Usul Putus Dengan Ppbm Perhimpunan Agung Umno Akan Panas




KUALA LUMPUR: Esok, bermulalah Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 selama dua hari, selepas setahun ditangguhkan susulan Covid-19 dan sudah pastinya ia perhimpunan penting buat parti itu dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini termasuklah untuk mendapatkan keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno, iaitu untuk tidak lagi bekerjasama dengan PPBM dalam PRU15.
Ia diakui Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, bahawa usul memutuskan kerjasama dengan PPBM akan mendominasi perjalanan perhimpunan agung berkenaan.
“Dari 1 hingga 3 Jan tahun ini kita telah mengadakan sebanyak 760 mesyuarat perwakilan meliputi Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian, kecuali Bahagian Tanah Merah, Kelantan yang digantung dan kesemuanya dilaksanakan di 190 bahagian.
“Usul utama daripada 190 bahagian itu ialah 124 bahagian menyebut supaya tiada kerjasama dengan PPBM…ini usul utama,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini pada 23 Mac.
Umno sebelum ini telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM, untuk memaklumkan tidak lagi bekerjasama dengan PPBM dalam PRU15, namun berpendapat kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan, sehingga pembubaran Parlimen.
Dengan pelbagai isu yang melanda politik tanah air ketika ini, perhimpunan Umno kali ini boleh dikatakan ‘panas’ dan dijangka menarik minat ramai pihak termasuk penganalisis politik, untuk mengikuti perkembangan dan pendirian parti itu yang telah menginjak usia 75 tahun.
Sudah pasti, selain isu memutuskan kerjasama dengan PPBM, turut diberikan tumpuan adalah pendirian Umno terhadap Muafakat Nasional (MN), yang dibentuk bersama PAS.
Ini kerana parti Islam itu kini adalah sebahagian daripada komponen PN yang turut dianggotai PPBM, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan terbaharu Gerakan.
Ahmad berkata, ia usul kedua tertinggi yang akan dibincangkan dalam perhimpunan berkenaan, mengatasi usul-usul lain seperti pendidikan, ekonomi dan agama.
“Ada usul lain seperti ekonomi, pendidikan dan agama, namun tidak berapa menonjol. Tetapi dua usul politik ini yang mendominasi segala usul-usul yang ada,” katanya.
Satu lagi perkembangan yang menarik untuk diberi perhatian adalah kenyataan daripada Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob pada 12 Mac lepas, yang dilapor sebagai berkata keputusan yang dibuat oleh MT Umno itu hanya boleh diubah menerusi Perhimpunan Agung Umno.
Mengulas perkara itu, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, tiada mana-mana bahagian yang mengemukakan usul untuk mengubah keputusan MT setakat ini.
“Setakat ini saya tak pernah dengar lagi perwakilan menyatakan tidak setuju (dengan usul yang dibawa). Itu tradisi Umno. Selepas perwakilan kata setuju, maka luluslah usul-usul yang disebut itu,” katanya dengan turut menjelaskan bahawa keputusan yang diputuskan parti dipersetujui secara konsensus, oleh semua ahli MT selepas bermesyuarat lebih daripada enam jam, 19 Feb lepas.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu juga menegaskan kebersamaan Umno dan BN dalam kerajaan adalah untuk menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin, dan tidak pernah bersama menyertai PN.
“Umno tidak pernah bersama dengan PN dan hanya menyerahkan ahli Parlimen Umno dan ahli Parlimen BN untuk menyokong kerajaan. Ini kerana kami telah mempunyai BN.
“Untuk menjadi satu lagi komponen parti (di dalam PN), ia tidak sesuai kerana BN telah wujud sejak sekian lama dan kami menetapkan Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kekal di dalam BN,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno diadakan secara hibrid menggabungkan kehadiran fizikal ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan secara maya di 190 bahagian di seluruh negara, kecuali Sarawak.
Perhimpunan parti terbesar orang Melayu itu, akan diadakan dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.
Ia akan dimulakan dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan di Dewan Merdeka pada Sabtu, dan acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, serta ucapan dasar Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi pada keesokannya.
Tidak seperti kelaziman, perhimpunan kali ini tidak menjemput pemerhati awam dan bukan perwakilan, serta tiada gerai jualan dan kenderaan tamu saji dibenarkan beroperasi sepanjang perhimpunan berlangsung.
Perhimpunan berkenaan menerima permohonan liputan daripada 42 agensi media cetak dan elektronik.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/usul-putus-dengan-ppbm-perhimpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 276 hits
MUAMMAR QADDAFIHari ini perwakilan UMNO seluruh negara akan bersidang sempena Perhimpunan agung UMNO 2020 Setiap tahun PAU akan menjadi tumpuan hatta ketika tumbangnya UMNO pada 2018 liputan PAU tetap dibuat media arus perdana melebihi part...
Perhimpunan Agung Umno 2020 Bukan Sekadar Perhimpunan Agung Biasa

Perhimpunan Agung Umno 2020 Bukan Sekadar Perhimpunan Agung Biasa

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 313 hits
27 dan 28 Mac 2021 akan berlangsung Persidangan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur PAU 2020 kali ini bukanlah sekadar perhimpunan agung biasa bagi UMNO kerana selain buat kali pertama PAU akan dilakukan secara hybrid...
Putus Dengan Ppbm Hanya Sandiwara Umno Kata Amanah

Putus Dengan Ppbm Hanya Sandiwara Umno Kata Amanah

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Umno sekadar mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila ia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PPBM yang diterajui Muhyiddin kata Amanah Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata ...
Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno Berita Pumas

Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno Berita Pumas

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 241 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 297 hits
PETALING JAYA Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional meng...
Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 231 hits
perakinsights com Seorang pemimpin Umno cuba mengubah keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang FMT difahamkan Menurut sumber beberapa pemimpin bahagian sudah didekati sementara yang lain tahu aka...
Just Resign Ppbm Man Tells Jekyll And Hyde Umno Ministers

Just Resign Ppbm Man Tells Jekyll And Hyde Umno Ministers

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 258 hits
PPBM s Redzuan Yusof says some Umno leaders behave differently in front of Muhyiddin Yassin and in front of their own supporters PETALING JAYA A senior PPBM leader has launched a scathing attack on some of his Cabinet colleagues from Umno d...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin