Perhimpunan Agung Umno 2020 Bukan Sekadar Perhimpunan Agung Biasa



27 dan 28 Mac 2021, akan berlangsung Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
PAU 2020 kali ini bukanlah sekadar perhimpunan agung biasa bagi UMNO kerana selain buat kali pertama PAU akan dilakukan secara hybrid, di mana sebahagian perwakilan dari bahagian UMNO akan menghadirinya secara maya dan sebahagian lagi akan menghadirinya secara bersemuka, PAU 2020 juga sudah pasti akan menjadi perhatian parti-parti politik sekutu dan seteru UMNO di tanahair

Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, PAU 2020 juga pasti akan menjadi perhatian negara luar kerana apa yang akan diputuskan oleh perwakilan dalam PAU 2020 akan memberikan gambaran dasar dan juga kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU 15 nanti

Tidak dapat dinafikan, era pasca PRU 14, UMNO sentiasa menjadi perhatian dan mangsa fitnah dalam permainan politik seteru UMNO

UMNO diberikan berbagai label yang negatif

UMNO dikatakan besar kepala, sentiasa mahu berlagak seperti 'abang besar' dalam apa juga pakatan atau kerjasama yang disertai UMNO

UMNO dilabelkan sebagai parti yang telah rosak kerana dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin korup yang sedang menghadapi dakwaan di mahkamah

UMNO dilabelkan sebagai parti yang tamak kuasa dan hanya sibuk berpolitik tanpa memikirkan tentang masalah kehidupan rakyat

Tetapi, benarkah begitu

Kalau benar dakwaan mereka, soalan yang mudah untuk seteru yang berada di dalam dan di luar UMNO, kalau benar apa yang dikatakan, mengapakah parti politik yang menjadi sekutu dan seteru UMNO masih lagi berusaha bersungguh-sungguh mahu menyertai mereka di dalam PRU 15 nanti

Tidakkah mereka takut nanti ditolak oleh pengundi pada PRU 15 kerana berkerjasama dengan parti yang sudah rosak seperti yang mereka dakwa selama ini



Bercakap tentang seteru politik UMNO, sebenarnya sekarang ini UMNO sedang diserang dari 2 penjuru, serangan dari seteru di luar UMNO dan serangan dari seteru yang berada di dalam rumah UMNO

Seteru dari luar menyerang UMNO dan kepimpinan UMNO untuk memberikan tekanan dan juga untuk membina kekuatan kepada seteru dari dalam untuk menyingkirkan kepimpinan UMNO yang ada sekarang dalam PAU 2020 nanti

Mereka mahu menggantikan tempat kepimpinan UMNO sekarang supaya mudah untuk UMNO dipaksa melutut di kaki seteru UMNO yang berada di luar UMNO

Laman blog ini pernah mendedahkan nama-nama pengkhianat UMNO yang sudah dikenalpasti dan modus operandi mereka :
Baca di sini :
https://theunspinners.blogspot.com/2021/03/akan-berjayakah-parasit-umno-menukar.html

Alhamdulillah, dari utusan yang disampaikan oleh DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO, nampaknya kepimpinan tertinggi UMNO dilihat sudah pun dapat mengenalpasti pengkhianat-pengkhianat UMNO yang selama ini berteduh di dalam rumah UMNO, menikmati keselesaan dan keistimewaan yang disediakan di dalam rumah UMNO tetapi dalam masa yang sama telah membiakkan anai-anai untuk memamah dan mereputkan rumah UMNO ketika akar umbi dan kepimpinan UMNO berusaha memperkukuhkan rumah UMNO.
Pengkhianat-pengkhianat ini TIDAK BOLEH lagi dibiarkan menumpang di dalam rumah UMNO, mereka mesti disingkirkan dengan SEGERA!!!
Kita hayati mesej dari utusan DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO :
Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.
Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang 'broker' rancangkan.
Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.
Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.
UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.
UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.
UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.
InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.
Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.
Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak 'alert' rancangan mereka.
Saya 'alert'. 
Saya malah 'alert' semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.
Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.
Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat.

2 usul utama yang pasti akan dibahaskan oleh perwakilan untuk dijadikan sebagai keputusan dan dasar parti ialah :
1) Kebersamaan UMNO dengan Perikatan Nasional akan diteruskan HANYA sehingga menjelang PRU 15

2) Kerjasama antara UMNO dan PPBM akan dihentikan sepenuhnya pada PRU 15 nanti

Baca di sini :
https://umno-online.my/2021/03/13/keputusan-mkt-jelas-pendirian-umno-tiada-kerjasama-dengan-ppbm-untuk-pru-15-ismail-sabri/

Apa yang diputuskan oleh MKT UMNO dalam mesyuarat yang di adakan di Janda Baik tempuh hari bukanlah keputusan yang dibuat oleh segelintir pemimpin UMNO seperti yang didakwa, tetapi ianya adalah melalui usul 146 dari 191 Bahagian UMNO yang bersidang tahun lepas

Dalam artikata lain, ianya adalah suara akar umbi yang mesti dipatuhi kerana tidak seperti parti politik lain, kekuatan yang menjadi tunjang sebenar kepada UMNO berada di akar umbi seramai 3.6 juta orang!!



Kita tahu, usaha sedang giat dijalankan oleh seteru UMNO dari dalam rumah UMNO sendiri dengan mengamalkan rasuah politi untuk mempengaruhi perwakilan di peringkat bahagian supaya menuntut agar kedua-dua usul itu ditolak, malah para pembahas dari setiap negeri juga cuba dibeli supaya mereka menekan Presiden UMNO untuk berundur dalam perbahasan mereka nanti

Namun kita pasti, perwakilan dan pembahas dalau PAU 2020 bukanlah orang yang mudah dicucuk hidung mereka, mereka mempunyai integriti dan maruh diri

Hampir 3 tahun kita mengharungi pelbagai fitnah, cercaan dan hinaan dari musuh UMNO dan kini kita hanya perlu bersabar lagi 1 atau 2 tahun sahaja lagi untuk kembali bertarung secara adil dalam pilihanraya umum dengan musuh-musuh yang sebenarnya menggeruni kita tetapi tidak pernah mereka akui

Kita akan pastikan pengkhianat-pengkhianat UMNO serta seteru-seteru UMNO yang selama ini terlalu banyak melemparkan panah-panah fitnah kepada UMNO akan diberikan pengajaran di dalam PRU 15 nanti

Bukan kita berdendam kerana semua yang berada dalam rumah UMNO bukan pendendam tetapi 'they deserved it'

Apabila ketetapan sudah di buat nanti, semua pihak, sama ada akar umbi atau pemimpin MESTI mematuhi ketetapan yang sudah dibuat oleh perwakilan dalam PAU 2020

Selepas itu, jangan lagi kita menoleh ke belakang, kita rapatkan barisan kita, kita bersatu menyokong kepimpinan kita supaya lidah musuh dapat kita kelukan


Kredit :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2026232667515300&id=188294724642446&sfnsn=mo

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/perhimpunan-agung-umno-2020-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Putus Dengan Ppbm Perhimpunan Agung Umno Akan Panas

Usul Putus Dengan Ppbm Perhimpunan Agung Umno Akan Panas

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Esok bermulalah Perhimpunan Agung Umno 2020 selama dua hari selepas setahun ditangguhkan susulan Covid 19 dan sudah pastinya ia perhimpunan penting buat parti itu dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ...
Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 286 hits
MUAMMAR QADDAFIHari ini perwakilan UMNO seluruh negara akan bersidang sempena Perhimpunan agung UMNO 2020 Setiap tahun PAU akan menjadi tumpuan hatta ketika tumbangnya UMNO pada 2018 liputan PAU tetap dibuat media arus perdana melebihi part...
Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno Berita Pumas

Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno Berita Pumas

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 250 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Perwakilan Umno Sekadar Meludah Pada Muka Sendiri Kata Mas Ermieyati

Perwakilan Umno Sekadar Meludah Pada Muka Sendiri Kata Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 247 hits
Srikandi Bersatu Malaysia berpendapat tindakan Umno melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Bersatu tidak ubah seperti mengata diri sendiri Naib ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata hal itu kerana kerajaan P...
Pau 2020 Solidariti Ahli Parti Kukuhkan Umno Menuju Pru 15 Mahdzir Khalid

Pau 2020 Solidariti Ahli Parti Kukuhkan Umno Menuju Pru 15 Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 384 hits
Perhimpunan agung ini boleh menjadi tempat di mana kita semua bangkit dengan penuh semangat dengan penuh kesungguhan Paling penting sekali adalah kita mempunyai solidariti yang kuat dalam parti UMNO untuk menghadapi pilihan raya dan juga me...
Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 307 hits
KANGAR Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam memutuskan tiada kerjasama bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 15 akan datang dan akan bertanding atas logo Barisan Nasional Sungguhpun begitu Mursyidul Am...
Pau 2020 Umno Muktamad Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Pada Pilihan Raya Umum Ini

Pau 2020 Umno Muktamad Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Pada Pilihan Raya Umum Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang adalah muktamad kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO itu berkata UMNO juga menolak pembentukan gabungan po...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias