Usul Tangguh Lagi Pemilihan Tiada Dalam Perlembagaan Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan


 
Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 yang berakhir petang tadi sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti selama enam bulan selepas PRU15 diadakan.
Bermakna, ini adalah penangguhan kali kedua yang mahu dinikmati UMNO setelah pemilihan parti semasa sudah pun ditangguhkan selama 18 bulan yang tempohnya berakhir pada 29 Disember tahun ini.
Tetapi, berbanding menangguhkan pemilihan selama 18 bulan sebelum ini adalah perkara yang memang tertulis dalam perlembagaan UMNO, menangguhkan lagi selama enam ini perlu membuat permohonan khusus kepada Pendaftar Pertubuhan atau RoS untuk kelulusan.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dalam ucapan penggulungannya berkata, sehubungan itu UMNO akan membuat permohonan segera kepada RoS berkaitan perkara tersebut.
Beliau juga meminta Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar campurtangan bagi memastikan permohonan itu tidak berdepan masalah.
Nampaknya belum apa-lagi Mohamad Hasan atau Tok Mat sudah pun menunjukkan kecenderungan untuk UMNO campurtangan dalam hal ehwal kerajaan.
Dalam masa yang sama, dengan penuh yakin beliau menegaskan, bersama lulusnya usul tersebut, bererti jika PRU15 diadakan pada tahun 2030 sekali pun, pemilihan UMNO hanya akan diadakan enam bulan selepas itu.
Kenyataan tersebut dengan sendirinya menggambarkan betapa begitu ghairah dan terdesaknya kepimpinan UMNO sedia ada mahu PRU15 tetap didahulukan berbanding pemilihan parti tanpa memperdulikan perlembagaan sendiri.
Soalnya, mampukah hasrat UMNO itu menjadi kenyataan kerana usul PAU bukanlah suatu perkara yang boleh mengubah atau mengatasi perlembagaan parti.
Perlembagaan UMNO hanya memberi kebenaran pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan dan tiada lagi penanggunan tambahan buat kali kedua dibenarkan selepas itu.
Akhirnya perkara ini adalah terserah kepada budi bicara RoS dan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang juga merupakan Setiausaha Agung Bersatu sama ada mahu meluluskan atau sebaliknya.
Bagaimana jika permohonan UMNO itu tidak diluluskan?
Apakah UMNO sedia mengadakan pemilihannya sebelum 29 Disember tahun ini walaupun kiranya Parlimen belum lagi dibubarkan?
Atau jika permohonan itu ditolak oleh RoS, ia akan membuatkan UMNO lebih mengasak Ismail Sabri Yaakob hingga ke dinding agar segera membubarkan Parlimen secepat mungkin?
Inikah erti dan bentuk kestabilan bagi Zahid Hamidi yang kini menerajui UMNO?
Yang nyata, seperti ikan yang busuknya bermula daripada kepala, selagi UMNO dipimpin oleh pemimpin yang bermasalah, selagi itulah kecelaruan akan terus berlaku tanpa ada titik noktah.
Persoalan lain, tidak mungkinkah tindakan meluluskan usul menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas PRU15 itu suatu tindakan yang boleh menyebabkan UMNO diharamkan kerana melanggar perlembagaannya sendiri? – ShahbudinHusin 19/03/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/usul-tangguh-lagi-pemilihan-tiada-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan

Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 117 hits
Usul tangguh lagi pemilihan tiada dalam perlembagaan apakah Umno terdedah untuk diharamkan SHAHBUDIN HUSINPerhimpunan Agung Umno atau PAU2021 yang berakhir petang semalam sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti selama ena...
Mohamad Cuit Pemimpin Umno Yang Mahu Tangguh Pru15

Mohamad Cuit Pemimpin Umno Yang Mahu Tangguh Pru15

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comPAU 2021 Tidak ada alasan lagi untuk Umno melengah lengahkan pilihan raya umum kata timbalan presidennya Mohamad Hasan Malah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mempersoalkan kewajaran pendirian sesetengah pemimpin keraj...
Pemilihan Parti Patutnya Umno Lebih Jantan Daripada Parti Lain

Pemilihan Parti Patutnya Umno Lebih Jantan Daripada Parti Lain

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 165 hits
By March 23 2022MOHAMAD Hasan melambaikan tangan kepada perwakilan ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agong Pergerakan Sayap Wanita Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia...
Pau 2021 Usul Segerakan Pru 15 Umno Akan Putuskan Malam Esok

Pau 2021 Usul Segerakan Pru 15 Umno Akan Putuskan Malam Esok

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 221 hits
Kita akan kumpul daripada lebih 190 bahagian katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia di sini malam ini KUALA LUMPUR UMNO akan memutuskan sama ad...
Umno Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15 Akan Di Angkat Malam Ini

Umno Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15 Akan Di Angkat Malam Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan memutuskan sama ada menyegerakan Pilihan Raya Umum ke 15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu malam esok Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pili...
Mesyuarat Mt Umno Tiada Bincang Usul Pru 15

Mesyuarat Mt Umno Tiada Bincang Usul Pru 15

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 144 hits
AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung malam ini hanya memfokuskan isu berkaitan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsu...
Pemilihan Umno Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Yang Ke 15

Pemilihan Umno Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Yang Ke 15

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Perhimpunan Agung UMNO bersetuju pemilihan parti ditangguh selama enam bulan selepas pilihan raya umum Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...
Pru Awal Atau Pemilihan Parti Dahulu Apa Kata Perwakilan Umno

Pru Awal Atau Pemilihan Parti Dahulu Apa Kata Perwakilan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 188 hits
agendaily com18 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 UMNO kini dalam dilema sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum atau pemilihan parti tersebut terlebih dahulu bagaimanapun mood perwakilan nampaknya cenderung untuk menyokong sekiranya PRU...
Apakah Umno Tak Hormat Ismail Sabri Sebagai Pm

Apakah Umno Tak Hormat Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 192 hits
wartarayat com myBy March 19 2022 SEMALAM tular dalam media sosial yang menunjukkan pemimpin pemimpin tertinggi UMNO berdiri beramai ramai semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Dalam gambar itu antaranya ke...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki