Dasar Subsidi Bantu Bendung Inflasi Tangani Kos Sara Hidup Kata Tengku Zafrul


 
Tengku Zafrul Aziz berkata, unjuran perbelanjaan subsidi tahun ini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi Julai dan Ogos. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Beliau berkata, tanpa subsidi kerajaan, kadar inflasi Malaysia bagi Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4%.
“Namun, dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8%.
“Kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai bagi melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-101 yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun ini kini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi Julai dan Ogos.
Katanya, bagi tempoh lima bulan (Februari hingga Jun), kerajaan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM730 juta bagi menampung subsidi harga kedua-dua barangan makanan itu.
“Subsidi ayam juga membolehkan harga ayam di Malaysia kekal sebagai antara yang terendah di rantau Asean,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 27 Jun lalu.
Sementara itu, katanya, seramai 25,965 peserta telah berjaya ditempatkan melalui program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun ini, setakat 17 Jun 2022.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM20.871 bilion kepada 357,827 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2.957 juta pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Setakat 17 Jun 2022, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU 1.0 dan permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencapai nilai RM12.958 bilion.
Bagi PSU 2.0, sebanyak RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,158 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 718,847 pekerja dan RM3.763 bilion telah disalurkan kepada 162,306 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja bagi PSU 3.0.
“Di bawah Pakej Pemulih, kerajaan telah melaksanakan PSU 4.0 dan sebanyak RM2.557 bilion telah disalurkan kepada 163,471 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1.92 juta pekerja.
“Setakat 17 Jun 2022, sebanyak RM185.095 juta telah disalurkan kepada 7,495 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 106,404 pekerja di bawah PSU 5.0,” katanya.
Mengenai penarafan S&P Global Ratings yang menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’, Tengku Zafrul berkata, prospek stabil itu mencerminkan jangkaan bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/dasar-subsidi-bantu-bendung-inflasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 345 hits
Kerajaan komited kawal kos sara hidup rakyat peruntukan subsidi ditambah kata menteri Dikemas kini 46 minit yang lalu Diter
Isu Subsidi Kos Sara Hidup Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan Ph

Isu Subsidi Kos Sara Hidup Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan Ph

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 266 hits
Astro AwaniJun 22 2022 Majlis Presiden PH gesa kerajaan umum sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam atau menteri terbabit perlu letak jawatan KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan m...
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 292 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Kos Sara Hidup Tak Turun Dengan Tubuh Lembaga Unggas

Kos Sara Hidup Tak Turun Dengan Tubuh Lembaga Unggas

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 330 hits
Kos sara hidup tak turun dengan tubuh Lembaga UnggasPosted By on June 28 2022Kritikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa rakyat tidak memerlukan raja formula sebaliknya penyelesaian konkrit menangani kos sara hidup dan sekuriti makanan...
Menko Muhadjir Minta Peran Aktif Kampus Bantu Tangani Wabah Pmk

Menko Muhadjir Minta Peran Aktif Kampus Bantu Tangani Wabah Pmk

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 353 hits
Muhadjir mengungkapkan bahwa dirinya telah meminta langsung kepada Kemendikburistek agar program pengabdian bisa dialokasikan untuk membantu masyarakat
Potong Gaji Menteri Bukan Penyelesaian Terbaik Bantu Rakyat Kata Mahdzir

Potong Gaji Menteri Bukan Penyelesaian Terbaik Bantu Rakyat Kata Mahdzir

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 261 hits
Potong gaji menteri bukan penyelesaian terbaik bantu rakyat kata Mahdzir Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Ju
Kdn Aktif Op Bantu Baling Serta Merta Kata Menteri

Kdn Aktif Op Bantu Baling Serta Merta Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 331 hits
Hamzah Zainudin berkata Op Bantu Baling diketuai ketua polis Kedah turut melibatkan Rela imigresen Jabatan Pendaftaran Negara Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Penjara PETALING JAYA Kementerian Dalam Negeri mengaktifkan Op Bantu Ba...
Subsidi Minyak Masak Tulen Botol Dimansuhkan Bulan 1 Julai Ini Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Subsidi Minyak Masak Tulen Botol Dimansuhkan Bulan 1 Julai Ini Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 211 hits
Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhkan bermula 1 Julai ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan itu diambil bagi memastikan be
Kalau Saya Scammer Saya Tak Bantu Azri Dah Jumpa Saya Tau Sejauh Mana Saya Sayangkan Dia Kata Dr Azra Diera

Kalau Saya Scammer Saya Tak Bantu Azri Dah Jumpa Saya Tau Sejauh Mana Saya Sayangkan Dia Kata Dr Azra Diera

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 376 hits
Komposer penulis skrip dan novelis Azra Diera Abdul Hamid 42 menyangkal dakwaan bahawa dia adalah seorang scammer seperti yang dianggap banyak pihak Dakwaan tersebut timbul apabila maklumat terperinci tentang dirinya serta wajahnya tidak d
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Nasi Goreng Telur Kosong

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim

Ultra Conservatives Lambast Dap Mp Syerleena For Sitting In A Prayer Session At Thai Buddhist Temple