Umno Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15 Akan Di Angkat Malam Ini




KUALA LUMPUR - UMNO akan memutuskan sama ada menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam esok.
Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia akan diputuskan

selepas mengambil kira pandangan dan kehendak akar umbi parti.
"Saya tidak tolak kemungkinan itu dan jika mereka amati ucapan saya, ia mungkin boleh diangkat nanti (sebagai usul PAU).
"Perkara ini akan diputuskan kerana kita akan bincang dalam jawatankuasa usul dan ia akan dibentangkan (malam esok).
"Kita akan kumpul (pandangan) daripada lebih 190 bahagian (berkenaan usul itu)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.
Beliau berkata, biarpun UMNO menggesa supaya PRU ke-15 disegerakan, namun kuasa untuk membubarkan Parlimen masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat Perdana Menteri.
"Pembubaran Parlimen adalah atas perkenan baginda (Yang di-Pertuan Agong), dan yang akan menasihati baginda adalah Perdana Menteri. Kalau Yang di-Pertuan Agong perkenan bubar, maka Parlimen dibubarkan," katanya optimis agong akan setuju jika cadangan itu dipersembah kepada baginda.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN) ketika ini masih belum berakhir.
"Belum ada tamat dan penutup walaupun sudah sampai hayat akhir (kerjasama). Kita (UMNO) perlu jelaskan kita cuma akan bersama dengan yang setia dan bukan (main) banyak kolam.
"Ini akan menyebabkan ahli UMNO sendiri dan orang ramai akan keliru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju MN yang piagamnya yang dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019.
Ditanya sama ada PAS dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Mohamad berkata: "Sebab kekangan tempat...tempat tidak mengizinkan, prosedur operasi standard (SOP)…cakap bersopan".
Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad menggariskan lima keperluan PRU-15 perlu segera diadakan iaitu pihak lawan dalam keadaan lemah ketika ini, persefahaman politik dalam kalangan pembangkang ketika ini sangat bercelaru, pelbagai pilihan raya semasa pandemik COVID-19 sudah berlangsung dengan berjaya dan teratur, malah menganjurkan PRU sewaktu pandemik juga dilihat sebagai pilihan terbaik.
Keempat, prestasi sebagai kerajaan sangat bergantung kepada pelbagai faktor dalam dan luaran termasuk krisis Ukraine dan Russia, ketidakpastian mengenai kemungkinan adanya ancaman pandemik baru, ketegangan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China serta pembukaan perlahan sempadan sehingga menjejaskan 'global supply chain', prestasi ekonomi Malaysia sangat terdedah kepada semua kegawatan ini.
Terakhir, Mohamad berkata, BN mesti mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang sah kerana Malaysia tidak pernah ditadbir oleh kerajaan yang tidak terbentuk melalui piliha raya yang demokratik. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/umno-putuskan-usul-segerakan-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau 2021 Usul Segerakan Pru 15 Umno Akan Putuskan Malam Esok

Pau 2021 Usul Segerakan Pru 15 Umno Akan Putuskan Malam Esok

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 249 hits
Kita akan kumpul daripada lebih 190 bahagian katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia di sini malam ini KUALA LUMPUR UMNO akan memutuskan sama ad...
Pemilihan Umno Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Yang Ke 15

Pemilihan Umno Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Yang Ke 15

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Perhimpunan Agung UMNO bersetuju pemilihan parti ditangguh selama enam bulan selepas pilihan raya umum Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...
Umno Perlu Memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 Dengan Majoriti Besar Bentuk Kerajaan

Umno Perlu Memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 Dengan Majoriti Besar Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR UMNO perlu memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 dengan majoriti besar untuk membentuk kerajaan yang stabil dan tidak boleh bergantung harap kepada belas ihsan pihak lain Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO h...
Kluster Mahkamah Makin Galak Nak Pilihan Raya Umum

Kluster Mahkamah Makin Galak Nak Pilihan Raya Umum

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 268 hits
Kluster Mahkamah Makin Galak Nak Pilihan Raya Umum Hanya pembangkang di Malaysia satu satunya di dunia yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Jelasnya melengahkan Pilihan Raya Umum ke 15 membuka rua...
Usul Tangguh Lagi Pemilihan Tiada Dalam Perlembagaan Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan

Usul Tangguh Lagi Pemilihan Tiada Dalam Perlembagaan Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 301 hits
Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 yang berakhir petang tadi sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti selama enam bulan selepas PRU15 diadakan Bermakna ini adalah penangguhan kali kedua yang mahu dinikmati UMNO setelah pe...
Pau2021 Umno Dijangka Lulus Usul Gesa Pru Dipercepat Hari Ini Sumber

Pau2021 Umno Dijangka Lulus Usul Gesa Pru Dipercepat Hari Ini Sumber

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 185 hits
by 3 19 2022 07 49 00 AmUmno dijangka akan meluluskan usul bagi menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke 15 disegerakan Parti itu juga diyakini akan menyokong ususl pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan selepas sesebuah...
Hadi Kata Pas Tidak Takut Kalah Pilihan Raya

Hadi Kata Pas Tidak Takut Kalah Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 166 hits
ALOR SETAR Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak takut tewas dalam pilihan raya demi meneruskan kelangsungan perjuangan demi menegak dan memperkukuhkan Islam Beliau berkata sejarah membuktikan parti itu masih keka...
Jangan Mimpi Kalahkan Bn Dalam Pilihan Raya Selagi

Jangan Mimpi Kalahkan Bn Dalam Pilihan Raya Selagi

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 233 hits
wartarakyat com myBy March 22 2022 PERHIMPUNAN Agung UMNO berakhir pada Sabtu lalu Pelbagai gelagat dapat dilihat dan pelbagai ucapan kita dengar UMNO yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri Johor ternyata menjadikan perhimpunan tahu...
Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 650 hits
JOHOR BAHRU Bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari mengumumkan keluar parti itu dan mahu menyertai semula UMNO Pengumuman Rosleli dimuat naik di akaun Facebook rasmi bekas Perdan...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Kari Sardin Sedap

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Cikguku Paling Ohsem

Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

The Doctrine Of Sindoor India S Red Line Against Terror


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pinjaman Tentera Peruntukan Gaji Bersih Rm500 Ke Atas

Cara Masak Telur Ikan Yang Betul

Locked Up In San Diego How Bail Bonds Get You Home Fast

Selamat Hari Guru

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Lukisan Asli Jauh Dari Pengaruh Ai Hasil Assignment Pelajar Tahun 1980 An Buat Netizen Kagum