Usul Pm Bukti Pentadbiran Kukuh


Oleh Mahani Ishak
[email protected]

MUHYIDDIN Yassin menjawab soalan semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.- Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kejayaan usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengusulkan pengosongan jawatan Speaker Dewan Rakyat dan pelantikan Datuk Azhar Harun dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu, memperlihatkan kekukuhan pentadbiran yang diterajui beliau.

Dengan 111 undi majoriti diperoleh Ahli Parlimen Pagoh itu membuktikan beliau mendapat sokongan untuk terus mengetuai kerajaan dan tidak timbul isu undi tidak percaya terhadapnya.

Penganalisis Undang-undang dan Politik Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata ketika usul itu diperbahaskan dalam sidang Parlimen itu hanya satu calon disebut dan tiada calon lain selain itu.

"Tadi hanya satu calon dari blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan tiada bantahan, ia adalah sah kerana tiada calon lain Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga timbalannya, ia adalah sebulat suara.

"Untuk terus menjadi Perdana Menteri, siapa mendapat majoriti dialah yang layak, ia tidak pada majoriti dua pertiga atau sebagainya, ia mengikut lunas undang-undang.

"Justeru, Muhyiddin boleh meneruskan dasar PN. Kebaikan apabila usul beliau diluluskan Dewan Rakyat, beliau boleh meneruskan dasar, tumpuan pasca COVID-19 secara menyeluruh membabitkan semua sektor perniagaan, peluang pekerjaan, belanjawan dan sebagainya," ketika dihubungi BH, hari ini.

Katanya, dengan majoriti itu walaupun dipertikaikan kerana hanya dua membabitkan angka dua, ia cukup membuktikan sokongan undi menerima.

"Dari segi pemilihan dapat 111 undi, cukup mengukuhkan kerana usul Ahli Parlimen itu tidak perlu dapat majoriti, dua pertiga, cukup lebih daripada satu berbanding bilangan yang menentang," katanya.

Pensyarah Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, berkata, keabsahan Ahli Parlimen mahu menukarkan Speaker Dewan Rakyat adalah sah, asalkan mendapat undi majoriti.

"Hari ini dengan mendapat 111 undi, 109 menentang dan dua tidak hadir jadi secara tidak langsung walaupun beza hanya dua undi, ia tetap majoriti yang menandakan usul menukarkan Speaker itu berjaya. Walaupun tipis, tetap dikira menang.

"Cuma dari segi kekukuhan kerajaan, Muhyiddin perlu membuktikan pelantikan Speaker baharu ini lebih adil, saksama dan juga kepada pembangkang juga," katanya.

Mengulas lanjut, katanya pelantikannya seperti adalah biasa bagi kepimpinan kerajaan yang berkuasa untuk melantik individu yang mereka rasa mampu melaksanakan dengan baik dan ia tidak menjadi kesalahan, namun mesti melalui Dewan dan ia diluluskan.

"Bagaimanapun, impaknya kerajaan (Muhyiddin Yassin) kena agresif dalam memastikan Parlimen berjalan dengan baik dan adil sebab pembangkang bertindak sebagai 'check and balance'.

"Kalau mereka tidak bersikap adil pada pembangkang jadi rakyat akan pertikaikan pemilihan itu, justeru kenapa usul tadi dibenarkan, dan tiada sebarang isu undang-undang kerana ia melalui proses undang-undang tepat yakni diusulkan di Parlimen dan mendapat majoriti walaupun 111, tetap majoriti.

"Dari segi kekukuhan kerajaan kena membuktikan Speaker lebih saksama adil, kepada pembangkang tidak menjadi kesalahan cuma beliau perlu agresif, Parlimen berjalan adil, jika tidak, rakyat akan pertikai," katanya.

Katanya, tiada isu, cuma impak sosial kepada masyarakat, kerajaan kena lebih progresif, telus untuk mendapat lebih banyak sokongan dalam dewan, sebab sokongan dalam dewan yang menentukan kerajaan.

"Petanda daripada undi menukarkan Speaker itu sebenarnya melambangkan kekukuhan kerajaan itu, maka pentadbiran Muhyiddin perlu bekerja terus bekerja keras membuat perkara yang boleh memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.

"Kerajaan juga tidak boleh mengulangi kesalahan yang dibuat kepimpinan kerajaan tidak kira Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) tetapi sebalik perlu lebih berdaya saing pasca COVID-19 ini tetapi kerana usul tukar Speaker tidak menjadi isu, ia absah, sah dari sisi undang-undang.

"Saya melihat dari siginifikan iaitu sokongan kepada kerajaan, melihat angka itu juga diperlihatkan oleh rakyat, rakyat boleh baca, apa pergolakan yang seterusnya boleh berlaku jika kerajaan PN tidak mampu menunjukkan kejayaan mereka," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/usul-pm-bukti-pentadbiran-kukuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diduga Hilangkan Bukti Kasus Novel Eks Direskrimum Polda Metro Dilaporkan Ke Propam

Diduga Hilangkan Bukti Kasus Novel Eks Direskrimum Polda Metro Dilaporkan Ke Propam

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 165 hits
Irjen Pol Rudy Heriyanto sebelum menjabat sebagai Kepala Divisi Hukum Polri merupakan bagian dari tim penyidik yang menangani perkara penyiraman air keras terhadap Novel
Betul Ke Kekasih Baru Tolong Naikkan Sales Hanis Zalikha Ini Bukti Ramai Nak Tahu

Betul Ke Kekasih Baru Tolong Naikkan Sales Hanis Zalikha Ini Bukti Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 301 hits
Hanis Zalikha telah dipilih sebagai The Finder bakal mengekspresikan pengalaman bersama kekasih barunya Siapa kekasih tu Seperti mana yang kita tahu OPPO Find X2 Series 5G telah dilancarkan pada 10 Mac 2020 lalu Oleh itu Hanis Zalikha dan l...
Menang 6 Prk Bukti Bn Masih Relevan Diterima Rakyat Kata Zahid

Menang 6 Prk Bukti Bn Masih Relevan Diterima Rakyat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 224 hits
Calon BN Mohd Sharim Md Zain meraikan kemenangannya pada PRK Chini bersama kepimpinan BN di pusat penjumlahan undi di IKBN Pekan semalam PEKAN Kemenangan 6 kali dalam pilihan raya kecil termasuk yang terbaru di Dewan Undangan Negeri Chini s...
Berita Utama Kes Adib Malang Jika Kpn Belakangi Bukti Mahkamah

Berita Utama Kes Adib Malang Jika Kpn Belakangi Bukti Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 281 hits
BANGI 20 Zulkaedah 1441H Ahad Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador seolah olah membelakangi bukti yang diberikan dalam mahkamah ketika mengulas mengenai kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Kesal dengan t...
Sri Ram Tidak Pernah Jelaskan Bukti Terhadap Najib Kata Apandi

Sri Ram Tidak Pernah Jelaskan Bukti Terhadap Najib Kata Apandi

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 281 hits
PETALING JAYA Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali hari ini berkata bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram tidak pernah menjelaskan kepadanya bukti yang terdapat dalam domain awam selepas mendesak supaya bekas perdana menteri Naji...
Saya Ada Bukti Ia Boleh Mengaiibkan Lufya

Saya Ada Bukti Ia Boleh Mengaiibkan Lufya

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 182 hits
Pelakon Lufya Omar menjelaskan bahawa dia tekad untuk berpisah dengan bekas suaminya Dr Che Hafiz selepas merasakan sudah banyak bersabar dengan segala apa yang terjadi selama ini Menurut Lufya percer4ian itu terjadi disebabkan kegagalan Ch...
Kejayaan Tukar Speaker Bukti Agong Betul

Kejayaan Tukar Speaker Bukti Agong Betul

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 394 hits
Timmy Say FMT Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana menteri susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan ekoran perletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai PM ada ...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist