Azmin Sekarang Bukan Masa Bincang Peralihan Kuasa Pm


Kow Gah ChieDiterbitkan Hari ini 6:53 petang
BERITA

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengingatkan agar pihak yang menggesa peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengutamakan kepentingan negara dan bukannya individu.

Meskipun tidak menyebutkan nama tertentu, Azmin dipercayai merujuk kepada cadangan beberapa ahli parlimen PKR agar peralihan kuasa dilakukan pada Mei tahun ini.

Azmin mempersoalkan alasan individu tertentu yang menggesa Mahathir berundur meskipun perdana menteri itu sudah menyatakan komitmen untuk menepati janji dan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

"Saya telah berulang kali mengatakan bahawa kestabilan adalah penting bagi pelabur, jadi sila terus bekerja demi kepentingan rakyat atau negara dan bukannya melayani kepentingan individu," katanya.

Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata tidak perlu tergesa-gesa peralihan kuasa kerana ada perkara yang lebih penting untuk ditumpukan pada tahun ini.

Maka, katanya, Mahathir harus diberi sokongan penuh untuk terus memimpin negara.

Selain pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang akan diadakan esok di Sabah, beliau juga memetik sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur tahun ini sebagai contoh.

"Kita harus menetapkan keutamaan kita," katanya kepada pemberita ketika berkempen untuk calon Warisan bagi PRK Kimanis, Karim Bujang, hari ini.

"Rakyat mahu melihat kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri bekerja keras untuk membangunkan negara.

"Ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa," katanya, sambil menambah ramai yang berkongsi pandangannya.
Azmin berkata terpulang kepada Mahathir untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa itu selepas membincangkannya dengan majlis presiden Pakatan Harapan.

Beliau menambah bahawa Warisan, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan persekutuan, juga harus dibenarkan untuk terlibat dalam perbincangan itu.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan beberapa ahli parlimen PKR agar Mahathir menyerahkan kepimpinannya kepada Anwar pada bulan Mei.

Selasa lalu, Mahathir berkata beliau bersedia melepaskan jawatannya dengan segera sekiranya majlis presiden PH mahu beliau berbuat demikian.

Susulan itu, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago dan Pengerusi DAP Kelantan Zaid Ibrahim menyeru majlis presiden PH untuk bertemu dan menetapkan tarikh peralihan kuasa.

Mereka berpendapat bahawa ketidakpastian yang berterusan terhadap isu peralihan tidak baik untuk negara.

Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada keperluan untuk majlis presiden PH untuk membincangkan perkara itu kerana pengerusi PH itu sudah menyatakan akan meletak jawatan selepas sidang kemuncak Apec.

Semasa temu bual dengan Reuters bulan lalu, Mahathir berkata beliau akan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan sebelum sidang kemuncak Apec.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/azmin-sekarang-bukan-masa-bincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 379 hits
Kekaburan tarikh peralihan kuasa antara perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijangka akan ditangani oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan disambut baik kalangan pelabur Pemerhati ekonomi Jameson Tan berpe...
Dr M Sudah Tetapkan Garis Masa Peralihan Kuasa Guan Eng

Dr M Sudah Tetapkan Garis Masa Peralihan Kuasa Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 294 hits
Annabelle Lee Dr Mahathir Mohamad telah menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Menjawab soalan pemberita ketika sidang akhbar di Putrajaya malam i...
Wakil Rakyat Pkr Mahukan Peralihan Kuasa Pm Pada Mei 2020

Wakil Rakyat Pkr Mahukan Peralihan Kuasa Pm Pada Mei 2020

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 238 hits
ANNABELLE LEE Beberapa ahli parlimen PKR menuntut satu tarikh jelas untuk peralihan kuasa Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dengan mencadangkan ini dilakukan pada Mei 2020 Bercakap di forum yang bertajuk Haruskah Malaysia tunggu sehi...
Majlis Presiden Ph Ada Kebijaksanaan Urus Soal Peralihan Kuasa

Majlis Presiden Ph Ada Kebijaksanaan Urus Soal Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 356 hits
Diterbitkan Hari ini 4 36 petangMajlis Presiden Pakatan Harapan mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan isu serta perkara berkaitan transisi dan peralihan kuasa perdana menteri kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail Saifuddin...
Perlu Ada Tarikh Peralihan Kuasa Pemuda Pkr Selangor

Perlu Ada Tarikh Peralihan Kuasa Pemuda Pkr Selangor

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 371 hits
Tiada sebab Majlis Presiden PH tak boleh tetapkan tarikh peralihan PM Tidak ada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak menetapkan tarikh penyerah kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim kata pemimpin pemuda PKR hari ini Menuru...
Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 252 hits
Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata pemim...
Proses Peralihan Kuasa Perlu Diselesai Secara Baik Kata Anwar

Proses Peralihan Kuasa Perlu Diselesai Secara Baik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 260 hits
BERITAPRK KIMANIS Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata peralihan kuasa perlu dibincangkan secara baik dalam Pakatan Harapan atau antara dirinya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Anwar berkata beliau tidak setuju jika proses itu dibua...
Atas Isu Rakyatlah Maka Isu Peralihan Kuasa Diperkatakan Jawapan Kepada Rais Yatim Dan Dr Afiff

Atas Isu Rakyatlah Maka Isu Peralihan Kuasa Diperkatakan Jawapan Kepada Rais Yatim Dan Dr Afiff

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 234 hits
Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Rais Yatim orang baru di dalam Bersatu dan PH serta kenyataan Dr Afiff Exco P Pinang tentang isu peralihan kuasa jawatan PM saya melihat kedua duanya meletakkan asas tentang menangani masalah rakya...
70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 308 hits
Dr Afif Bahardin KUALA LUMPUR Sebanyak 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak memberi perhatian khusus kepada isu peralihan kuasa malah mereka tidak peduli bilakah tarikh akan berlakunya perubahan pucuk kepemimpinan negara Dapatan i...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh