100...
Buang Gaya Hidup Bersedia Ekonomi Menjunam Teruk Wartawan Veteran Ini Saran Simpan Rm400 Mulai Sekarang

Buang Gaya Hidup Bersedia Ekonomi Menjunam Teruk Wartawan Veteran Ini Saran Simpan Rm400 Mulai Sekarang

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 277 hits
FAZLI RADZIOrang ramai diingatkan agar membuang gaya hidup dengan meningkatkan simpanan mulai sekarang sebagai persediaan berdepan dengan kemungkinan situasi ekonomi menjunam teruk tahun hadapan Seorang wartawan berpengalaman selama 25 tahu...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka