Mohamad Cuit Pemimpin Umno Yang Mahu Tangguh Pru15


malaysiakini.com
M Fakhrull Halim & Haspaizi Zain
Diterbitkan: Mar 16, 2022 9:15 PM
PAU 2021 | Tidak ada alasan lagi untuk Umno melengah-lengahkan pilihan raya umum (PRU), kata timbalan presidennya, Mohamad Hasan.

Malah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mempersoalkan kewajaran pendirian sesetengah pemimpin kerajaan yang cenderung untuk menangguhkan PRU ke-15.

Menurut Mohamad, keabsahan kerajaan pemerintah kini terus dipersoal kerana ia tidak terbentuk melalui kemenangan pilihan raya, sebaliknya hanya menguasai kerajaan melalui percaturan politik semata-mata.

“Jangan terus berdolak dalih. Malaysia tidak pernah ditadbir oleh kerajaan yang tidak terbentuk melalui pilihan raya yang demokratik.

“Sampai bila kita mahu terus bergantung dengan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dan memorandum persefahaman (MOU) untuk mengurus kestabilan negara ini?

“Sejak bila kelangsungan serta keabsahan kita sebagai pemerintah bergantung pada ihsan dan simpati parti lain? Sampai bila?” soalnya ketika berucap merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur malam ini.

Turut hadir ketiga-tiga naib presiden, Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid, dan Mohamed Khaled Nordin; serta Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Kata Mohamad, apa yang diperlukan Malaysia ialah sebuah kerajaan dengan parti terkuat. Tanpa perkara itu, tambahnya, kerajaan yang stabil tidak akan dapat dibentuk.

Peratusan terendah dalam sejarah

Oleh hal yang demikian, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menggesa agar Umno membuat pendirian terhadap kewajaran untuk menyegerakan PRU ke-15, meskipun terdapat ada dalam kalangan Umno sendiri yang membantah perkara tersebut.

“Akan tetapi, apakah jaminannya bahawa keadaan akan lebih memihak kepada BN jika kita terus menangguhkan PRU?

“Adakah alasan menolak PRU sekarang berdasarkan satu penilaian risiko (risk analysis) yang teliti dan mendalam? Atau sekadar mengikut kata hati dan bisikan emosi?

“Apakah dengan menangguhkan PRU, BN akan berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk menang? Dan jika demikian, apakah rumus untuk perkara sedemikian berlaku?

“Momentum apa lagi yang BN perlu tunggu untuk menghadapi pilihan raya apabila the feel-good feeling terhadap kerajaan waktu ini sudah mula beransur pudar?” soalnya lagi.
Sedangkan, kata Mohamad, tiada jaminan bahawa CSA dan MOU yang dimeterai dengan pembangkang akan terus bertahan dalam keadaan politik semasa yang begitu dinamik.

Tambahan pula, kata Mohamad, di kala Umno kini hanya mempunyai seorang perdana menteri dan bukanlah memegang tampuk pemerintahan sebagai kerajaan Umno, ia harus mengakui bahawa kekuatan politiknya sudah tidak lagi sebegitu kuat.

Pada satu ketika Mohamad juga melihat kepada Ismail Sabri sambil berpesan: manfaatkan segala peluang dan ruang atas kelemahan musuh kita ini. Menyerang sewaktu mereka benar-benar lemah.”

Umno kini, katanya, hanya menguasai 17 kerusi di Dewan Rakyat, jauh meleset berbanding kedudukan dan pengaruh Umno dan angka itu merupakan peratusan terendah dalam sejarah demokrasi Malaysia.

“Sekali lagi jangan kita nafikan, kita juga terpaksa mengurus negara melalui persefahaman dengan pembangkang. Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam sanubari kita!

“Sehingga menimbulkan kekeliruan. Umno ini sedang memerintah, atau diperintah? Rakyat beranggapan Umno ini berkuasa atas ihsan dan belas orang. Bukan kekuatan dan keupayaan sendiri.

“Memang berdesing telinga mendengarnya. Malangnya, semua itu ada benarnya. Sehingga kita sendiri tersepit. Hendak didiamkan, dikatanya kita bendul. Hendak dimarahkan, sudah memang perkara betul,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/mohamad-cuit-pemimpin-umno-yang-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Tegakan Dulu Femokrasi Di Johor Sebelum Berangan Pru15

Umno Perlu Tegakan Dulu Femokrasi Di Johor Sebelum Berangan Pru15

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 179 hits
UMNO bagai melukut tepi gantang di Johor Demokrasi mati umno kaku beku tidak perjuangkan Tiba tiba terloncat loncat tergedik gedik nak PRU15 memang bangang Apa guna ajak rakyat keluar mengundi
Pau 2021 Tok Mat Bidas Pemimpin Umno Catur Pepecahan Dalam Parti

Pau 2021 Tok Mat Bidas Pemimpin Umno Catur Pepecahan Dalam Parti

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 184 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata ada sesetengah pemimpin Umno yang gemar mencatur perpecahan dalaman parti sehingga wujud kluster dan kem dalam parti itu Katanya budaya sebegitu boleh merencatkan Umno daripada menjelmakan potens...
Usul Tangguh Lagi Pemilihan Tiada Dalam Perlembagaan Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan

Usul Tangguh Lagi Pemilihan Tiada Dalam Perlembagaan Apakah Umno Terdedah Untuk Diharamkan

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 277 hits
Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 yang berakhir petang tadi sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti selama enam bulan selepas PRU15 diadakan Bermakna ini adalah penangguhan kali kedua yang mahu dinikmati UMNO setelah pe...
Pm Akan Mengalah Kepada Desakan Umno Adakan Pru15 Awal Kata Penganalisis

Pm Akan Mengalah Kepada Desakan Umno Adakan Pru15 Awal Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 152 hits
malaysiatoday com March 18 2022 11 30 AMPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan mengadakan PRU15 awal selepas tamat tempoh Perjanjian Persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan pada Julai kata penganalisis PETALING JAYA Perda...
Ulasan Susah Rupanya Pemimpin Umno Mahu Berubah

Ulasan Susah Rupanya Pemimpin Umno Mahu Berubah

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily comMohd Azreen MustaphaPresiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad terperangkap dengan sindiran Singapura maju tanpa UMNO Geli hati melihat beberapa pimpinan utama UMNO menelan bulat b...
Pru15 Umno Tak Boleh Buat Keputusan Sepihak Annuar

Pru15 Umno Tak Boleh Buat Keputusan Sepihak Annuar

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 131 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 18 2022 5 08 PMPAU 2021 Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa berkata keputusan mengenai Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak boleh dibuat secara unilateral Kita berada dalam satu kerajaan yang merupakan gabungan ...
Pemimpin Umno Cuba Bentuk Jajaran Baharu Untuk Gugat Kerajaan Perikatan Nasional

Pemimpin Umno Cuba Bentuk Jajaran Baharu Untuk Gugat Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 198 hits
MUAR Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ada pemimpin UMNO yang cuba membentuk kerajaan dengan membuat pakatan jajaran baharu dengan DAP dan PKR Menurut beliau perkara itu berlaku selepas Umno berjaya menjadi kerajaan se...
Pemimpin Umno Proppbm Di Ramal Akan Pinggirkan Muhyiddin Dan Ppbm Jika Bn Menang Besar

Pemimpin Umno Proppbm Di Ramal Akan Pinggirkan Muhyiddin Dan Ppbm Jika Bn Menang Besar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 229 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMy news online sempat berwawancara dengan seorang wartawan dan juga seorang pemerhati politik veteran secara online sebentar tadi Apabila kami minta izin menyebut nama dan meletak kan gambar nya dia berseloroh bayar lah...
Ketua Puteri Saran Kerat Anu Pemimpin Umno Yang Takut Kepada Parti Lawan

Ketua Puteri Saran Kerat Anu Pemimpin Umno Yang Takut Kepada Parti Lawan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 168 hits
Ada kebenaran juga pada saranan Ketua Puteri UMNO pada ucapan dasar nya di PWTC semalam Dalam ucapan nya Datuk Zahida Zarik Khan ada menyebut kepada pemimpin pemimpin UMNO yang masih takut kepada pihak lawan dan masih akur dengan kehendak m...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord